06 December 2018 Khamis
DARI PEMBERTON KE AUGUSTA DAN MARGARET RIVER - MEMBURU IKAN PARI DI HAMELIN BAY. Hari keempat di Western Australia kami akan gerak dari Pemberton ke Augusta dan seterusnya ke Margaret River untuk bermalam disana. Augusta dan Margaret River dekat saja tak sampai satu jam memandu dah sampai. Ada dua tempat yang kami nak pergi hari ini, ke Hamelin Bay dan Cape Leeuwin Lighthouse. Kedua-dua tempat ini aku tak pernah pergi lagi. Dulu aku hanya ke Margaret River dan tak sempat nak singgah Augusta. Kali ini baru ada rezeki nak pergi sana. Tak terkejar-kejar dan strict sangat hari ini tapi kena jugalah ikut timing yang dah dibuat supaya semuanya berjalan lancar. We could enjoy the view memandu santai layan perasaan tengok permandangan. Alhamdulillah cuaca elok cerah setelah semalaman hujan lebat. Risau juga kalau cuaca tak elok sebab aktiviti-aktiviti hari ini semuanya tepi pantai. Check-out dari Best Western Pemberton Hotel dah siap sedia meneruskan perjalanan. Neddy yang memandu - I am not a morning person jadi kalau memandu awal pagi senang mengantuk.
Laluan hari keempat di Western Australia :
Pemberton - Hamelin Bay - Cape Leeuwin Lighthouse - Margaret River
![]()
Berhenti tepi jalan nak ambil gambar sungai.
![]()
Tak tahu sungai apa..
![]()
Laluan ke Hamelin Bay.
Berhenti tepi jalan nak ambil gambar sungai.
Tak tahu sungai apa..
Laluan ke Hamelin Bay.
MEMBURU IKAN PARI DI HAMELIN BAY
Memburu disini bukanlah aktiviti pergi tangkap atau memancing ikan pari. Kami pergi main kejar-kejar tepi pantai saja sebenarnya. Ini adalah antara aktiviti yang aku paling teruja seronok nak buat dalam trip kali ini dan pengalaman yang tak akan aku lupakan. Sampai sekarang kalau teringat mesti terbayang perasaan teruja yang aku rasa ketika disana. Lupa terus masalah yang melanda jiwa yang buat serabut kepala tengok ikan-ikan pari berenang bebas tepi pantai di habitat natural dan kita berpeluang tengok depan mata. Suhu sejuk angin kuat tepi pantai tapi cuaca sangat terik. Hasil daripada pembacaan yang aku buat, ramai suggested untuk pergi ke Hamelin Bay awal pagi masa air masih surut baru nak pasang, waktu nelayan baru nak keluar pergi tangkap ikan. Lebih banyak dan senang nak nampak ikan-ikan pari berenang bebas. Boleh juga datang waktu petang. Ramai tak suggest datang tengah hari sebab ombak dah bergelora besar dan chances nak nampak ikan-ikan pari berenang agak tipis. Walaupun Hamelin Bay adalah natural habitat untuk ikan-ikan pari ni.. Nak nampak tu memang ikut nasib dan rezeki. Kawan aku tunggu dekat dua jam tapi seekor ikan pari pun tak kelihatan.
Sampai di Hamelin Bay around 10:00AM. Ada dua kawasan parking, satu kawasan khas untuk kereta dan satu lagi laluan khas boat ramp. Kami parked di kawasan parking kereta dah terpaksa menapak jauh. Berjalan atas pasir sangatlah memenatkan. Park saja di kawasan boat ramp sebab lagi senang terus sampai tepi pantai. Ramai pengunjung datang lagi awal dah berderet tunggu tepi pantai. Katanya dari pagi seekor ikan pari pun tak nampak lagi.. Ada yang dah tunggu dari pukul 07:00AM. Tapi dah namanya rezeki nak tengok ikan pari.. MamiZ dan AcikE yang dah menapak jauh ke hujung pantai jerit panggil aku dan Neddy. Rupanya diorang dah nampak seekor ikan pari. Subhanallah !! Seekor ikan pari hitam kelihatan. Size sederhana saja tak besar sangat. Ombak kuat susah nak tengok dari jauh. Tak fikir panjang terus masuk laut korbankan seluar. Lantaklah lencun janji dapat tengok ikan pari dengan jarak dekat. Kalau duduk tepi pantai saja memang tak dapat nak ambil gambar dan video. Tak apalah aku berkorban demi nak ambil gambar dan video. Ada banyak rumpai laut juga jadi mengelirukan nak beza mana ikan mana rumpai. Nampak macam ada benda berjoget dalam air, ingatkan ikan pari. Tenung punya tenung rupanya rumpai laut. Sebab kami dah terjerit-jerit excited maka ramai jugalah yang mula datang dekat kami. That day in total ada tiga ekor ikan pari datang berenang di tepian. We were lucky memang rezeki tak perlu tunggu lama macam orang lain.
