Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

JALAN-JALAN CARI MAKAN KE PERLIS

$
0
0

JALAN-JALAN CARI MAKAN KE PERLIS

Jalan-Jalan Cari Makan Ke Perlis : Restoran Api-Api, Nasi Daging Bakar Hooney Northalgia dan Mee Mee Authentic Thai. Jujurnya Perlis bukanlah destinasi negeri pilihan aku untuk bercuti. Saja-saja rancang untuk ke Perlis memang tak melainkan ada urusan. Aku tak minat untuk shopping di Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar. Tempat-tempat menarik di Perlis pun hampir kesemuanya aku dah pernah pergi masa kecil. Maaf orang-orang Perlis, ini adalah personal preference. Sejak kakak sepupu berkahwin dengan orang Perlis dan berpindah kesana, barulah kami kerap ke Perlis menziarah. Kadang-kadang pergi balik hari kadang-kadang bermalam. Disebabkan selalu juga ke Perlis, aku kenalah cari idea macam mana nak jadikan trip ke Perlis kurang bosan. Aku selalu cari tempat-tempat makan yang best untuk diterjah - makan tak pernah membosankan. Minggu lepas aku dan MamiZ ke Perlis dan kali ini aku sempat terjah ke beberapa kedai makan yang menyediakan hidangan yang sedap di Perlis. Thanks to my friend Wani, anak jati Perlis yang suggested tempat-tempat makan ni semua untuk dicuba.

RESTORAN API-API KUALA PERLIS - HIDANGAN MAKANAN LAUT IKAN BAKAR UNIK SAMBAL SANTAN

Ini adalah restoran pertama yang Wani suggested. Katanya among local people memang famous. Antara restoran yang menyediakan hidangan makanan laut atau seafood yang best. Marilah kita pergi cuba. First time nak makan ikan bakar di Perlis, teruja. Aku tergerak hati nak telefon dulu dan booking tempat duduk walaupun pergi hanya bertiga. Bila sampai tengok banyak sungguh kereta dan pelanggan. It is better untuk call dan buat reservation. Kalau dah biasa makan di Restoran Api-Api boleh terus order or else untuk yang pertama kali nak makan disana macam aku.. dah sampai baru order. Terus pilih ikan dan seafood lain. Kalau pergi ramai lagi seronok, macam-macam boleh pilih. Kami bertiga jadi menu tak banyaklah takut tak habis. MamiZ teruja dengan udang-udang yang ada. Udang-udang laut fresh katanya bukan udang bela.


 Ikan Siakap Bakar dan Sotong Goreng Tepung.

Udang Masak Butter.

Kami order Ikan Siakap Bakar, Sotong Goreng Tepung, Udang Masak Butter dan Kailan Ikan Masin. Bila ikan sampai tengok sambal warna kuning pelik pula rasa. Ingatkan sambal normal cili merah. Bila dah rasa sikit aku yakin rasa santan dan ada rasa manis-manis sikit. Sedap juga !! Sesuatu yang baru sebab selama ni aku makan ikan bakar dengan sambal cili merah. Untuk penggemar makanan yang pedas, mungkin rasa kurang sikit. Tapi ada sambal belacan dan air asam yang awesome memang kena dengan ikan bakar. Order Sotong Goreng Tepung untuk seorang makan saja sebab dah ambil udang agak banyak. Takut tak habis.. Aku suka Sotong Goreng Tepung di Restoran Api-Api. Next time kalau pergi lagi kena order banyak. Hantuuu sotong !! Udang Masak Butter pun sedap not bad - dimasak berkuah bukan kering.

Aku dah standby RM150.00 nak bayar sebenarnya tengok-tengok tak sampai pun RM100.00. Aku suruh pekerja di kaunter kira semula. Aku rasa murah sangat !! Di Penang rasanya mesti akan exceed RM100.00 dengan menu hidangan yang hampir sama. Lagi-lagi kalau ambil udang yang bersaiz besar. Standby duit sajalah nak bayar. Bukan selalu kita nak makan macam ni spend beratus sesekali saja. Percaya tak percaya, itulah harganya.

Nak pergi lagi tak ? Semestinya !!

NASI DAGING BAKAR HOONEY NORTHALGIA

Ini kedai tepi jalan biasa saja. Very humble tapi manusia berduyun datang makan. Menghala ke Kuala Perlis selepas traffic light terus kena slow nak parking tepi jalan. Kalau terlajak boleh tahan jauh juga nak pusing. Ada dua kedai tau yang famous jual Nasi Daging (boleh check di Google). Lepas ditolak tambah baca review yang ada aku pilih kedai Hooney Northalgia. Nama kedai pun klasik dan comel. Hihihi.. Aku tak ada idea langsung hidangan nasi daging macam mana yang bakal aku berdepan. Bila Google adalah keluar gambar-gambar dan review dari orang lain dapatlah bayangan sikit. Ingatkan macam nasi daging yang selalu arwah tok buat - nasi dan daging rebus cicah air asam. Rupanya langsung tak sama. Sepinggan Nasi Kuning Daging Special adalah RM16.00. Yang normal a bit cheaper. Memang sungguh special, nak makan nasi kena selak daging baru jumpa nasi !! Tak percaya hampa tengok sendiri.

