Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

TRIP PERTH 2018 : LALUAN ROAD TRIP, ITINERARY DAN BUDGET PERBELANJAAN

$
0
0
LALUAN ROAD TRIP, ITINERARY DAN BUDGET PERBELANJAAN 10 HARI DI PERTH WESTERN AUSTRALIA | Alhamdulillah syukur aku dan MamiZ diberi kesempatan untuk ke Perth, Western Australia buat kali kedua pada bulan December 2018. Aku akan kongsikan pengalaman kami selama sepuluh hari ke tempat-tempat menarik di Perth dan sekitar negeri Western Australia. Tapi sebelum mula bercerita dan membebel, aku nak kongsikan dulu mengenai cadangan laluan 'Road Trip', itinerary perjalanan ke Perth Western Australia dan budget perbelanjaan sepanjang disana. Selalunya aku share itinerary jadual perjalanan dan budget perbelanjaan dalam entry terakhir. Bila difikirkan semula, soalan berkaitan itinerary dan budget adalah soalan-soalan yang sering aku terima dari kawan-kawan yang memerlukan rujukan dan pandangan. Nak siapkan satu entry travel memang makan masa dan bergantung pada tahap rajin yang tenggelam timbul. This is the reason why, kali ini aku kongsikan itinerary dan budget perbelanjaan lebih awal. Senang juga nak share link suruh baca kalau nak bersembang soal itinerary dan budget. Memandangkan ini adalah trip kali kedua, perancangan dibuat dengan lebih teliti dan kemas sambil mengambil kira faktor-faktor seperti keselesaan, kemudahan untuk bergerak, cara untuk berjimat dan keselamatan ahli-ahli rombongan. Aku tak kata inilah yang terbaik - Tidak !! We design our journey mengikut selera masing-masing jadi pandai-pandai korang buat penilaian sendiri. Yang baik dan positif diambil dan yang kurang sesuai janganlah ikut Mudah-mudahan perkongsian kali ini dapat membantu serba sedikit dan mendatangkan manfaat buat semua.

TRIP KE PERTH WESTERN AUSTRALIA 2018 : LALUAN ROAD TRIP, ITINERARY DAN BUDGET PERBELANJAAN

Trip Musim Panas ke Perth, Western Australia 2018.

BUDGET PERBELANJAAN 10 HARI KE PERTH WESTERN AUSTRALIA

Aku hanya akan share perbelanjaan yang basic saja. Segala perbelanjaan personal dan shopping aku tak include sebab tak penting pun. Ini memang soalan yang sangat famous ditanya. Kawan-kawan pun kadang-kadang ada message tanya jadi aku boleh kasi roughly amount yang perlu ada mengikut pandangan aku. Sekurang-kurangnya kena ada RM3000.00 seorang all in untuk enjoy pada tahap selesa di Perth. All in adalah termasuk tiket penerbangan, penginapan dan perbelanjaan wajib seperti entrance tickets dan pengangkutan. Itu amount basic senang nak buat anggaran. Kalau lebih atau kurang itu pilihan sendiri pandai-pandai adjust mengikut selera masing-masing. Ramai dah kongsikan macam mana nak berjimat dan travel dengan harga murah di Perth, ada banyak articles yang menarik boleh jadikan panduan. 

Currency Exchange
1AUD : RM3.09

Air Asia X KLIA2 - Perth International Airport [70KG + Seats + Meals + Insurance]
Air Asia X Perth International Airport - KLIA2 [110KG + Meals]
RM5468.60 / 4 = RM1367.15 pax

Takaful Etiqa Travel Insurance
= RM117.81 pax

Australia Electronic Travel Visa
= RM20.00 pax

Makanan yang dibawa dari Malaysia [Instant noodles, food paste etc]
= RM250.00 / 4 = RM62.50 pax

