Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

Trip Perth 2018 : 7.0 Petik Buah Di S&R Orchard Perth

$
0
0
09 December 2018 Ahad


PENGALAMAN PETIK BUAH SUMMER STONE FRUITS DI S&R ORCHARD DI PERTH VALLEY. Hari ini aku khaskan untuk aktiviti petik buah dan shopping santai. Enam hari sebelumnya dah penat berjalan-jalan road trip jadi hari ini kita relax saja. Kalau korang pembaca setia mesti tahu aku suka aktiviti petik buah kalau berkesempatan dalam setiap trip. Three years ago aku ke Perth, alhamdulillah dapat merasa petik buah apples di Donnybrook. Petik buah di negara orang memang seronok lebih-lebih lagi buah yang tak tumbuh di Malaysia. Musim panas di Australia memang synonym dengan buah-buahan stone fruits seperti cherry, peaches, nectarines, apricots dan plums. Di sekitar Perth memang ada banyak orchards dan ada pelbagai jenis buah-buahan. Kita kena tahu jugalah buah-buahan mengikut musim disana. Sebulan sebelum ke Perth lagi aku survey orchards yang menawarkan pengalaman 'Pick Your Own'dan jumpa beberapa options. Memang tunggu masa untuk orchard buka slot untuk booking session nak petik buah.

ORCHARD BATALKAN SESSION PETIK CHERRY

Hancur gila hati !! Aku teringin sangat nak petik cherry tiba-tiba pihak orchard batalkan session 'Pick Your Own' ikut tarikh yang aku dah tempah. Aku dah sampai Perth baru dapat tahu orchard akan tutup during weekends yang sepatutnya dibuka untuk orang ramai pergi petik buah. Serabut jadinya sebab memang dah confirm kena tukar itinerary. Aku cari orchard lain tapi semua tutup untuk petik cherry. Hairan.. Sebab sebelum pergi memang banyak yang buka. Tak tahulah kenapa tiba-tiba semua shut down. Syukur dah prepare back up tapi bukan orchard cherry cuma ada masalah juga.. Aku memang selalu search juga S&R Orchard tapi orchard ni buka during Summer Festival saja. Memang meriah dengan pelbagai aktiviti dan aku tak pasti selain dari tarikh yang ditetapkan orchard akan dibuka kepada public atau tak. Kalau ikut tarikh memang tak kena dengan tarikh masa kami disana. Summer Festival berlangsung dua minggu lepas tarikh balik ke Malaysia. Aku beranikan diri untuk message pihak S&R Orchard di Facebook, tanya boleh ke nak pergi orchard sebelum tarikh Summer Festival and I told them apa yang terjadi. Nervous tunggu reply sambil dalam kepala bertambah serabut kalau tak ada jawapan. Alhamdulillah.. Dilayan baik dan kami berempat dapat keizinan untuk datang orchard walaupun bukan during tarikh untuk Summer Festival.


S&R ORCHARD PERTH

Masuk ke perkarangan S&R Orchard dah nampak deretan pokok-pokok buah-buahan yang kemas ditanam mengikut kelompok. Kami terus ke bangsal di hujung orchard dan disambut baik oleh seorang Uncle. Maaflah aku tak ingat nama dia. Memang tak ada orang lain selain kami. Dengan bayaran sebanyak 10AUD (RM30 approx) seorang kami diberikan plastic bag sekeping. Sepatutnya kami hanya boleh petik sebanyak 1KG saja seorang (akan ditimbang dan antara rules yang aku baca during Summer Festival) tapi rezeki kami that day, petiklah banyak mana nak petik dan makanlah banyak mana nak makan. Uncle explain area mana yang buah-buahan dah masak dan cara nak petik buah dengan betul. Kalau nak makan pilih yang dah lembut dan ranum tapi kalau nak simpan bawa balik Malaysia, pilih yang keras sikit. Dia lepaskan kami meronda suka hati. Dah puas makan dan petik buah boleh terus balik. Dia nak pergi tengok ladang sayur. Seluas ladang hanya untuk kami berempat !! Ya Allah excited sangat aku rasa.


Deretan pokok-pokok buah plum yang belum masak.

Semua kawasan boleh pergi. Ikut suka korang nak buat apa..

Kawasan pokok-pokok buah peach. Kecil saja pokoknya tapi buah lebat.


Subhanallah !! Geram sangat tengok buah peaches ni..


