ITINERARY 9 HARI 7 MALAM KE TURKEY BERSAMA JUARA TRAVEL & TOURS, BUDGET PERBELANJAAN DAN TIPS TRAVEL KE TURKEY. Dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah bulan April yang lalu aku diberikan keizinan untuk ke Turkey - salah satu negara yang berada dalam bucket list. Memang teringin sangat nak pergi Turkey tapi tak plan untuk kesana dalam masa yang terdekat. Sangat tak dijangka sebab bukan perancangan asal untuk tahun ini. Namanya rezeki sampai juga aku ke Turkey. Aku kesana selama 9 hari 7 malam dan kali ini aku tak pergi sendiri. Tak sempat nak study satu apa pun sebab aku beli package ke Turkey bersama rombongan Juara Travel & Tours dua minggu sebelum tarikh berlepas. Memang kerja nekad tak fikir panjang because I needed space nak mencari ketenangan dan rasa perlu bawa diri somewhere. Sepatutnya pergi dengan MamiZ tapi Allah SWT ada rencana lain yang lebih indah. Alhamdulillah rezeki MamiZ dijemput menjadi tetamuNya di bumi Harramain tahun ini. Last minute cari ganti sebab bayaran semua sudah dibuat - akhirnya jadi rezeki adik sepupu untuk kesana. Aku akan kongsikan cerita pahit manis dan pengalaman sepanjang berada disana. Disebabkan aku kesana dengan rombongan travel agency, susah payah travel sendiri mungkin tak ada dalam perkongsian kali ini tapi ada beberapa perkara yang aku nak highlights untuk rujukan korang semua. Semoga perkongsian kali ini dapat mendatangkan manfaat. Ambil yang elok saja yaaa..
Istanbul - Bursa - Kusadasi - Pamukkale - Konya - Cappadocia
- Ankara - Bolu - Istanbul
9 HARI 7 MALAM KE TURKEY BERSAMA JUARA TRAVEL & TOURS
Disebabkan trip kali ini sangat last minute, jadi option terbaik adalah untuk pergi dengan travel agency. Kalau pergi sendiri kena rancang berbulan sebelum berlepas, nak atur perjalanan dan rancang itinerary jadi memang tak sempat kalau dah tinggal dua minggu saja nak bertolak. Kalau tanya aku mana yang lebih seronok - travel sendiri atau dengan travel agency, aku tak ada jawapan. Aku pernah travel sendiri rancang semuanya sendiri dan aku pernah juga ikut tours bersama travel agency. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Ikutlah keselesaan masing-masing nak macam mana. This time aku pilih untuk ke Turkey bersama Juara Travel & Tours - salah satu travel agency di Malaysia yang terkenal. Aku tak ditaja oleh Juara Travel & Tours walau satu sen sekalipun, semua adalah diatas perbelanjaan sendiri jadi review yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman dan perasaan aku sepanjang berada dibawah service mereka. Kalau ada bahagian yang bagus dan patut diberikan pujian, aku akan puji dan sebaliknya. Rombongan seramai 24 orang peserta telah diketuai oleh Ustaz Nasri Yahaya. Ada pakcik makcik kakak dan abang, aku dan Idiq paling muda. Di Turkey pula kami bertemu Ali, tour guide yang menjaga kami sepanjang disana. Secara keseluruhan, aku sangat berpuas hati dengan layanan dan service yang diterima. Jadual perjalanan memang padat dan memenatkan tapi gembira sentiasa. Tak ada hidden cost, tak ada kutipan duit tambahan dan semua bayaran sudah dibuat sebelum berangkat kecuali untuk aktiviti-aktiviti tambahan yang tertentu atas pilihan sendiri. Bawa duit belanja untuk shopping saja. Kalau korang sedang mencari travel agency yang sesuai untuk ke Turkey bersama keluarga, cubalah service dari Juara Travel & Tours.
