Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

Wajib Cuba Di Melaka : Klebang Original Coconut Shake & Mango Float Royale Melaka

$
0
0
Selain Penang, aku rasa Melaka juga adalah salah satu port yang menawarkan hidangan makanan yang sedap belaka. Negeri yang famous dengan hidangan asam pedas semestinya peminat asam pedas akan kesana nak cari asam pedas yang power. Aku tak minat sangat asam pedas jadi tak adalah excited nak mencari kedai asam pedas terbaik di Melaka. Selain restoran asam pedas, banyak lagi tempat-tempat makan wajib cuba di Melaka dan banyak yang dah viral. Awal tahun yang lalu, aku dan MamiZ ke Melaka lagi saja jalan-jalan santai pergi makan pergi cuci mata. Ada jugalah beberapa kedai makan yang kami pergi tapi hari ni tak mahu cerita pasal kedai-kedai makan.. Aku nak cerita pasal kedai air yang dah sebati dengan Melaka. Kalau pergi Melaka tak singgah ke Klebang Original Coconut Shake dan Mango Float Royale Melaka memang tak sah.

KLEBANG ORIGINAL COCONUT SHAKE & MANGO FLOAT ROYALE MELAKA



Ini kali ketiga aku ke Klebang Original Coconut Shake dan first time cuba Mango Float Royale Melaka. Aku memang aku suka kedua-dua minuman ni.. Aku suka coconut shake yang special ada extra ice cream on topMango float pun wajib kena ada extra ice cream. Nak kurang manis request saja nanti pandailah diorang sediakan. Harga pun berpatutan dah murah. Kat tempat lain pun ada juga coconut shake dan mango float tapi tak apalah.. Dah alang-alang sampai ke tempat orang, kita carilah apa yang famous disitu. Kalau saja dari Penang aku drive ke Melaka semata nak coconut shake tak ada pasal. Mengarut.. Selain di Klebang, satu lagi port coconut shake yang famous adalah di Batu Berendam. Sedap juga.

Jangan lupa cuba yaaa bila korang ke Melaka.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 579