Buah peaches ada bulu-bulu halus macam lapisan baldu.


Dah penuh suku plastic. Belum pergi kawasan buah-buahan lain..



Buah peaches lebih lembut dan sangat juicy.


Ready tripod. Kat tangan dah ada peach sebiji..



Rasa macam VVIP sangat sebab dapat petik buah tanpa gangguan. Tak perlu berebut dengan orang lain. Hikmah disebalik kesedihan tak dapat petik cherry. Di S&R Orchard ada pelbagai jenis buah-buahan. Yang sedang masak elok masa kami kesana adalah peaches dan nectarines. Lebih kurang sama saja peaches dan nectarines cuma ada berbeza dari segi texture dan rasa. Buah-buahan lain seperti apricots, pears dan plums dah berbuah tapi belum ready untuk dipetik. Peaches dah terlalu masak jadi tak banyak sangat kami petik, banyak yang kami ngap saja. Takut rosak atau hancur sebelum dapat bawa balik ke Malaysia.

Dah puas di kawasan peaches, jom kita petik Nectarines pula.

Pokok-pokok nectarins yang besar.

Ladang yang kemas dan bersih.

Nectarines yang menggoda !!





Nectarines ada pointed end. Kulit licin dan sedikit keras.


Crunchy bila digigit.





They look like apples but they are not !!

Kulit buah nectarines sangat berkilat.



Kakak dah penat jalan !!


Di Malaysia, pernah juga sebenarnya makan buah nectarines tapi ini first time jumpa nectarines jenis macam ni. Lain sikit daripada yang diimport masuk ke negara kita. Tak tahulah jenis apa yang kami petik. Sepanjang kami bersiar-siar dan petik buah, Uncle langsung tak datang jenguk. Nampak dari jauh memang dia focus tengok batas-batas sayur yang ada di S&R Orchard. Tahap percaya tinggi sungguh.. Kami lalu juga kawasan buah-buahan lain walaupun tak masak lagi. Pears masih muda dan plum masih hijau. Uncle kata, apricots maybe ada yang dah boleh petik tapi pokok-pokok apricots sangat tinggi. Berbanding peaches dan nectarines, apricots tak tumbuh di dahan yang rendah. Lagi tinggi lagi bagus dan elok menjadi buahnya. Kalau kami sampai nak petik bolehlah petik. During Summer Festival akan disediakan tangga jadi orang ramai senang nak petik apricots. Dah pergi berempat memang tak adalah tangga bagai. Tapi rezeki.. Memang ada beberapa biji apricots yang dah ranum. Dapatlah nak rasa seorang sedikit. Apricots macam peaches juga, ada bulu-bulu halus seakan lapisan baldu. Memang banyak yang masih keras dan muda. Jenuh lompat juga nak petik, masing-masing rendah. First time dapat makan buah apricots yang fresh, selalunya makan yang kering saja.

Pokok-pokok apricots.








Manis !! First time tengok buah apricots yang fresh.

Baby pears.





Baby plums. Masih hijau..


Dah nak mula tukar warna..

Peaches, nectarines dan apricots.




Video petik buah di S&R Orchard.

Alhamdulillah seronok sangat dapat petik buah di S&R Orchard. Sekali lagi nak highlight, aku tak pasti sama ada S&R Orchard dibuka untuk public pada hari biasa atau tak. Macam mana kami berempat dapat pergi adalah rezeki kebetulan ketika buah-buahan memang dah masak dan tarikh untuk Summer Festival lagi dua minggu. Atas budi bicara pihak S&R Orchad, dapatlah kami pergi. Aku nasihatkan korang email atau message pihak S&R Orchard terlebih dulu kalau ada perancangan nak datang dan petik buah. Rujuk SINI untuk maklumat lanjut. Rujuk website atau S&R Orchard Facebook Page untuk check tarikh yang available untuk petik buah. It was a great experience dapat merasa pengalaman memetik buah di negara orang. Kalau korang ada minat yang sama macam aku, silalah add mana-mana orchard yang available untuk pergi dan petik buah disana. Pengalaman yang kita dapat sebenarnya lagi mahal dari apa nilai sekalipun. Tunggu Uncle di bangsal tapi tak nampak bayang langsung. Ended up kami gerak keluar dari orchard dan lalu kawasan sayur-sayuran. Jerit dari jauh ucap thank you dan goodbye. Ada jodoh kita jumpa lagi..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

Trending Articles


Girasoles para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)