Cerita tahun lepas baru sekarang nak kongsi. Alang-alang ada urusan di Kuala Berang lajak ke Tasik Kenyir, hanya 45 minit pemanduan. Kalau dari Kuala Terengganu pula lebih kurang 1 jam 30 minit. Jangan key in Tasik Kenyir semata dalam Google Maps nanti tak sampai pula. Kena set ke Pengkalan Gawi - pintu masuk utama dan tempat kita nak naik boat di Tasik Kenyir. Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia yang terbesar di Malaysia yang dibina pada tahun 1978 sehingga 1985 untuk menjadi pusat hydroelectric dan mengatasi masalah banjir di Terengganu. Tempat parking luas dan jangan risau, ada orang jaga kenderaan. Kami ke Pengkalan Gawi dan tengok package yang ada. Please note that trip ke Tasik Kenyir adalah decision last minute jadi tak sempat survey dan research dulu apa patut. Bila tengok brochure baru tahu ada banyak attractions di Tasik Kenyir. Aku ingat naik boat dan cruising saja. Kami sampai around 11:00AM dan banyak boats dah berlepas bawa pengunjung.
AKTIVITI-AKTIVITI DI TASIK KENYIR
Banyak pilihan dan package aktiviti-aktiviti yang ditawarkan berlainan harga. Boleh boat cruising, bermalam atas tasik di Houseboat, berkayak, jungle trekking, masuk hutan, pergi air terjun, ke taman herba dan macam-macam lagi. Ada juga Kenyir Elephant Conservation Village dan Kenyir Waterpark. Ohooo baru tahu ada taman tema air di Tasik Kenyir. Berdekatan juga ada Duty Free Shop dan aku baca review sikit, ada jual chocolates seperti di Langkawi. Tak tahu betul atau tak sebab tak singgah. Disebabkan kami sampai dah tengah hari, tak dapat nak ikut trip ke tempat-tempat yang agak jauh. Kami hanya boleh ke Taman Herba Tasik Kenyir memandangkan itu saja destinasi yang paling dekat dengan jeti. Disebabkan hanya aku dan MamiZ saja yang ada di jeti ketika itu, kami tetap kena bayar harga penuh untuk sebiji boat ke Taman Herba Tasik Kenyir berharga RM75.00 (harga pada bulan Jun 2018). Nak settle bayaran ada sekeluarga sampai jadi pakat kongsi ramai-ramai.
Kalau nak enjoy Tasik Kenyir to the max, sila datang awal.
Jeti Pengkalan Gawi
TAMAN HERBA TASIK KENYIR
Lebih kurang 15 minit naik boat, sampailah di Taman Herba Tasik Kenyir di Pulau Sah Kecil. Sepanjang perjalanan air tasik hijau kebiruan sangat cantik. Tapi seram juga rasa mesti dalam. Jujurnya aku tak minat pun nak pergi taman herba tapi that was the only option yang ada jadi kita layan sajalah. Taman Herba ini merupakan produk pelancongan yang dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) sejak tahun 1995. Fungsi utama adalah sebagai pusat pelancongan, pendidikan dan penyelidikan. Ada lebih 200 jenis tanaman herba yang ditanam di Taman Herba Tasik Kenyir - Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing dan Mas Cotek. Seperti biasa dimana-mana taman herba, penerangan mengenai kebaikkan dan khasiat setiap herba dipamerkan pada pokok-pokok. Pengunjung boleh minum air Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan Mahkota Dewa secara percuma. Kemas dan cantik juga tempatnya sesuai nak melepak santai. Walaupun cuaca panas terik, tapi redup dilindungi pokok-pokok tinggi disana. Kemudahan yang ada seperti tandas awam pun bersih dan kemas. Aku dan MamiZ tak meronda sangat pun. Kami hanya duduk dan enjoy the view.
Banyak Houseboats sedang berlabuh di Taman Herba Tasik Kenyir. Ramai pelajar sekolah. Extra ramah aku pergi tanya salah seorang pelajar. Budak Sekolah Menengah Sains rupanya. Diorang sewa Houseboats untuk tiga hari sebagai sebahagian daripada trip dan aktiviti kelab. Nampak kehulu kehilir kalut masing-masing berlari. Mesti ada tugasan yang nak disiapkan.
HOUSEBOATS DI TASIK KENYIR
Sangat classic dan cantik. Tapi nak sewa kena make sure ada minimum 20 orang ahli baru Houseboat boleh jalan. Alamak.. Jenuh nak cari 20 orang. Kena bawa semua ahli keluarga baru cukup quota. Ak tak pasti boleh atau tak kalau kita nak sewa satu bilik saja dan kongsi dengan orang lain atau kena ada 20 orang dalam satu booking baru boleh tempah. Harga sekitar RM2000.00 - RM10000.00 mengikut jenis boat dan aktiviti-aktiviti yang ingin dilakukan. Mesti ada yang rasa harganya sangat mahal. Tak adalah mahal mana kalau dah divide 20-25 orang. Walaupun dengan harga yang begitu, kalau berminat kena booking awal. Sentiasa on demand. Masa kami kesana pun ada banyak Houseboats sedang beroperasi.
Selamat datang ke Taman Herba Tasik Kenyir.
Houseboats sedang berlabuh.
MENARIK ATAU TIDAK ?
Menarik jugalah trip singkat aku dan MamiZ ke Tasik Kenyir. At first aku tak ada expectation yang tinggi sangat tapi bila dah sampai, seronok juga. Aku lebih enjoy pemandangan sekeliling dan menghargai the boat ride. Terkilan sikit sebab tak dapat pergi ke tempat-tempat menarik yang lain. Teringin nak ke Air Terjun Langsir dan Kelah Sanctuary tapi tak apa.. ada rezeki kita pergi lagi. Kena datang awal dan buat perancangan yang lebih teratur. Yang berada di kawasan berdekatan bolehlah masukkan Tasik Kenyir dalam destinasi korang. Happy travelling !!SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com