HIDANGAN DIMSUM YANG SEDAP DI DOLLY DIMSUM
HIDANGAN DIMSUM YANG SEDAP DI DOLLY DIMSUM | Siapa suka makan dimsum ? Angkat tangan !! Sekarang ni agak mudah nak dapatkan dimsum yang halal. Banyak restaurants yang menyediakan dimsum halal. Kalau korang peminat dimsum memang kena pergi Dolly Dimsum dan cuba dimsum dan makanan-makanan yang ada disana. Sedap atau tidak makanan-makanan di Dolly Dimsum ? Semestinya sedap !! Pergi sekali memang terus jatuh cinta. Aku pergi ke Dolly Dimsum Avenue K baru-baru ni. Banyak juga cawangan yang ada, di NU Sentral, Pavilion, Sunway Putra Mall, IOI City Mall, Avenue K dan Sunway Pyramid. Kami order macam-macam menu dan semuanya sedap. Rambang mata dan rasa tamak nak pilih macam-macam. Akhirnya kami minta - Siew Mai Dumpling, Har Gao Dumpling, Squid in Seafood Sauce, Yam Croquette, Cheong Fun, Rice Porridge dan Mango Desert. Semua aku suka semua kami makan licin habis kuah pun kalau boleh nak hirup. Punya banyak kami order, semuanya hanyalah RM76.90 untuk dua orang. Tak percaya sebab aku rasa murah. Itu tandanya boleh pergi lagi dan makan dimsum puas-puas.
Rujuk SINI untuk maklumat lanjut.
Happy eating !!
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com