Penginapan yang dibayar sebelum ke Perth :
AIRBNB Balcatta (4 Nights) RM1104.00 / 4 = RM276.00 pax
Agoda - Comfort Perth City Hotel (1 Night) RM273.72 / 4 = RM68.43 pax
Booking.com - Big4 Emu Beach Holiday Park (1 Night) RM491.78 / 4 = RM122.95 pax
= RM467.38 pax

Kereta sewa dari No Birds Bayswater
(10 Hari, Additional Driver, Top Cover & Airport Transfer)
= 398.00AUD (RM1229.82) / 4 = RM307.46 pax

Duit ground di Perth (AUD) untuk perbelanjaan empat orang
(Hotels, Groceries, Makan, Entrance Fee, Fuel & Parking)
= 1600.00AUD / 4 = 400AUD pax (RM1236.00 pax)

TOTAL : RM1367.15 + RM137.81 + RM62.50 + RM467.38 + RM307.46 + RM1236.00
= RM3578.30 pax

Total perbelanjaan untuk seorang adalah RM3578.30 untuk sepuluh hari di Perth dan Western Australia termasuk tiket kapal terbang pergi balik, penginapan, kereta sewa, harga tiket masuk ke tempat-tempat menarik yang berbayar, minyak kereta, segala perbelanjaan barangan dapur, makan dan parking. Banyak benda yang korang boleh jimat jadi pandai-pandailah adjust. Jumlah ini tak termasuk sebarang perbelanjaan personal seperti souvenirs dan shopping. Berapa banyak nak bawa untuk shopping itu hal masing-masing. Lain orang lain minat dan cara. Aku personally rasa harga yang kami bayar adalah sangat okay dan berbaloi memandangkan kami pergi kesana selama sepuluh hari. Untuk mencari penginapan yang sesuai, main concern aku adalah bilik yang selesa sekali dengan tempat masak, tak kongsi toilet dengan orang lain dan disediakan private parking. Aku nampak pattern ni, harga penginapan di luar kawasan Perth adalah agak mahal berbanding di Perth CBD. Bila kita nak demand ada macam-macam kemudahan, kenalah ready bayar extra. Kalau korang tak pilih nak duduk di tempat yang sediakan stove top pun tak apa, bawa saja rice cooker dah boleh masak macam-macam. Petrol pula harga berbeza-beza mengikut hari, lokasi dan company. Aku tak adalah nak buang masa cari dimana jual petrol yang murah, aku tibai saja. Minyak dah tinggal tiga bars terus isi kasi penuh balik. It is best untuk memastikan minyak petrol sentiasa penuh. Soal harga pejam mata nak buat macam mana.. Semakin jauh kita dari CBD, semakin mahal harga minyak petrol. Bila dah bawa kereta, kena fikir bayaran parking. Majoriti disekitar Perth CBD kena bayar dan bayaran berbeza-beza mengikut tempat.

Kalau korang perhatikan dalam senarai perbelanjaan diatas, last sekali ada duit ground dan duit ini dah dicampur sekali dalam jumlah besar. Di Jeju dulu, aku collect duit untuk perbelanjaan ground senang tak payah fikir banyak, jadi di Perth pun aku buat benda yang sama. Ada bayaran yang kami dah selesaikan sebelum ke Perth dan ada yang kena diselesaikan semasa disana. Nak memudahkan segala urusan, aku collect seorang 400AUD (RM1236.00) seorang untuk cover perbelanjaan yang selebihnya seperti - penginapan, barang dapur untuk memasak, makanan, duit minyak kereta, entrance fee dan bayaran parking. Semuanya ambil dari jumlah 1600.00AUD ini. Point salah seorang untuk uruskan soal duit ground ini kalau berjalan dalam group yang besar. In our case, aku minta Neddy yang uruskan. Alhamdulillah sangat cukup, terlebih lagi dan segala process perbelanjaan berjalan lancar. Kami memang catat setiap perbelanjaan dalam journal yang dah disediakan dari awal. Boleh juga track journal guna application, sekarang dah canggih tapi cara old school juga yang seronok. Nak juga conteng-conteng dalam buku.

