MEE UDANG SEDAP DI NUR ZETTY MEE UDANG CHANGKAT JERING
MEE UDANG SEDAP DI NUR ZETTY MEE UDANG CHANGKAT JERING PERAK. Aku memang peminat mee udang di Restoran Mee Udang Nur Zetty Changkat Jering. Sebulan sekali at least mesti akan pergi. Dari Nibong Tebal ke Taiping dan Changkat Jering tak jauh. Kalau ada yang minta suggestion mee udang mana sedap memang aku akan suggest Mee Udang Nur Zetty. Setakat ini alhamdulillah tak pernah dengar kawan-kawan tak puas hati. Semua kata sedap dan selalu juga repeat. Selalu order Mee Udang Bandung atau Mee Udang Special. Dua-dua sedap dan setiap kali makan tak pernah rasa kecewa. Entry panjang dah pernah aku taip di SINI. Disebabkan selalu pergi, ada banyak gambar Mee Udang Nur Zetty yang aku dah ambil. Walaupun asyik makan menu yang sama tapi masih lagi nak ambil gambar. Jadi aku nak kongsi semuanya dalam satu entry sebab nak dibuang sayang.Satay pun sedap. Waktu malam saja.
Lokasi memang antara faktor lain aku suka kedai ni. Dari Exit Changkat Jering tak sampai lima minit dah sampai. Tak perlu drive jauh masuk ke dalam. Dari semasa ke semasa aku akan tambah gambar-gambar di Restoran Mee Udang Nur Zetty. Ada kesempatan korang tak tahu nak singgah makan dimana di Taiping atau Changkat Jering, bolehlah singgah makan mee udang. Happy eating !!
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com