04 December 2018 Selasa
PERJALANAN ROAD TRIP KE ALBANY, SOLAT DAN LUNCH DI KATANNING MOSQUE DAN GROCERIES SHOPPING DI COLES ALBANY ORANA | Hari kedua di Perth adalah permulaan road trip ke selatan Western Australia. Kami melalui pekan seperti Wandering, Wagin, Katanning dan Tambellup sebelum ke Albany. Kami singgah untuk solat dan lunch di Katanning. Perjalanan road trip hari pertama adalah yang paling panjang dan jauh, lebih kurang enam jam memandu dari Perth. Set alarm pukul 05:30AM nak solat Subuh, terjaga selak langsir tengok cahaya terang diluar. Blur sekejap nak digest apa terjadi. Kemain siap print waktu solat mengikut kawasan tapi silap tengok jadual. Waktu solat Subuh ketika summer rupanya pukul 03:15AM !! Padanlah matahari dah mencanak naik. Hamek kau.. Semua terlajak solat. Jalan waktu summer untung kitaran waktu siang lebih panjang. Advantage kalau nak berjalan jauh dan rancang untuk gerak awal. Ingatkan bila siang panjang di Australia maksudnya Maghrib lambat, rupanya Subuh yang cepat. Lain ceruk dunia lain waktunya. Matahari dah naik tinggi seawal 05:00AM, jalan raya masih sunyi sepi. Lengang..
FAMOUS APPLE STRUDEL HALAL DARI CORICA PASTRIES
Check-out dari Comfort Perth City Hotel pukul 08:00AM terus ke Corica Pastries nak beli Halal Apple Strudel yang orang kata sedap sangat tu.. Bagus, Corica Pastries beroperasi awal jadi tak perlu tunggu lama. First time ke Perth dulu tak tahu menahu pasal apple strudel ni. Hairan bila orang tanya pasal apple strudel rupanya diri sendiri yang terlepas pandang tak tahu. Kali ini harus beli dan rasa. Kedai tepi jalan saja tak jauh dari hotel dan tak susah nak cari. Guna Google Maps. Kami beli sekotak apple strudel berharga 25AUD (RM75.00 approx) untuk breakfast dan bekal kudap sepanjang perjalanan. Pejam mata sajalah bayar, dah ada ditempat orang nak buat macam mana. Sekotak cukup nak makan empat hingga lima orang, just nice untuk kami. Boleh juga beli untuk dibawa pulang ke Malaysia. Kotak kemas dan senang nak packing. Ada packaging khas kalau beli banyak kotak.
Kedai pastries Corica di Perth CBD. Lengang..
Almond Slice pun famous. Ramai kata sedap tapi aku tak cuba pun..
Sedap nampak semuanya.
Tarts dan cookies. Tema Christmas.
Sekotak saja kami beli.
Apple Strudel Corica Pastries. Very yummy !!
I have tasted something similar tapi tak ingatlah dimana. Not the best apple strudel yang aku pernah makan tapi boleh masuk kategori sedap layak dirindui oleh sesiapa yang pernah rasa. Walaupun disimpan dalam chiller, puff pastries tak lembik, masih crunchy. Tak terlalu manis. Rancang nak bungkus sekotak dua bawa balik Malaysia, tapi tak sempat nak singgah beli sebelum balik. Elok sediakan pisau dan bekas kalau nak makan dalam kereta. Berterabur teruk !!
Jomlah kita mulakan perjalanan jauh ke Katanning sebelum ke Albany.
DARI PERTH KE KATANNING (KATANNING MOSQUE)
Minyak kereta masih full. Kalau nak isi pun nantilah bila dah sampai Katanning. Jujurnya aku mengantuk gila memandu memang pedih mata. Bosan sangat permandangan kiri kanan yang gersang kering. Kenderaan pula tak banyak. Makin jauh dari Perth, makin sunyi. This is one of the reason kenapa tak dinasihatkan memandu pada waktu malam. Siang pun sendu apa lagi waktu malam. Lampu jalan pun tak ada. Nak memandu perjalanan jauh silalah memandu pada waktu siang. Teringat dulu cantik permandangan hijau saujana mata memandang. Ladang-ladang lembu dan kambing. Tak sangka pula bila musim panas kiri kanan jalan kering kontang. Sepanjang perjalanan ada dua tiga hentian sebelah tapi seram sungguh. Hutan keliling dan disediakan meja dan kerusi. Amaran binatang liar merata-rata, nak berhenti rehat pun rasa takut jiwa tak tenang. Kalau seorang diri memang tak berhenti. Ada juga pekan-pekan kecil, ada cafe dan petrol station tapi semua nampak macam pekan cowboy.