Dibawah adalah pecahan perbelanjaan duit ground 1600AUD :

Booking.com - Best Western Pemberton Hotel (1 Night) 160.00AUD / 4 = 40AUD pax
Booking.com - Margaret River Tourist Park (1 Night) 153.00AUD / 4 = 38.25AUD pax
Booking.com - Bunbury Apartment Motel (1 Night) 157.50AUD / 4 = 39.38AUD pax
= 470.50AUD

Valley of the Giants Tree Top Walk =84.00AUD / 4 = 21.00AUD pax
Cape Leeuwin Lighthouse = 80.00AUD / 4 = 20.00AUD pax
Busselton Jetty Train Ride = 54.00AUD / 4 = 13.50AUD pax
Mandurah Scenic Dolphin Cruises = 128.00AUD / 4 = 32.00AUD pax
S&R Orchard Perth = 40.00AUD / 4 = 10.00AUD pax
Araluen Botanic Park = 24.00AUD / 4 = 6.00AUD pax
Yanchep National Park & Pinnacles Desert Drive = 13.00AUD / 4 = 3.25AUD pax
Caversham Wildlife Park = 116.00AUD / 4 = 29.00AUD pax
=539.00AUD

Perbelanjaan petrol :
041218 = 28.80AUD
051218 = 31.00AUD
061218 = 44.80AUD
091218 = 38.10AUD
101218 = 40.00AUD
121218 = 37.90AUD (diisi penuh sebelum pulangkan kereta)
= 220.60AUD

Perbelanjaan barangan dapur, makanan dan parking :
031218 Coles Dianella = 25.05AUD
041218 Coles Albany Orana = 44.30AUD
051218 Mineral Water = 6.00AUD
061218 Coles Margaret River = 77.05AUD
081218 Bunbury Farmers Market = 49.85AUD
081218 Chocolateria San Churro Mandurah = 16.00AUD
081218 Coles Dianella = 16.90AUD
091218 Parking Fremantle Market = 6.60AUD
091218 Parking Fremantle Kailis' Fish & Chips = 3.00AUD
111218 Parking Watertown Brand Outlet =7.00AUD
121218 Parking Elizabeth Quay = 5.00AUD
121218 Parking Perth DFO = 3.00AUD
= 259.75AUD / 4 = 64.94AUD pax

1600.00AUD - 470.50AUD - 539.00AUD - 220.60AUD - 259.75AUD
= 1600.00AUD -  1498.85AUD
= 110.15AUD (Balance)

Tengok !! ada lebih lagi. Tak habis pun guna semua duit ground walaupun kami berbelanja dengan boros. Untuk estimation harga petrol, aku guna INI- Fuel Cost Calculator untuk kira anggaran berapa banyak yang perlu diasingkan untuk petrol. Boleh agak dengan masukkan jarak destinasi yang jauh. Duit petrol memang dah asingkan dari awal jangan kacau. Ini penting ya kawan-kawan sebab petrol mahal disana. Lebihkan sikit tak apa. Kami sebenarnya sangat banyak berbelanja barangan dapur. Mak-mak nak beli buah dan sayur kami ikutkan saja dan sebenarnya buah-buahan di sana taklah murah sangat. Tak ada sekatan dan catuan. Nak beli apa pun belilah janji hati happy. Kalau korang tak berbelanja dengan boros seperti kami, dapatlah jimat banyak. Aku rasa aku dah kongsikan dengan details siap pecahan-pecahan lagi. Semoga dapat membantu korang dapatkan bayangan budget dan perbelanjaan sekiranya korang nak bercuti ke Perth dan Western Australia. Kalau ada apa-apa pertanyaan, do not hesitate to ask. I am willing to help apa yang termampu.

