Baca : PIGEON VALLEY, EVIL EYES, THE FAIRY CHIMNEYS' DAN PERTUNJUKKAN WHIRLING DERVISHES DI CAPPADOCIA
23 APRIL 2019
TRIP TURKEY : PENGALAMAN MENAIKI HOT AIR BALLOON DI CAPPADOCIA | Akhirnya impian nak merasai pengalaman menaiki hot air balloon di Cappadocia tercapai jua. Teruja dan seronok sangat rasa Alhamdulillah syukur diatas kesempatan yang diberikan dan sememangnya adalah satu memori yang tak akan aku lupakan. Ada aku kongsikan dalam entry yang lepas bahawa cuaca di Cappadocia tak menentu dan sudah beberapa hari hot air balloons tak dapat terbang. Faktor utama memang cuaca especially angin. Kalau hujan dan angin terlalu kencang memang bye bye sajalah hot air balloon nak terbang. Aku yakin ramai ke Turkey memang tanam keinginan nak naik hot air balloon - aku pun sama. Jadi bila diberitahu kata hari ini dapat terbang memang tak dapat nak luahkan rasa bahagia tu macam mana. Untuk Hot Air Balloon ride seorang dikenakan bayaran sebanyak USD230.00 (RM930.00 approx) dan aku memang buat bayaran in USD. Diorang pun suka kalau kita bayar in USD atau Euro. Kalau korang tanya macam mana nak pilih syarikat travel yang tawarkan service hot air balloon ride di Cappadocia.. aku pun tak pasti sebab pergi dengan tour agent, segala urusan tempahan dibuat oleh tour guide kami jadi tak payah susah payah cari syarikat hot air balloon sendiri. Cuma aku perasan sekitar Goreme ada banyak travel agencies yang menawarkan service hot air balloon ride bolehlah kalau nak survey. Cari dulu online message diorang tanya dan avoid walk in. Sehari hanya 300 balloons yang terbang dan manusia dari pelusuk dunia datang tunggu giliran nak naik. Better buat tempahan lebih awal. Majoriti hotel-hotel sekitar Cappadocia pun ada juga tawaran hot air balloon ride dan kalau rezeki korang murah mungkin boleh dapat dengan harga yang sangat murah dan berbaloi.
Seawal 4:00AM aku dah bangun sebab nak kena kemas luggage nanti ada pekerja hotel tolong bawa keluar dan bersiap terus. Masuk waktu Subuh terus solat dan turun tunggu di lobby. Wakil dari syarikat hot air balloon akan datang pick up dan bawa kita ke departure point. Yang tak join naik hot air balloon boleh sambung tidur. Waktu aktiviti hot air balloon tak ganggu waktu itinerary lain sebab duration pun hanya satu jam lebih saja. Pukul 06:00AM kami dah siap tunggu tapi bayang orang nak datang jemput tak nampak pun.. Mula resah sebab kami nak tengok macam mana hot air balloon dipanaskan sebelum terbang. Ini memang detik peluang yang tak boleh dilepaskan.. Tak ada rezeki kami orang pick up datang lambat dan sampai di departure point balloon dah naik dan staff hot air balloon dah kalut suruh kami cepat masuk bakul. On the way ke departure point ada satu tragedy sebenarnya tapi semua diam sebab tak tahu nak respond macam mana. Punyalah laju driver memandu (dia lambat sebab tayar pancit dan dia berusaha ganti tayar) melambung rasa duduk dalam van merempit dia pecut nak pick up orang lain di hotel lain pula sampai dia terlanggar sisi kereta yang park tepi jalan. Obviously awal pagi jalan pun sunyi lagi memang tak ada orang langsung. Driver turun tengok check van check kereta dan terus sambung drive. Tak sure tahap kerosakan tapi kuat juga bunyinya. Aku tak tahulah sama ada dia ignore atau kemudian dia pergi settle dengan owner kereta tu..
Okay dah dah..