Bila tengok balik gambar-gambar yang diambil terang biji mata sebab terlalu cerah. Kena edit extra. Patutnya adjust setting camera tapi lupa dan terus pakai mode auto. Patutnya auto jadi eloklah gambar tapi tak tahulah kenapa buat perangi pula camera ni. Excited kejar ikan pari terus tak peduli camera. Dahlah tak pandai sangat nak edit gambar, hentam sajalah janji nampak elok. Memang teruk betul teriknya.. Cermin mata aku dah polarized jadi bila panas automatic gelap, tak perasan langsung gambar-gambar yang diambil semua too bright.
![]()
Yang ramai tunggu dari awal pagi.
![]()
![]()
![]()
Holiday Park di Hamelin Bay.
Terik yang amat !! Biasa saja pantainya. Penuh rumpai.
Menapak sampai ke hujung mencari si ikan pari.
One decent photo of us four.
Bila tengok balik gambar-gambar yang diambil terang biji mata sebab terlalu cerah. Kena edit extra. Patutnya adjust setting camera tapi lupa dan terus pakai mode auto. Patutnya auto jadi eloklah gambar tapi tak tahulah kenapa buat perangi pula camera ni. Excited kejar ikan pari terus tak peduli camera. Dahlah tak pandai sangat nak edit gambar, hentam sajalah janji nampak elok. Memang teruk betul teriknya.. Cermin mata aku dah polarized jadi bila panas automatic gelap, tak perasan langsung gambar-gambar yang diambil semua too bright.
Video gembira mengejar ikan pari.

Yang ramai tunggu dari awal pagi.



Kalau korang bercadang untuk buat road trip tolonglah singgah ke Hamelin Bay dan rasai sendiri pengalaman berkejaran dengan ikan-ikan pari yang ada disana. Masuk dalam itinerary jangan lupa !! Kalau rezeki lagi baik memang dapat jumpa yang besar sangat. Boleh search #hamelinbay di Instagram dan tengok gambar-gambar yang pengunjung lain kongsi. Mesti korang rasa teruja yang amat nak pergi tengok ikan-ikan pari ini dengan mata sendiri.
BAHAYA PEGANG IKAN PARI ? SELAMAT UNTUK BERENANG ?
Apa yang aku nak kongsikan adalah pandangan peribadi dan hasil dari pembacaan yang aku buat berdasarkan pengalaman orang lain. Ended up ikut korang sendiri macam mana pun. Bahaya atau tidak nak pegang ikan-ikan pari di Hamelin Bay ? Ada yang kata bahaya sebab apa-apa keadaan sekalipun, ikan-ikan pari ini adalah haiwan liar dan ada yang kata tak bahaya sebab ikan-ikan pari ini dah biasa dengan kehadiran manusia di Hamelin Bay. Keadaan jadi bahaya bila ikan-ikan pari rasa terancam. Mulalah ekor yang tajam tu nak mencucuk. Mungkin ada yang terlalu excited bila nampak ikan-ikan pari sampai lupa diri. Terus nak pergi cuba tangkap. Ada yang lagi extreme dan berani, siap berenang lagi disana. I am not brave enough to do such thing. Jadi pandai-pandailah korang buat pilihan sama ada nak pegang atau tak. Kalau jadi apa-apa atas tanggungan sendiri. Amaran supaya tak pegang ikan-ikan pari dan larangan berenang memang ada dipasang. Tapi semestinya kita, dah namanya manusia dengan penuh sifat curiosity ini akan rasa tergedik-gedik nak pegang. Apa-apa pun.. Fikir keselamatan dulu dalam apa juga keadaan. Aku tak pegang pun ikan-ikan pari tu walaupun teringin sangat sebab MamiZ menjerit-jerit bila aku cuba nak pegang. Aku masuk air pun dia dah bising. Sayangnya camera aku hilang, kalau tak dapat juga rendam dalam air ambil footage. Benda dah nak jadi..
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com