LALUAN ROAD TRIP DI PERTH DAN WESTERN AUSTRALIA

Tak wajib pun sebenarnya untuk merancang perjalanan road trip di Perth dan Western Australia. Bergantung pada kesesuaian masa dan perjalanan. Kalau trip korang singkat, jangan buang masa travel jauh, di Perth CBD pun ada banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersesuai untuk semua lapisan umur. Jika ada masa yang panjang, bolehlah rancang untuk buat road trip ke beberapa bandar sekitar negeri Western Australia selain Perth. Kena rancang betul-betul laluan yang akan dilalui dalam tempoh masa yang kita ada. Seronok sebenarnya pengalaman road trip di Western Australia tapi perjalanan dari satu bandar ke bandar yang lain adalah jauh dan memenatkan. Bentuk muka bumi pula rata dan berbatu sedikit kering dan gersang. Kali ini kami ada sepuluh hari disana jadi setelah ditambah tolak akhirnya kami bersetuju dengan laluan road trip ini :

Perth - Katanning - Albany - Denmark - Pemberton - Augusta
- Margaret River - Bunbury - Mandurah - Perth - Lancelin - Cervantes - Perth


Alhamdulillah ada rezeki kembali ke Perth dan inilah kesempatan untuk terjah bandar-bandar yang dahulunya kami tak singgah. Selain daripada bandar-bandar yang kami pergi pada tahun 2016 dan 2018, ada beberapa lagi bandar yang menarik seperti Esperance, Broome, Kimberly, Kalgoorlie, Jurien Bay dan Kalbarri tapi kesemua bandar-bandar ini terlalu jauh. Western Australia adalah negeri di Australia yang terbesar, memang tak mampu meronda keseluruh negeri dalam masa sepuluh hari. Tak tahulah berapa hari agaknya yang diperlukan kalau berminat nak cover keseluruh negeri. Kena duduk dua tiga bulan agaknya..

ITINERARY MUSIM PANAS 10 HARI KE PERTH WESTERN AUSTRALIA


 Day 1
031218
Monday

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perth
  • Penerbangan Air Asia X ke Perth
  • Urusan kereta sewa dari No Birds Bayswater
  • Dinner di Charcoal Chicken Dianella
  • Groceries shopping di Coles Dianella
  • Check-in Comfort Perth City Hotel (1 Night)


Day 2
041218
Tuesday

Perjalanan road trip dari Perth ke Albany
  • Check-out Comfort Perth City Hotel 09:00AM
  • Singgah di Corica Pastries 
  • Perjalanan ke Albany melalui Katanning
  • Solat dan lunch (bekal) di Katanning Mosque
  • Teruskan perjalanan ke Albany
  • Groceries shopping di Coles Albany Orana
  • The Gap & Natural Bridge Albany
  • Check-in Big4 Emu Beach Holiday Park (1 Night)
  • Dinner (masak)


Day 3
051218
Wednesday

Dari Albany ke Pemberton
  • Check-out Big4 Emu Beach Holiday Park 08:30AM
  • Emu Beach Albany
  • Frenchman Bay
  • Albany Wind Farm
  • Solat dan lunch (bekal) di Albany Mosque
  • Gerak ke Denmark
  • Greens Pool & Elephant Rocks Denmark
  • Gerak ke Pemberton melalui Tingledale
  • Valley of the Giants Tree Top Walk
  • Check-in Best Western Pemberton Hotel (1 Night)
  • Dinner (masak)


Day 4
061218
Thursday

Dari Pemberton ke Margaret River melalui Augusta
  • Check-out Best Western Pemberton Hotel 08:30AM
  • Ke Augusta
  • Hamelin Bay Beach (Sting ray)
  • Cape Leeuwin Lighthouse
  • Gerak ke Margaret River
  • Groceries shopping di Coles Margaret River
  • Miller's Ice Cream 
  • Check-in Margaret River Tourist Park (1 Night)
  • Solat, lunch dan dinner (masak)


