Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

Turkey 2019 : 1.0 Perjalanan Dari Kuala Lumpur Ke Istanbul Menaiki Penerbangan Oman Air

$
0
0
KUALA LUMPUR KE ISTANBUL MENAIKI PENERBANGAN OMAN AIR | Alhamdulillah syukur dapat jejak kaki ke Turkey, salah sebuah negara yang berada dalam bucket list aku. Aku dah kongsikan dalam entries yang lepas mengenai budget perbelanjaan ke Turkey, itinerary perjalanan dan tips jadi kali ini aku nak ceritakan pula secara detail pengalaman aku kesana. Subhanallah.. Satu pengalaman indah dan menarik. Perjalanan kali ini ada banyak pengajaran yang aku dapat untuk memperbaiki diri sendiri dan lebih menghargai. Banyak juga aku belajar tentang peradaban dan sejarah perkembangan Islam di Turkey. Selama ini tahu general knowledge saja tapi sekarang dah dalam sikit pengetahuan. Dah lama pasang angan-angan nak ke Turkey dan aku rajin baca kisah orang-orang lain ke Turkey tapi belum berkesempatan nak kesana. Aku dan MamiZ pernah bayar deposit untuk join tour group back in 2016 tapi last minute kami terpaksa cancel atas sebab-sebab tak dapat dielakkan. Rupanya Allah SWT simpan dulu rezeki kemudian baru Dia bagi supaya nikmatNya lebih terasa. Perancangan asal haruslah pergi dengan MamiZ tapi sekali lagi belum ada rezeki ke Turkey. Alhamdulillah MamiZ dijemput menjadi tetamuNya menunaikan ibadah Haji jadi ada baiknya tak kemana-mana dalam masa terdekat. Tak apa.. Disebabkan bayaran dah dibuat jadi aku ajak adik sepupu untuk teman. Insyallah nanti ada rezeki lagi kita pergi yaa..

Kali ini aku pergi dengan package travel dari Juara Travel & Tours, salah satu travel agency yang ada reputation bagus di Malaysia. Kalau berminat korang survey dulu mana-mana agencies yang menawarkan package ke Turkey dan buat perbandingan. Aku tak sempat nak survey sebab memang terus setuju nak pergi dengan Juara Travel & Tours. Dari tarikh aku buat bayaran, tinggal tiga minggu saja lagi untuk depart. Excited !!


17 APRIL 2019 (Ahad)

Seawal pukul 04:30AM aku dan Idiq dah gerak ke KLIA. Semua kena berkumpul di kaunter check-in Oman Air pada pukul 06:00AM. Selesai wrap bag, timbang dan ambil tag kena pergi dengar taklimat ringkas perjalanan. Diterangkan tentang itinerary penerbangan dan tiket transit turut diberikan. Ini adalah pengalaman pertama aku menaiki penerbangan yang ada transit. Masa tu baru nampak muka ahli-ahli rombongan. Trip kami diketuai oleh Ustaz Nasri dan in total ada 24 orang peserta. Tak sempat nak beramah mesra berkenalan sebab menonong semua kena terus ke departure hall

PENGALAMAN PERTAMA MENAIKI OMAN AIR DARI KUALA LUMPUR KE ISTANBUL

Semua pun first time untuk aku, first time merasa ada penerbangan transit dan first time juga menaiki penerbangan Oman Air. Tak pernah terlintas satu hari aku akan merasa naik Oman Air. Tahap jakun teruk hahaha. Kalau tak silap dari hasil pembacaan aku, Oman Air tak ada penerbangan yang lebih 10 jam di setiap route yang ditawarkan. Maximum perjalanan dalam 8 jam gitu dan mesti akan transit di Oman. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Istanbul mengambil masa lebih kurang 14 jam termasuk 2 jam transit di Muscat. 7 jam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Muscat International Airport (formerly known as Seeb International Airport) dan another 5 jam penerbangan dari Muscat ke Istanbul Airport. Peeergh.. Lama tak naik penerbangan yang lebih 10 jam memang teruja sangat rasa. Kami meninggalkan Kuala Lumpur dengan penerbangan A333 WY822 ke Muscat. Dari Kuala Lumpur ke Muscat kapal terbang besar dan leg room yang selesa tak sempit. Makanan sedap especially dessert dan kena dengan selera tekak aku. Untuk Economy Class pun meriah tray tak kedekutEntertainment pun banyak choices tapi aku tak tengok pun. Aku tidur !! Setiap seorang dapat bantal dan selimut walaupun bukan penerbangan malam. Aku tak dapat seat tepi tingkap kena duduk tengah aisle jadi tak dapat nak ambil gambar wing. Take off lancar dan alhamdulillah smooth juga landing di Muscat.

Kuala Lumpur - Muscat - Oman

Airbus 333 WY822 di KLIA.

Breakfast choice : Fish fillets with potatoes, cake, scone and butter, salad dan smoked turkey. Happy tummy happy me. Lepas kenyang terus tidur.

Alhamdulillah - After 7 jam penerbangan. Hello Muscat !!

My cousin yang sentiasa tabah melayan perangai kakak dia..

Panjang gila aerobridge di Muscat Airport ni.. Macam tak ada penghujung.

Beautiful new airport terminal. Baru beberapa bulan beroperasi.

Pokok kurma kot aku teka je banyak ditanam dalam terminal.