Jarak Perth ke Katanning dan Albany.
Meninggalkan Perth CBD.
Jalan raya lengang sunyi sepi. Kiri kanan kering kontang.
Sejuk tapi matahari terik. Kambing pun berhimpit nak berteduh.
Lalang cantik menari mengikut rentak angin bertiup.
Singgah hentian sekejap. Stretching dan tukar pemandu.
Pekan Wagin. Sikit lagi nak sampai Katanning.
Optional sebenarnya singgah ke Katanning. Nak terus ke Albany pun elok juga. Jimat satu jam. Kami detour sebab nak singgah solat di Katanning Mosque. Katanning adalah satu pekan kecil yang penduduknya ramai terdiri daripada Muslims dari Kepulauan Cocos. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila buat pembacaan sendiri mengenai sejarah macam mana mereka yang dulunya tinggal di Kepulauan Cocos boleh berhijrah ke Australia. Trip yang pertama, aku singgah ke Katanning sebab pernah baca dalam Novel Julia masa Tingkatan 5 dulu. Antara latar tempat yang dipaparkan adalah pekan Katanning. Pengalaman disambut mesra komuniti Muslims dan dapat solat Maghrib berjemaah dengan penduduk Melayu Cocos di Katanning Mosque adalah sangat bermakna. Kali ni singgah nak tunaikan solat Zohor dan Asar pula. Sayangnya tak ada seorang manusia lain selain kami berempat. Sunyi sepi suasana di Katanning Mosque. Mungkin hanya meriah ketika Maghrib dan Isyak.
Dua pintu utama kunci, cuak dah. Syukur pintu ketiga tak kunci. Kalau tak memang berkelah makan lunch dan solat diluar nampak gayanya. Nampak notice didinding. Sepatutnya waktu lain memang pintu masjid akan dikunci. Rezeki kami dapat juga masuk. Semakin ke selatan Western Australia, waktu solat juga semakin cepat. Ruang solat wanita sangat selesa. Telekung juga ada disediakan. Selepas solat kami makan dulu sambil hilangkan penat memandu. Bunyi angin kuat sangat diluar dan suhu pun sejuk. Tinggalkan sedikit wang dalam tabung masjid, tanda terima kasih bagi tumpang solat. Semoga ada jodoh kita berjumpa lagi, Katanning Mosque.
Bekalan nasi dan sambal sotong instant. Lunch box bawa dari Malaysia.
Perkarangan Katanning Mosque. Tengah check pintu yang tak berkunci.
Kosong. Tapi pintu pagar utama terbuka luas..
Dari Katanning, perjalanan diteruskan ke Albany. Dua jam pemanduan..
BELI BARANG DAPUR DI COLES ALBANY ORANA
Selepas dua jam memandu, alhamdulillah sampai juga ke Albany. Jalan raya makin cantik kemas dan lebih lebar. Kenderaan pun banyak sebaik saja masuk Albany Highway, tak adalah sunyi sangat. Kami singgah ke Coles Albany Orana dulu sebelum ke destinasi seterusnya untuk beli barang-barang dapur. Untuk trip kali ini, memang kami akan singgah banyak kali ke groceries stores untuk beli barang-barang nak dimasak. Kalau beli siap-siap takut rosak sebab nak commute dari satu tempat ke tempat lain. Groceries shopping adalah sangat seronok. Geram rasa macam-macam nak dibeli. Buah-buahan dan sayur yang segar. Konon nak beli sikit saja, akhirnya penuh cart. Cuma kena ingat satu perkara, banyak groceries stores yang tutup awal kalau di kawasan-kawasan luar bandar. Kena rancang perjalanan elok-elok.
Happy shopping barang dapur.
Memang kami plan untuk beli kuali disana.
Tukang punggah barang.
Tukang bayar.
Tak ada restriction nak beli barang-barang dapur buah-buahan atau sayur. Ikutlah our moms nak makan apa yang diorang teringin. Janji makan sampai habis jangan membazir. Paling puas hati beli peach, mango dan cherry. Sedap !! Aku rasa harga tak adalah murah sangat tapi tak apalah, sesekali. Duit untuk perbelanjaan barang-barang dapur memang kami dah asingkan dari awal. Tak akan ganggu perbelanjaan lain. Neddy yang pegang semua duit jadi bab bayar membayar, memang dia yang uruskan. Aku tak masuk campur, memang serah pada seorang saja untuk manage. Simpan receipt dan rekod semua perbelanjaan untuk dijadikan rujukan. Baru tahu duit kita dibelanjakan untuk apa. Sebelum check-in dan berehat, kami sempat singgah ke satu destinasi hot spot di Albany. Jalan-jalan cuci mata enjoy sunset. Jom !!
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com