09 December 2018 Ahad
RAINBOW SEA CONTAINER BY MARCUS CANNING DAN FISH AND CHIPS CICERELLO'S WAJIB CUBA DI FREMANTLE PERTH. Perjalanan diteruskan setelah penat memetik buah dan shopping souvenirs. Ada lagi beberapa agenda yang nak diselesaikan. Hari ini memang khas diperuntukkan untuk meronda sekitar Fremantle saja jadi kami akan ke Rainbow Sea Container dan makan Fish & Chips di restoran Cicerello's. Jalan santai saja tak ada nak rushing apa-apa sebab aktiviti yang wajib dan penting dah selesai.
RAINBOW SEA CONTAINER BY MARCUS CANNING
Masa pertama kali aku ke Perth, aku tak tahu langsung pasal tempat ni. Bila dah balik dan tengok perkongsian dari orang lain baru tahu. Kali ini, dah dapat kembali haruslah masuk dalam senarai tempat untuk diterjah. Kawasan Rainbow Sea Container tepi jalan tapi tak boleh suka hati nak berhenti parking. Those yang naik public transport boleh turun di Bus Stand Canning Highway Before East Street dan bus yang melalui kawasan Canning Highway adalah bus bernombor : 111, 148, 158, 500, 910 (Green). Bagi yang memandu, boleh guna GPS dan terus ke Ferry Wharf dan letak kereta disana. Kena menapak sikit untuk ke kawasan Rainbow Sea Container dari parking area. Jangan lupa beli tiket parking walaupun hanya singgah sekejap saja. Biarlah bayar sikit daripada dapat surat saman.

Dari parking area di Ferry Wharf dah nampak Rainbow Sea Container.
Cak !! Syukur tak ramai orang.
Tak payah nak berlama sangatlah disini. Nak ambil gambar buat jadi kenangan dan bukti dah pernah sampai saja. Aku cadangkan datanglah petang sikit biar lepas waktu terik matahari mencanak atas kepala. Kalau terlalu terang nak buka mata pun susah nak bergambar. Alhamdulillah masa kami disana orang tak ramai sangat kecuali satu pasangan tengah photo shoot. Ada juga rombongan sekolah tapi diorang singgah sekejap saja ambil group photo kemudian terus gerak. Lepas dah puas bergambar kami terus ke Kaili's Fish Market Cafe di kawasan Fremantle Fishing Harbour. Kalau sesiapa yang ke Perth mesti wajib singgah makan fish and chips disini. Kalau tak singgah memang tak lengkap trip jadinya. Jangan risau pasal tempat parking walaupun korang datang during weekends. Banyak sangat parking area dan aku suka park di tepi Kaili's. Those yang memandu terus saja ke kawasan tepi Kaili's memang luas kawasan parking. Again !! Jangan lupa beli tiket parking dan letak di atas dashboard kereta.
Masa merancang untuk ke Fremantle, korang kena alert tentang waktu operasi satu-satu premis especially tempat shopping souvenirs dan restaurants. Kebanyakan kedai-kedai di Fremantle hanya beroperasi pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad saja. Mungkin ada juga yang beroperasi pada hari lain jadi inilah antara perkara terpenting yang korang kena semak.
Masa merancang untuk ke Fremantle, korang kena alert tentang waktu operasi satu-satu premis especially tempat shopping souvenirs dan restaurants. Kebanyakan kedai-kedai di Fremantle hanya beroperasi pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad saja. Mungkin ada juga yang beroperasi pada hari lain jadi inilah antara perkara terpenting yang korang kena semak.
FISH AND CHIPS DI KAILI'S ATAU CICERELLO'S FREMANTLE YANG LEBIH SEDAP ?
Ini adalah antara soalan yang selalu sangat aku dapat. Kedua-duanya ada daya tarikan yang tersendiri. Kena rasa sendiri baru boleh buat penilaian. Kalau aku cakap kena cuba di Kaili's kalau tak kena dengan selera korang nanti marah pula. Kalau nak rasa fish and chips dari kedua-dua kedai pun boleh - beli sajalah satu set dari kedua-dua kedai. Senang dan selesai masalah. Kami order dua set dari Kaili's dan dua set dari Cicerello's. Kami tapau dari Cicerello's dan makan di kawasan Kaili's. Aku personally suka fish and chips dari Kaili's tapi Cicerello's punya pun sedap juga. Haaa.. Dah pening nak pilih kan ? Order sajalah mana-mana yang korang nak cuba.
Halal atau tidak ?
Kalau kita nak cari tanda logo halal memang tak akan jumpa disini. Jadi gunakan garis panduan yang telah ditetapkan untuk memastikan yang makanan yang dihidangkan adalah halal atau tak. Kami dah bertanya sehabis baik dengan pekerja untuk memastikan fish and chips yang kami makan adalah halal. Tak boleh juga kita nak main bedal saja. Kami tanya mengenai minyak yang digunakan untuk goreng ikan, bahan-bahan yang digunakan untuk menyalut ikan (fry batter) dan sama ada alcohol digunakan atau tak. Semua pekerja sangat baik melayan - Diorang dah biasa diterjah dengan soalan-soalan oleh Muslims. Untuk kepastian dan kepuasan hati sendiri, tolong tanya again sebelum buat pesanan. Kalau dari awal dah terbit rasa was-was dan syubhah.. adalah lebih baik korang tak makan langsung.
Outdoor dining area di Cicerello's.
Kaunter memesan makanan di Cicerello's.
Indoor dining area di Cicerello's.
Outdoor space di hadapan Kaili's. Makan sambil mengadap harbour.
Wajib cuba sotong goreng tepung di Cicerello's. Sedap !!
Aku suka sangat kawasan Fremantle sebab rasa tenang dan cantik. Kalau korang nak lepak sini tak payah rushing sangat unless itinerary terlalu padat. Santai sudah.. dan slowly enjoy permandangan sekeliling. Makan dan bersembang santai bergurau senda. Datang waktu petang-petang pun menarik sebab suasana syahdu sikit. Tak kalut tak bising sangat. Selain daripada tempat-tempat yang kami terjah sebenarnya ada banyak lagi yang menarik seperti : Fremantle Prison, Round House, Fremantle Arts Centre, Esplanade Park dan Bathers Beach. Lepas makan around 5:00PM kami terus balik ke Airbnb. Untuk hari ketujuh memang aku tak plan untuk meronda sampai lewat malam. Kami kena balik dan rehatkan badan untuk trip esok harinya yang memerlukan tenaga yang banyak. Perjalanan juga jauh jadi eloklah balik berehat. Seronok juga balik awal dapat lepak sambil tengok rancangan di TV. Rasa macam locals pun iyaaa juga.
Baca : TRIP TENGOK DOLPHIN DI MANDURAH DAN SOLAT DI MASJID AR-RUKUN
Baca : TRIP TENGOK DOLPHIN DI MANDURAH DAN SOLAT DI MASJID AR-RUKUN
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com