Process transit sangat mudah hanya tukar terminal saja dan scan boarding pass. Disebabkan kami transit hanya 2 jam di Muscat, tak ada apa sangatlah aktiviti yang boleh dibuat. Cepat-cepat solat jama' Zohor dan Asar dan terus ke departure gate. Duit Oman ni mahal gilaaa berbanding duit kita, RM10.00 : OMR1.00. Aku tak tukar duit pun ke Omani Riyal aku hanya tukar ke USD sikit. While waiting untuk board the plane, sempat singgah kedai tengok jajan. Nak merasa punya pasal pejam mata sajalah beli snacks in total OMR6.50 (RM65.00 approx) boleh bayar in USD. Balance in Omani Riyal. Pening weh.. Lantaklah berapa nilai aku tak nak fikir. 

Janji dapat rasa dan usung jajan beli di Oman hahaha..

Departure hall sambil tunggu connecting flight to Istanbul.

Jajan bernilai OMR6.50 (RM65.00 approx). Lays dan Lipton kat Malaysia berapa RM sangat ? Mendapat haaa bayar harga mencekik kat negara orang.

Yang Idiq pegang perisa Labneh & Mint and the taste was horrible.
Tapi budak ni makan selamba je.. 

Time to board the plane. Flight lebih kecil berbanding flight pertama.
Boeing 732 WY165.

Yeay dapat duduk tepi tingkap.


Ada rupanya kawasan tumbuhan hijau di Oman. Ingat gersang semata..
 

Dinner choice : Lamb with quinoa, corn salad, bread butter and cake. Cake tu ada strawberry yogurt on top sooo sedap !!

DARI MUSCAT KE ISTANBUL

Another five hours flight journey dari Muscat ke Istanbul. Penat jugalah sebab kena tunggu dan tukar flight. Flight kecil dan aku rasa sempit dari Air Asia. Entertaiment okay tapi again aku tak layan pun. Aku main game dan tidur. Kerja tidur jaaa aku ni kalau naik flight. Aku nak share dengan korang  gambar view yang aku sempat ambil. Banyak gambar aku tak peduli aku nak share juga. Ada yang aku dapat dari KakakID (salah seorang ahli rombongan) sebab dia duduk another wing. Subhanallah.. Menarik sungguh ciptaan bentuk muka bumi ni Allah jadikan. Walaupun nampak kosong dan kering.. tapi tetap sesuatu yang indah.

Baca : TIPS PENTING PERSEDIAAN TRAVEL KE TURKEY


Dari ruang udara Oman.


Mula masuk ruang udara Turkey. Gunung yang bersalji. Kalau tengok screen nampak laluan detour sikit daripada melintasi Iraq. Memang tak dibenarkan lalu negara war prone.


Merhaba Turkiye !! Cheq dah sampai ni.. Matahari pun dah nak terbenam.

 
Jakun tengok Turkish Airlines banyak tersusun.


Turkish Airlines dan Afriqiyah Airways (Libya)

Antara bucket list aku juga adalah nak naik Turkish Airlines tapi belum rezeki. Kita naik Oman Air dulu yaaa.. Setelah 14 jam perjalanan, akhirnya hampir pukul 08:00PM kami sampai di Istanbul. Kalau naik Turkish Airlines ada penerbangan terus dari Kuala Lumpur. Direct lebih kurang 11 jam journey. Semua pun sedia maklum Turkey ada airport baru - Istanbul Airport yang siap dibina pada October 2018 menggantikan Istanbul Ataturk Airport yang dah berhenti operasi sejak April 2019. Jadi kami antara yang awal jugalah sampai ke Istanbul Airport baru dua minggu beroperasi secara rasmi. Besar yang amat lenguh nak menapak. Kedai-kedai kiri kanan masih kosong nak beli apa-apa tak ada sangat. Money changer ada kaunter tapi kosong tak ada pekerja. Sarung plastic Burger King pun tak buka lagi, hambar terasa walaupun gah besar dan serba canggih. Iyaaalah baru buka.. Sekarang mesti dah makin meriah. Kalau rasa perjalanan di KLIA2 dah termengah-mengah, ini lagilah double atau triple jauhnya. Memandangkan kami naik Oman Air, amboi gate hujung dunia parking kapal terbang. Terus on Roaming Man pocket wifi - nak update MamiZ kami dah sampai. Internet laju saiyaaa suka !!

Kami disambut mesra oleh Ali, our tour guide yang akan bawa dan teman kami sepanjang tempoh berada di Turkey. Inilah itinerary hari pertama di Turkey - hari perjalanan. Terus kami ke hotel untuk urusan check-in dan berehat. Kalau dibawa berjalan pun aku memang dah tak larat. Ikut jam memang dah waktu tidur di Malaysia. Malaysia cepat 5 jam dari Turkey. Kalau pukul 09:00PM di Turkey dah pukul 02:00AM di Malaysia. MamiZ belum tidur mesti tunggu aku message. Lampu Ultraman dah berkelip-kelip. Walaupun kerja makan tidur saja dalam flight aku tetap rasa penat. Aku perlukan tilam dan batal empuk nak charge energy. Sampai hotel terus ambil kunci bilik dan baru sempat nak berkenalan dengan AuntyM, roomate aku. Nantilah sembang lagi.. mengantuk ni. Good night.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 579