Dah lompat masuk bakul ready nak fly dah ni..
HOT AIR BALLOON CAPPADOCIA
Sampai saja balloon dah ready.
Dibawa terbang tinggi untuk tengok matahari terbit dari horizon.
![]()
Semua akan dapat peluang tengok sebab belon berputar slowly.

Semua akan dapat peluang tengok sebab belon berputar slowly.
Subhanallah !! It was too magical.
Aku seorang yang penakut gayat dan tak berapa berani nak buat benda-benda adventurous tapi ada few things yang memang aku teringin seperti Sky Diving dan Paragliding. Cuma tak tahu betul-betul ada kekuatan ke tidak nak buat - berangan saja dulu. Sepanjang naik hot air balloon kaki aku rasa lembik sebab memang gayat teruk bila tengok kita makin lama makin tinggi. Untung jadi orang pendek bila bakul tu betul-betul sama paras dengan bahu jadi tak adalah separuh badan tak dilindungi. Open air pula.. sumpah dalam keterujaan pun macam-macam benda buruk aku fikir. Teringat berita-berita yang pernah dibaca. Memang kita doa semua yang tak elok dijauhkan. Bila tengok keindahan permandangan, lupa sekejap rasa takut dan yang tinggal hanyalah kagum semata. Kesempatan diberikan buat aku terfikir banyak benda.
Apa lagi alasan untuk tidak beriman dan selalu mengingatiNya ?
Kerdilnya diri kita ni nak dibandingkan dengan isi dunia. Kecilnya kita hanya bak debu halus sangat dibandingkan dengan alam ciptaanNya yang terbentang luas. Sejauh mana kita nak bermegah sedangkan kita ni sangat miskin serba upaya. Betapa hebat dunia ni sesungguhnya bukti PenciptaNya juga Maha Agung. Sayuuu pula hati bila kat atas langit tu teringat MamiZ.. teringat arwah DediS.. betapa hati aku nak sangat diorang ada dengan aku - seperti dulu. Alhamdulillah coverage baik punya tinggi langit pun dapatlah video call dengan MamiZ. Excited !!

Seram betul each time pilot buka api.
Ada 21 orang on board termasuk pilot. Sepuluh kiri sepuluh kanan dan setiap kotak boleh muat lima orang saja. Ada juga bakul kecil yang lebih private.
Bukan minuman alcoholic boleh saja kita minum. Cuma cara tu huurrmm..
Alhamdulillah selamat mendarat setelah hampir sejam setengah terbang di udara. Tak terasa pun masa tau tau dah nak landing. Dah landing baru sempat sembang dengan passengers dari negara lain. Ada yang tunggu selama dua minggu semata nak tunggu giliran dapat naik hot air balloon - sempat pergi Greece patah balik pun kena tunggu lagi. Memang gigih diorang nak naik punya pasal. Ada duit tak apalah nak extend stay.. Diorang jealous dengan kami sebab terus dapat naik. Diorang rasa tuah tu lekat kat diorang sekali dapat naik juga. Itu namanya concept rezeki. Pilot akan maneuver hot air balloon kita keatas kebawah tepi kiri kanan berpusing semualah. Memang cantik view dari atas nampak terbentang luas tapi sebenarnya lagi indah dari kawasan yang rendah sikit lalu celah-celah lembah batu lagi rasa menarik. Tengok balloons lain dengan jarak dekat main lambai-lambai memang menarik. Lepas selesai semua kita akan dapat sijil penyertaan menandakan kita dah berjaya naik hot air balloon di Cappadocia. Ada mini celebration tapi aku tak berkenanlah benda-benda macam tu.. Join sajalah tapi aku tak minum pun. By 08:30AM kami dah balik ke hotel dan cepat pergi breakfast. Tengok semua luggage dah ready di lobby. Cukup time kita gerak.. Meneruskan perjalanan trip Turkey yang semakin sampai ke hujungnya.
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com