I have never been to Phuket tapi aku percaya, Phuket adalah antara salah satu destinasi percutian yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat yang nak hilangkan stress setelah penat bekerja dan cuci mata tengok permandangan yang cantik-cantik. Nak bercuti ke Phuket pun tak perlu nak keluarkan bajet perbelanjaan yang tinggi sebab jarak dekat saja dengan negara kita. Naik kapal terbang dalam satu jam lebih dah boleh sampai. Ada banyak penerbangan dari pelbagai syarikat penerbangan yang boleh kita pilih untuk ke Phuket dan salah satunya adalah Thai Airways. Dengan memilih penerbangan Thai Airways, kita semua akan diberikan options seationg Economy, Premium Economy, Royal Silk dan Royal First Class. Kali ni aku nak kongsikan dengan korang macam mana nak dapatkan cheap Thai Airways flightssemudah di hujung jari saja. Korang mesti dah pernah dengar tentang Traveloka Web atau apps kan ? Kalau ini adalah kali pertama korang dengar memang rugi sangat. Traveloka adalah tempat untuk kita semua buat perbandingan harga flight tickets untuk dapatkan harga yang paling murah mengikut bajet masing-masing. Tunggu apa lagi ? Jom kita ke Phuket dan travel ke tempat-tempat menarik disana.
Khao Rang (Bukit Rang)
Khao Rang (Bukit Rang) terletak di utara Bandar Phuket adalah sebuah lokasi pemerhatian yang terkenal kat Phuket. Khao Rang Viewpoint adalah lokasi pilihan masyarakat tempatan untuk melepak santai dan pelancong-pelancong yang datang ke Phuket. Puncak yang berketinggian 500 meter ini menyajikan view yang cantic di sekitar bandar Phuket sehinggalah ke arah pulau-pulau indah kat sekitar Phuket. Khao Rang bukan sekadar lokasi untuk menikmati view yang cantic semata, puncak berlanskap indah ini turut lengkap dengan taman peramainan kanak-kanak, pusat rekreasi dan restoran-restoran menarik.
Phuket Old Town
Tak ubah seperti Georgetown di Penang, Phuket Old Town penuh dengan kedai-kedai yang terletak dalam bangunan-bangunan lama yang cukup terserlah usia klasiknya. Bangunan-bangunan dengan gaya seni bina Sino-Portugis menjadi refleksi kepada kedatangan Eropah pada suatu ketika dahulu kerana kekayaan bijih timah bandar Phuket. Kat sini juga korang akan menemui banyak restoran, cafe dan butik yang sangat klasik seni binanya. Selain itu, Phuket Old Town turut menempatkan banyak kuil dan muzium-muzium dengan koleksi yang unik untuk ditengok.
Gibbon Rehabilitation Project
Memiliki konsep yang sama seperti Phuket Elephant Sanctuary, Gibbon Rehabilitation Project menempatkan haiwan yang nampak macam monyet iaitu Ungka yang sebelum ini pernah didera atau diabaikan. Kesemua haiwan yang dimasukkan ke dalam pusat pemuliharaan ini akan ditempatkan di dalam habitat semula jadi mereka. Lawatan ke sini dapat membuka minda kita sekeluarga tentang bagaimana spesies ungka menjadi kian terancam dan pelbagai kisah yang berkaitan dengan ungka-ungka yang telah diselamatkan di sini. Jangan lupa untuk memakai kasut yang sesuai untuk mendaki dan berjalan menempuh sungai dan hutan untuk tengok ungka-ungka yang banyak terdapat di atas pokok-pokok. Dikatakan buat masa ini terdapat lebih daripada 60 ekor ungka yang dipelihara.
Prompthep Cape Viewpoint
Prompthep Cape Viewpoint adalah sebuah lagi puncak bukit yang terkenal di Phuket dalam kalangan jurugambar kerana keindahan lanskap yang seindah lukisan. Untuk menuju ke bahagian puncak kenalah berjalan sikit lebih kurang 30 minit. Mengah dan penat jugalah bunyinya tapi percayalah, selepas tengok view matahari terbenam atau matahari terbit dari puncak Prompthep Cape, confirm semua kepenatan yang dirasai akan hilang serta-merta. Selain view yang cantik, Prompthep Cape Viewpoint turut lengkap dengan kedai-kedai cenderamata, kedai serbaneka dan tandas. Bagi yang memandu, ada tempat parking disediakan.
Phi Phi Island
Ini adalah top choice aku secara peribadi. Phuket is all about Phi Phi Island yang sememangnya terkenal dengan kecantikan pantai yang awesome. Kepulauan Phi Phi adalah antara pulau yang terindah kat Asia Tenggara sehinggakan pulau yang terbesar kat dalam kepulauan ini, Ko Phi Phi Lee, pernah dipilih untuk dijadikan lokasi penggambaran filem Hollywood lakonan Leonardo DiCaprio bertajuk The Beach. Antara keindahan yang menanti kita semua di sini adalah pembentukan pantai-pantai tropika dan batu-batu yang sungguh mempesonakan. Di samping itu, air yang berwarna hijau kebiruan ditambah lagi dengan hidupan marin yang penuh warna-warni turut menyejukkan mata. Rasa nak terjun terus masuk dalam air laut berenang sepuas hati.
Dengan beberapa saja suggestions tempat-tempat menarik di Phuket yang boleh dilawati, aku rasa makin ramai yang mula jatuh hati nak pergi kesana. Jangan lupa untuk download application Traveloka di smartphone masing-masing sebab melalui Traveloka kita semua boleh dapat flights to Phuket online booking yang murah saja. Bolehlah kita spend time yang berkualiti dengan orang yang kita sayang. Bila lagi nak bercuti ke luar negara dengan bajet serendah yang mungkin. Semoga kita semua boleh save duit untuk our next trip ke tempat lain pula. Kan dah ada solution, jadi korang tak boleh kasi alasan sangat kata harga flight tiket ke Phuket mahal-mahal belaka. Come on guys.. Inilah masanya untuk kita semua have fun dan rehatkan minda. Happy travelling !!
Credits :
http://www.thailandlife.info/wat-khao-rang-phuket/
http://www.phuket.com/phuket-magazine/khao-rang-viewpoint.htm
https://girleatworld.net/old-phuket-town/
http://www.phuket.com/island/phuket-viewpoints.htm
http://www.phuket.com/island/promthep-cape.htm
https://www.thrillophilia.com/tours/phi-phi-island-bamboo-island-trip
http://www.abstract-living.com/koh-phi-phi-the-isle-of-dreams/
http://aroundthailand.asia/promthep-cape-viewpoint-phuket.html
http://www.phuket.com/island/phuket-tour.htm
http://www.phuket.com/magazine/gibbons.htm
https://stories.travel360.com/gibbon-rehabilitation-project-return-rainforest/
http://thingstodoinphuketthai.blogspot.com/2016/03/gibbon-rehabilitation-project-phuket.html
https://www.trazy.com/experience/detail/phi-phi-islands-from-koh-phi-phi-don-tour-long-tail-boat
http://www.globaltravelmate.com/asia/thailand/phuket/phuket-volunteer/577-phuket-gibbon-rehabilitation-project.html
https://www.onceinalifetimejourney.com/once-in-a-lifetime-journeys/asia/walking-tour-phuket-old-town/