 Kedai Nasi Daging Hooney Northalgia.

 Rasa nasi kuning macam nasi ayam.


Sebukit daging bakar depa kasi. Haaa selaklah daging nak makan nasi. Tapi daging banyak macam ni kalau order yang special saja. Aku tengok orang meja sebelah order yang normal dapat daging pun normal. Very simple yet so delicious. Selalu daging nipis macam ni kalau bakar sedikit keras dan kering, tapi ini sangat lembut dan juicy. Apaaa rahsia agaknya. Nak belajar skill tu.. Nasi tu sikit saja dia letak atas pinggan tapi dapat semangguk lagi nasi tambah. Memang tak cukup nasi kalau harap dalam sepinggan tu saja and its free !! Air pun percuma dan free flow. Minumlah banyak mana nak minum. Kekurangan sikit bagi orang yang suka hot drink macam MamiZ. Di kedai Nasi Daging Hooney Northalgia tak ada hidangan menu air panas. Adalah diorang bancuh Teh O dan Kopi tapi suam-suam saja. 

Berapa bintang nak kasi ? Empat bintang.

MASAKAN THAI SEDAP DI MEE MEE AUTHENTIC THAI PADANG BESAR

Nak cari pulut mangga sebenarnya yang sampai ke Padang Besar. Tapi pergi dah petang sebab siangnya ada urusan jadi confirm kedai-kedai disana dah tutup. Wani suggested pergi Mee Mee Authentic Thai, di kawasan berdekatan Padang Besar juga. Kedainya tak adalah besar sangat dan ramai pelanggan kena tunggu sekejap baru dapat meja. Semangat pergi nak cari pulut mangga tapi hampa. Yang ada hanyalah pulut ayam. Mee Mee Authentic Thai tak jual pulut mangga. Kebetulan masa tengah tanya pasal pulut mangga tu, ada seorang customer menyampuk. Memang kena ke arked Padang Besar kalau nak pulut mangga. Banyak dijual kat sana. Oh no.. Sedihnya !! Tak ada rezeki. Dah alang-alang sampai ke situ hari pun makin gelap duduk teruslah order makanan lain. Sebenarnya tak ada rasa nak makan masakan Thai tapi nak buat macam mana. Kami order Ikan Siakap Tiga Rasa, Tomyam Putih Seafood, Somtam dan Pulut Ayam.

 Ikan Siakap Tiga Rasa, Tomyam Putih dan Somtam.


Ini adalah kali kedua aku makan pulut ayam. Pertama kali makan di kedai area Parit Buntar, aku tak lalu sebab pulut keras. Bila dah rasa pulut ayam di Mee Mee Authentic rupanya memang pulut yang dihidangkan dengan ayam bakar memang keras. Pulut kukus dan aku baru tahu memang hidangannya begitu. Macam makan kuih wajik. No offence, it is just me yang tak boleh makan pulut macam tu dah because pelanggan lain makan licin pinggan. The chicken was good. Cukup rasa dan lembut. Huuurm.. Aku serious berharap dapat pulut lembut macam kita makan dengan durian atau ikan masin. Thanks MamiZ tolong habiskan. Tomyam Putih dan Somtam pun sedap. Secara keseluruhan, makanan di Mee Mee Authentic Thai adalah sedap. Harga pula.. Sama macam yang aku bayar di Restoran Api-Api. Bandingkan sendiri. 

Oh pulut mangga.. Bilakah kita akan bertemu ?

Aku berpuas hati dengan trip ke Perlis kali ni.. Dapat makan sedap. Before this tiga empat kali ke Perlis ada juga pergi makan di restoran-restoran lain disana tapi belum berkesempatan nak kongsi dengan korang. Menarik jugalah kalau nak Jalan-Jalan Cari Makan ke Perlis. Selalu orang kesana nak lajak ke Hatyai kan ? Singgahlah sehari dua di Perlis pula. Explore ke tempat-tempat yang menyediakan hidangan sedap. Kalau korang ada kawan yang berasal dari Perlis, boleh rujuk diorang. Selalunya local lagi pakar tahu hot spots melepak dan boleh suggest tempat makan yang sedap. If you are reading this, thank you so much Wani. Happy eating semua !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.