Day 5
071218
Friday

Dari Margaret River ke Bunbury
  • Check-out Margaret River Tourist Park 08:30AM
  • Yallingup - Dunsborough - Busselton - Bunbury
  • Injidup Natural Spa
  • Canal Rock
  • Busselton Jetty & Train Ride
  • Lunch di Busselton (bekal)
  • Gerak ke Bunburry
  • Check-in Bunbury Apartment Motel (1 Night)
  • Dinner (masak)


Day 6
081218
Saturday

Dari Bunbury balik ke Perth
  • Check-out Bunbury Apartment Motel 08:30AM
  • Bunbury Farmers Market
  • Lake Clifton Thrombolites
  • Mandurah Dolphin Cruises
  • Lunch di Mandurah
  • Gerak ke Rockingham
  • Solat di Ar Rukun Mosque
  • Rockingham Kebab & Pizza (Take away)
  • Charcoal Chicken Dianella (Take away)
  • Check-in Airbnb di Balcatta (4 Nights)


Day 7
091218
Sunday

Perth, Fremantle dan Fruit Picking !!
  • Gerak dari Airbnb 09:00AM
  • Petik buah di S&R Orchard
  • Araluen Botanic Park + Lunch (Bekal)
  • Ibrahim Mosque Perth
  • Fremantle Market (Souvenirs Shopping)
  • Rainbow Sea Container
  • Dinner di Cicerello's Fish & Chips
  • Balik Airbnb


Day 8
101218
Monday

Day trip ke utara Western Australia
  • Gerak dari Airbnb 09:00AM
  • Yanchep National Park
  • Lobster Shack Cervantes (Lunch)
  • Pinnacles Desert Drive
  • Lancelin Sand Dunes
  • Balik ke Airbnb untuk solat
  • Charcoal Chicken Dianella (Take away)


Day 9
111218
Tuesday

Shopping Shopping dan Shopping !!
  • Caversham Wildlife Park + Lunch (bekal)
  • Swan Valley Mosque & Islamic Centre
  • Watertown Brand Outlet
  • Belmont Forum (Coles BigW Kmart Woolworth etc)
  • Balik ke Airbnb


Day 10
121218
Wednesday

Goodbye Perth !!
  • Check-out Airbnb Balcatta 08:30AM
  • Elizabeth Quay
  • Kings Park & Botanic Garden
  • Blue Boat House
  • Perth DFO
  • Pulangkan kereta di No Birds Bayswater
  • Airport transfer 
  • Penerbangan Air Asia X ke Kuala Lumpur 04:00PM


Selesai itinerary sepuluh hari di Perth dan Western Australia untuk rujukan. Dapatlah beri bayangan macam mana nak rancang perjalanan. Seronok road trip pengalaman yang lain dari yang lain. Penat memandu tapi manisnya terasa. Yang mana rasa sesuai bolehlah ikut dan sebaliknya. Kali ini, setiap hari perjalanan kami paling lewat bermula pada pukul 09:00AM dan aku rancang untuk sampai ke destinasi terakhir, tempat penginapan selewat-lewatnya pada pukul 05:30PM. Tak ada aktiviti-aktiviti waktu malam, semua kedai tutup dan jalan pun sunyi sepi jadi eloklah menjelang petang dah sampai hotel boleh berehat untuk perjalanan hari seterusnya. Seronok juga melepak santai sambil memasak. Langsung tak disarankan untuk memandu pada waktu malam. Kalau ada lelaki mungkin okay sikit tapi this time kami semua perempuan. Aku dah serik memandu waktu malam di sana masa trip yang pertama. Tak ada lampu jalan langsung memang bertemankan bulan bintang dan lampu kereta. It is very dangerous especially kawasan outskirt. Kiri kanan hutan dan tak ada pun kawasan perumahan. Perth CBD lain ceritalah. Malam pun terang benderang tapi menjelang senja, memang sunyi. Baik !! Selesai bab budget, road trip dan itinerary. Ada apa-apa pertanyaan boleh tanya, yang dapat dijawab aku tolong. It is a big big and beautiful world out there. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 579