Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2015 / 1436 H

$
0
0
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Macam mana dengan sambutan Aidilfitri masing-masing ? Meriah ? Baju kurung berapa pasang ? Aku sempat juga beli sehelai lagi baju baru untuk dipakai. Saja nak tambah koleksi.

Apa-apa pun berbelanja haruslah ikut kemampuan. Since DediS dan MamiZ adalah kakitangan kerajaan jadi both of them dapat gaji awal. Tapi tak boleh excited sangat. Masih tak boleh berbelanja sakan. Nak kena bertahan for the next 60 hari sebelum gaji bulan seterusnya masuk. Memang semua kakitangan kerajaan dah faham situasi ni kan ? Jadi kami tak sakan sangat pun this year.

Kuih raya beli ala kadar saja. Usually memang banyak jenis. Tapi this year kena cut down everything. Aku pun bukan peminat kuih raya sangat jadi it is not a big deal. Kalau ada aku makan kalau tak ada pun tak apa. Pi makan kuih raya kat rumah orang lain. Hihihi..

Yang memandu jauh silalah berhati-hati. Kena fikir keselamatan diri sendiri, keluarga dan pemandu lain. Kita nak sampai destinasi dengan selamat. Begitu juga orang lain. Jadi jangan rakus sangat while memandu. Jangan merempit. Kalau mengantuk sila berhenti sebentar minum kopi dulu satu dua round. Dah segar sambung balik memandu.

Dikesempatan hari mulia Aidilfitri tahun ni, aku nak minta maaf to semua kawan dunia maya yang yang aku ada. Ada yang pernah bertemu dan yang selebihnya hanya bermanja bermesra through blogging. Yang penting ada ukhwah yang terjalin walaupun tak pernah berjumpa. 

Maaf kadang-kadang aku lambat berkunjung semula menjenguk blog korang. Bukan disengajakan tapi memang kekangan masa. I will try to make it untuk terjah blog kawan-kawan yang sudi singgah bertandang ke teratak buruk aku. Maaf kalau ada gurauan yang kasar yang tak dapat korang terima. Kalau ada komen aku yang tak berapa nak proper tu aku minta maaf juga. Kadang-kadang sedap menaip bukan fikir sangat. Andai ada yang terasa hati aku sincerely mohon maaf. Jangan simpan dalam hati tau. Aku sayang korang semua.

Kosong-Kosong dah kan ? Hihihi..


Have fun menyambut Aidilfitri dan jaga diri walau dimana pun korang berada. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri kawan-kawan.
Maaf zahir dan batin.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 579