06 December 2018 Khamis
CAPE LEEUWIN LIGHTHOUSE DI AUGUSTA, MILLER'S ICE CREAM DAN BERMALAM MARGARET RIVER TOURIST PARK. Hampir dua jam kami mengejar ikan pari di Hamelin Bay, surrender kepenatan akhirnya dan teruskan perjalanan ke Augusta. Lebih kurang satu jam memandu. Dua saja lokasi menarik yang kami akan terjah sepanjang hari keempat sebelum ke Margaret River untuk bermalam. Selesai satu urusan di Hamelin Bay, kita ke lokasi seterusnya pula. Trip yang lalu tak sempat singgah ke Augusta sebab nak cepat sampai Albany. Kali ini kena pergi. Di kawasan Margaret River Region dan Augusta ada beberapa lighthouse yang boleh kita pergi lawat. Yang famous adalah Cape Naturaliste Lighthouse di Dunsborough dan Cape Leeuwin Lighthouse di Augusta. Kami pilih salah satu lighthouse saja untuk pergi jenguk dan masing-masing setuju untuk ke Cape Leeuwin Lighthouse. Korang buatlah perbandingan, lighthouse mana yang lagi menarik untuk pergi. Aku personally rasa Cape Leeuwin Lighthouse lebih menarik berbanding Cape Naturaliste Lighthouse dari segi binaan, sejarah dan permandangan sekitar.
Lagi satu jam sampai ke Augusta.
Permandangan sepanjang jalan ke Cape Leeuwin Lighthouse.
Subhanallah. Lautan Indian Ocean yang membiru terbentang luas.
CAPE LEEUWIN LIGHTHOUSE AUGUSTA
Aku rasa semua orang tahu apa fungsi dan kegunaan lighthouse atau rumah api kepada pelayar, tentera ataupun nelayan. Kalau tak tahu.. Meh aku kongsikan sikit. Tak pasti sama ada zaman sekarang lighthouse masih diperlukan atau tak. Tapi kalau zaman dulu, memang sangat penting sebagai penunjuk arah (navigational aid) ataupun sebagai pemberi amaran sekiranya sesuatu yang bahaya akan berlaku atau sedang berlaku. Mana ada Waze dan Google Maps, jadi kenalah berpandukan GPS manual. Zaman dulu proses perdagangan atau ketenteraan memang banyak menggunakan laluan air, jadi itulah sebabnya banyak rumah api dibina ditepi laut. Lebih kurang macam lampu isyarat. Lighthouse keeper selalunya akan hantar isyarat kepada kapal-kapal yang akan melalui perairan menggunakan isyarat lampu. Adalah codes tertentu untuk berkomunikasi. Cape Leeuwin Lighthouse adalah rumah api yang paling tinggi di daratan negara Australia dan masih lagi mampu berfungsi dengan baik. Kawasan perairan di Cape Leeuwin dianggap antara yang berbahaya di dunia. Bentuk muka bumi, kelajuan angin lintang dan menjadi titik pertemuan dua lautan, Southern Ocean dan Indian Ocean bertemu menjadikan ombak laut bergelora besar dan boleh mendatangkan bencana kepada kapal-kapal dagang atau tentera. Untuk pembacaan lanjut mengenai sejarah Cape Leeuwin Lighthouse, rujuk SINI.
Apa aktiviti yang boleh dilakukan di Cape Leeuwin Lighthouse ? Selain daripada menikmati permandangan kawasan sekitar, kita boleh panjat ke atas rumah api sambil dengar perkongsian sejarah dan enjoy view yang cantik dari atas. Kalau nak masuk dan hanya bersiar-siar di ground area, hanya perlu bayar AUD8 (RM24.80 approx) untuk seorang dewasa tapi kalau nak panjat rumah api sekali, total bayaran adalah sebanyak AUD20 (RM62.00 approx). Kami memang nak naik ke rumah api yang paling famous di Australia ni. Boleh nampak dengan lebih jelas titik pertemuan dua laut, Southern Ocean dan Indian Ocean. Menariknya, walaupun dah berusia, Cape Leeuwin Lighthouse masih beroperasi dengan baik, jadi ada beberapa keepers diperlukan untuk memastikan maintenance lighthouse terjaga elok. Tour untuk memanjat lighthouse dikendalikan oleh penjaga rumah api selang satu jam.
Berkumpul dan dengar penerangan sikit sebelum panjat rumah api.
Dalam rumah api. Keselamatan amat penting sebab tangga curam.
Tangga rumah api yang memusing.
Dah sampai atas. Subhanallah cantik sangat view.
Pemisah dan titik pertemuan dua lautan, Southern Ocean dan Indian Ocean.
Menurut tour guide, batu di tengah laut sana adalah grid coordinate sebenar pertemuan Southern Ocean dan Indian Ocean.

Nak turun lagi seram !!