BUDGET DAN PERBELANJAAN KE TURKEY
Tukaran mata wang :
TL1.00 : RM0.78
USD1.00 : RM4.03
Package ke Turkey bersama Juara Travel & Tours April 2019 :
RM4679.00
Tukar USD100.00 :
RM403.00
Hot Air Balloon Ride di Cappadocia (Optional + Additional Cost) :
USD230.00 Credit Card (RM926.09 approx)
Whirling Dervishes di Cappadocia (Optional + Additional Cost) :
TL200.00 Cash (RM156.00) *deduct dari duit belanja
Duit belanja (Shopping)
TL1800.00 (RM1404.00)
RM4679.00 + RM403.00 + RM926.09 + RM1404.00
= RM7412.09 approx
Sekadar rujukan sebab soalan budget memang hot question yang sering ditanya. Ini adalah pecahan perbelanjaan sepanjang aku disana. Rata-rata harga package yang aku tengok dari travel agencies lain pun harga hampir sama. Package yang aku beli semua dah all-in dari harga tiket flight, penginapan dan makan jadi tak perlu pening nak fikir. Semua penginapan adalah selesa dan boleh dikatakan mewah jugalah. Perbelanjaan tambahan untuk aktiviti-aktiviti pilihan seperti Hot Air Balloon Ride dan Whirling Dervishes di Cappadocia tak termasuk dalam package. Kalau berminat kena buat bayaran asing. Kalau tak buat aktiviti-aktiviti tambahan, belanja akan jadi lebih murah. Duit belanja pula memang dapat tukar banyak itu saja sebab dah habis peruntukan bayar macam-macam. Tapi dengan duit yang banyak itu pun aku dapat beli macam-macam untuk dibawa pulang dan masih ada baki sekitar TL400.00. Disebabkan duit kita sedikit besar disana, jadi banyak juga barang-barang souvenirs yang boleh dibeli dengan budget yang sikit. Nanti aku kongsikan apa yang aku beli..
ITINERARY 9 HARI 7 MALAM KE TURKEY BERSAMA JUARA TRAVEL & TOURS
Aku rasa perjalanan setiap travel agency hampir sama saja sekiranya ke Turkey. Unless korang pilih untuk join trip bersama agencies yang menawarkan ground package, mungkin ada banyak beza. Ada juga aku survey agencies yang menawarkan package ground yang menarik. Yang boleh request untuk design itinerary sendiri pun ada. Menarik juga kalau yang itu.. Tapi kalau nak yang travel agencies biasa pun okay sangat dah dan memuaskan. Kalau korang berminat untuk kesana dengan travel agency, boleh dapatkan sikit bayangan tempat-tempat yang bakal dituju. Itinerary mungkin berbeza sedikit mengikut musim dan penerbangan juga mungkin berbeza. Main medium of transportation kami adalah bus. Kehulu kehilir naik bus..
Istanbul - Bursa - Kusadasi - Pamukkale - Konya - Cappadocia
- Ankara - Bolu - Istanbul
Day 1 17042019 Wed | Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Istanbul
|
Day 2 18042019 Thurs | Dari Istanbul ke Bursa
|
Day 3 19042019 Fri | Dari Bursa ke Kusadasi
|
Day 4 20042019 Sat | Dari Kusadasi ke Pamukkale
|
Day 5 21042019 Sun | Dari Pamukkale ke Cappadocia
|
Day 6 22042019 Mon | Cappadocia
|
Day 7 23042019 Tues | Cappadocia ke Bolu
|
Day 8 24042019 Wed | Dari Bolu ke Istanbul
|
Day 9 25042019 Thurs | Istanbul - Muscat - Kuala Lumpur
|
Inilah dia itinerary perjalanan ke Turkey bersama Juara Travel & Tours pada bulan April yang lalu. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan kami semua happy. Bucket list aku untuk menaiki Hot Air Balloon Ride alhamdulillah tercapai. Ada apa-apa persoalan boleh tanya di ruangan comment dibawah atau personally email aku. Yang mana aku dapat jawab, insyallah aku tolong jawab. Soalan berkaitan public transportation atau perjalanan menggunakan penerbangan domestic, maaf tak dapat tolong sebab tak ada pengalaman itu. Kami hanya naik transportation yang disediakan oleh pihak travel agency. Dalam entries yang akan datang, aku akan kongsikan pula journal catatan perjalanan harian dan pengalaman di Turkey dan tips pengajaran yang aku dapat sepanjang aku disana. Seronok tapi pahit manisnya tetap ada. Happy travelling !!
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com