ISI MASA LAPANG BERSAMA KELUARGA DI FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN. Musim cuti sekolah memang anak-anak buah bising ajak berjalan. Aku pula lama plan nak ke Farm In The City di Seri Kembangan memandangkan tak adalah jauh sangat dari Bangi. Tempat-tempat boleh pegang haiwan ni bukan kanak-kanak saja yang excited, kita yang dewasa pun teruja. Asalnya nak pergi dengan kawan-kawan, tak rajin nak jaga nak kepung anak-anak buah kat tempat macam tu tapi akhirnya setelah dibawa bincang, bawa juga diorang sekali ditemani kakak saudara yang lain. Kalau aku seorang memang surrender unless anak-anak buah yang dah dewasa. Yang kecil-kecil jujurnya aku bukan seorang yang penyabar. Itulah sebabnya kena ada yang lebih dewasa dan penyabar dari aku ikut sekali. Set the date dan kami pun ke Farm In The City. Ugut suruh tidur awal malam sebelumnya kalau tak mahu kena tinggal.
FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN
Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan, Selangor
Lokasi : https://goo.gl/maps/x3UavKD5bBT2
Beroperasi setiap hari kecuali Selasa (melainkan cuti umum & cuti sekolah)
Harga tiket ke Farm In The City bagi aku tak adalah mahal sangat dengan pengalaman yang kita akan dapat disana. Harga tiket bagi seorang dewasa adalah RM37.00 dan RM30.00 bagi seorang kanak-kanak. Disebabkan pergi waktu cuti sekolah, kenalah tabah berdepan lautan pengunjung yang ramai. Kalau nak pergi lagi memang aku akan avoid waktu cuti-cuti kemuncak, aku nak santai lepak dalam tu tanpa berebut-rebut. Ada beberapa station sangat sesak jadi ramai berebut-rebut nak pegang haiwan. Nampak juga beberapa staff bertugas kalut nak handle the situation. Sedikit tak selesa tapi nak buat macam mana.. kena bertolak ansur. Anak-anak buah aku yang kecil merengek jugalah nak pegang anak ayam nak pegang arnab asyik kena tolak dengan budak-budak lain walaupun dah beratur. Anak-anak buah aku jenis baik hati telus ikhlas memang tak reti nak 'mempertahankan hak', itulah jadinya kena tolak-tolak sampai terjatuh. Kecewa sikit parents yang ada tengok saja langsung tak tegur. Kalau Mekti dah mula campur tangan tegur kanak-kanak lain nanti Mekti takut ada yang menangis ataupun jadi scene lain antara Mekti dan parents, jadi pujuk sajalah suruh pegang yang lain. Syukur ada staff nampak terus dia ambil seekor dua anak ayam dan arnab bawa terus kat anak-anak buah aku kasi pegang. Exclusive lagi !!
Susah sungguh nak tangkap Guinea Pig ni.. Geram !!
Minta makanan..
Tinggi sangat. Tak sampai..
Geramnya !!
Secara keseluruhannya memang aku puas hati sangat dapat ke Farm In The City. Yang bab ramai orang tu tak boleh nak dibuat apa. Mungkin pihak Farm In The City kena fikirkan cara untuk atasi masalah pengunjung yang terlalu ramai dan masalah berebut-rebut. Supaya semua kanak-kanak dapat peluang fair and square untuk pegang haiwan yang ada. Tak adalah rasa terkilan bayar harga sama tapi tak dapat pegang itu ini. Pandai-pandailah tangani masalah itu.. Sekurang-kurangnya kena spend at least dua hingga tiga jam untuk explore dan rasa puas meronda di dalam Farm In The City. Lagi-lagi kalau pengunjung ramai, kena tunggu giliran dan sebagainya. The idea is fresh, di tengah-tengah bandar ada satu kawasan 'back to nature' yang memberi peluang kepada orang ramai untuk rasai pengalaman berada dekat dengan haiwan-haiwan yang manja dan jinak. Aku pun excited tengok anak-anak buah aku teruja tengok haiwan-haiwan yang pertama kali diorang tengok in real life. A good exposure untuk kanak-kanak. The animals are all very clean jadi tak risau sangat nak pegang. It is definitely a place yang sesuai untuk bawa anak-anak beriadah hujung minggu dan isi masa lapang bersama. Happy travelling !!