Review khas dari aku.. sangat seronok sebab dapat pengalaman naik ke rumah api yang masih elok beroperasi di Australia. Tak pasti kat Malaysia kita boleh dapat pengalaman yang sama atau tak. Tour guide sangat baik dan mesra berkongsi pengalaman. Dengar sejarah pembinaan dan kejadian kapal karam yang pernah terjadi suatu ketika dulu memang menarik. Kalau dah sampai, sila bayar sekali untuk naik ke atas. Tangga memang curam dan siapa yang gayat mungkin akan ada masalah sikit. Walaupun ada pemegang tapi we cannot avoid daripada memandang ke bawah. Nak turun lagi seksa. Aku pun tak sangka lutut aku terketar-ketar masa turun tangga. Double seram dari waktu memanjat. Bila dah sampai atas tak rasa tinggi mana pun.. Sangat cantik dan berangin. Menurut tour guide, ombak laut that day dikira baik dan tak ganas sangat. Bukan rezeki kami nak nampak dengan jelas bila dua lautan bertemu di tengah laut.
Dah turun dari lighthouse baru meronda kawasan sekitar..
Kami teruskan perjalanan dari Augusta ke Margaret River. Satu jam memandu, kami singgah ke Coles nak beli ikan dan makan ice cream di Miller's Ice Cream di Margaret River sebelum check-in di Margaret River Holiday Park. Dua tempat menarik yang ada dalam itinerary dah terjah jadi kita lepak santai saja no rush. Kami tak singgah solat dimana-mana sebab ikut rancangan memang akan terus solat di cabin holiday park. Aku plan untuk check-in awal, pukul 3:30PM dah masuk cabin supaya masing-masing dapat rehat yang cukup untuk teruskan perjalanan dan menikmati percutian hari-hari yang masih berbaki di Western Australia. Ikut korang nak design perjalanan macam mana. Kalau rasa rugi nak check-in awal boleh saja pergi meronda lagi. Untuk aku dan Neddy yang memandu kereta, we needed some time off supaya urat kepala dan muscle dapat berehat.
MILLER'S ICE CREAM MARGARET RIVER
Idea nak makan ice cream tak masuk dalam itinerary pun. Tapi cuaca terik buat rasa nak makan benda sejuk. Aku sempat juga Google kedai ice cream di Margaret River. Ramai yang suggest untuk cuba ice cream di kedai Miller's Ice Cream, betul-betul di pekan Margaret River. Aku guna Google Maps saja nak cari lokasi. Sebelum makan apa-apa ditempat orang pandai-pandai korang semak dulu ingredients dan tanyalah apa patut. Pay attention pada alcohol, wine dan shortening yang digunakan. Pekerja di Miller's Ice Cream sangat baik melayan setiap soalan kami. Kena alert dengan beberapa flavours yang kita sendiri tahu memang ada alcohol. Flavour seperti Rums & Raisins contohnya. Kalau aku nampak ada flavour Rums & Raisins memang aku tak beli terus walaupun bekas asing-asing. Masih ada potensi diorang guna scoop yang sama. Bila dah yakin baru makan.. Alhamdulillah tak ada yang meragukan. Senang juga nak dapat parking walaupun macam sesak. Margaret River agak sibuk dan meriah. Tapi malam memang sunyi sepi. Alert dengan notice parking. Ada yang hanya untuk satu jam, dua jam dan ada yang tak ikut jam.
Enjoying their ice cream.
Vanilla ice cream di tengah hari terik.
MARGARET RIVER HOLIDAY PARK
Sempat singgah Coles beli ikan dan beberapa benda lain, tengok jam dah elok sangat boleh pergi check-in. Kami bermalam di family cabin Margaret River Holiday Park. Cabin sangat cantik dan selesa. Besar sangat lengkap dengan semua peralatan untuk memasak. Ada dua bilik dan dua katil besar satu katil kecil. Ada sleeping couch juga. Memang boleh sumbat ramai orang. Kami dah siap bawa periuk dan perkakas yang basic jadi tak guna pun apa yang sedia ada. Selesai urusan check-in dan masuk cabin, kami rehat sekejap sebelum makan bekalan lunch yang siap tapau. Baru rasa lapar. Dah kenyang sedap rasa nak tidur sekejap. Masing-masing layan perasaan. Petang sikit before prepare dinner, aku dan Neddy meronda sekitar holiday park. Saja ambil angin petang.. Kawasan Margaret River Holiday Park sangat bersih. Ada kemudahan seperti kawasan nak BBQ dan bilik laundry siap dengan dryer. Senang kalau nak basuh baju. Bunga-bunga pula tengah cantik kembang mekar. Memang cantik sangat bunga-bunga yang ada. Bau wangi sama dengan bau Downy. Semerbak !!
Reception area.
Family cabin. Besar !!
Bau sama dengan Downy. Hihihi..
Strawberries dan cherries yang dibeli di Coles.
Menu simple - Asam pedas, sayur campur dan telur dadar.
Ikan apa aku beli pun aku tak ingat dah dan itu adalah fish fillet paling murah, lebih kurang RM25. Dapat potong lima small pieces. Nak beli Salmon tapi tengok harga rasa tertindas pula nak bayar mahal sangat. Sedap juga ikan tak ingat nama ni sebenarnya bila dah pekena dengan Asam Pedas instant campak-campak. First time bawa pes masakan Asam Pedas untuk dicuba. Not bad tapi bukan selera aku sangat. Sayur campur banyak kentang dan cendawan. Habiskan bekalan broccoli dan carrot. Nanti boleh beli lagi.. Simple dinner tapi penuh nikmat. Layan tv sekejap dan rehat secukupnya. Bonne nuit !!
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com