Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

Starbucks Batu Ferringhi Yang Cantik

$
0
0
Lama betul cerita ni tersimpan tapi belum basi sebab Starbucks Batu Ferringhi adalah antara hot spot pilihan ramai sekiranya ke Batu Ferringhi, especially yang hantu kopi. Aku jarang minum kopi sebab bukan peminat kopi, tapi sesekali tekak aku yang mengada ni meminta-minta juga. Kita layankan saja.. Nak lepak santai minum kopi mahal sambil menikmati permandangan tepian pantai yang cantik, inilah tempatnya - Starbuck Batu Ferringhi. Bila dah beli kopi jangan terus balik.. Ronda sekejap di kawasan sekeliling sebab ada banyak tempat duduk open space yang santai disediakan.Ada access area kepantai dan juga kawasan tinjau. Waktu petang senja hari mesti lagi seronok. Kami pergi tengah hari matahari mencanak atas kepala terik tapi puas hati sebab jelas nampak pantai. Minum kopi sambil mendengar deruan air laut. Perrgh !! Sesiapa yang sedang bercuti di Penang boleh lajak sikit ke Batu Ferringhi dan lepak di Starbucks. Dekat sini pun menarik juga. Parking spaces limited sikit tapi okay saja kalau bukan peak hours. Those yang tinggal di hotel-hotel berdekatan boleh jalan kaki saja.



Ada pengumpul tumbler Starbucks disini ? Sila angkat tangan. Aku tak..

Lepak area. Banyak kerusi disediakan.


Terus nampak pantai.


Dengan adik-adik - Yana dan Timm.

Seronok layan view cantik sambil minum kopi mahal. Aku rasa sini pun Instagrammable juga kalau nak OOTD atau apa-apa sajalah.
Featuring muka yang hampir hangus kepanasan.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 579