Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

SITI YANG MENAIP YEAR 2018 : LIFE TRAVEL AND BLOGGING RECAP

$
0
0

Cepat sangat masa berlalu pejam celik hari ini adalah hari terakhir muka buku tahun 2018. Syukur diberikan kesempatan olehNya menikmati rezeki dan rahmat yang tak pernah putus datang. Dalam kesempitan hadirnya pertolongan.. Dalam diuji hadirnya kekuatan. Jatuh bangun perjalanan menempuh tahun 2018 yang sememangnya ada naik ada turun. Biasalah adat kehidupan. Put aside all the hustles I went through throughout the year, lets only recall all the good ones. I had a blast year filled with wonderful experiences and I was given a great chance to meet with beautiful people. Well sometimes, nasib tak berapa baik jumpa juga yang tidak-tidak. But take it positively, everything happens for a reason. Tiada satu yang sia-sia. To celebrate this last page of 2018, I would love to bring all of you untuk sama-sama mengimbau kenangan aku dan SitiYangMenaip sepanjang tahun 2018. Separuh dah aku kongsikan.. separuh lagi masih pending.

JANUARY

Pembukaan tahun yang meriah. Minggu pertama diraikan dengan trip singkat 2H 1M ke Lexis Suites Penang. Sejengkal saja dari rumah aku di Nibong Tebal. Aku booked dari Matta Fair 2017. Dapatlah harga murah berbanding biasa. Dua minggu kemudian, aku, MamiZ, Kak Sal dan dua lagi ahli keluarga dapat ke Jeju, South Korea setelah dua hari saja berbincang. Ingatkan nak tunggu dulu sebulan dua rupanya terus jadi. Inilah yang dinamakan rezeki. Trip 5H 4M bersama Jeju Muslim Travel yang best. Cuma aku belajar sesuatu, disebabkan aku baru tiga minggu balik dari Hokkaido dan Kansai terus bersiap nak ke Jeju pula, aku rasa penat !! Tak sempat hilang lelah dan keterujaan menanti trip seterusnya tak terasa. Rasa seronok sudah semestinya. Berjalan tengok negara orang tapi itulah sesuatu yang aku rasa. Untuk frequent travellers mungkin normal kesana sini. Since then aku decide, kena ada juga gap at least beberapa bulan persediaan fizikal mental untuk trip seterusnya. Semestinya persediaan duit juga.


Untuk pembacaan lanjut mengenai trip aku ke Jeju, sila tekan SINI.

FEBRUARY   MARCH

Banyak dipenuhi dengan aktiviti memenuhi undangan perkahwinan kawan-kawan dan juga anak-anak kepada kawan MamiZ. Kenduri aku tak tahu bila hihihi.. For the first time aku ke Pulau Aman walaupun jarak dekat sangat dengan rumah. Bertahun membesar duduk di Penang tak pernah sekali kesana. Menarik juga petang-petang nak makan mee udang di restoran terapung. Tak sempat nak karang cerita. Masih tersimpan dalam draft. In March pula, we had a mini trip around Penang. This time dengan Kak Sal. Kami decided untuk jalan-jalan sambil berehat sebab santai saja. Aku pergi tempat-tempat yang aku sendiri tak pernah sampai. Kami ke Avatar Garden, Nasi Tujuh Benua, Empangan Teluk Bahang, makan di Nasi Kandar Deen Maju dan beberapa tempat lagi. Banyak sangat new attractions yang ada di Penang.



Untuk pembacaan lanjut sila tekan SINI untuk Percutian Budget Rendah dan Menyeronokkan ke Pulau Pinang.

MARCH   APRIL   MAY

I had to go to Kuala Berang, Terengganu for few months. Tuntutan kerja sementara membawa aku dan MamiZ kesana. Aku ke MRSM Kuala Berang jadi guru ganti untuk dua bulan lebih. Jauh kan ? Dari Pulau Pinang ke Terengganu semata-mata nak jadi guru ganti sekejap saja. Itulah namanya takdir dan rezeki. DIA sajalah tahu apa yang terbaik. Tak tahu nak explain dan kongsikan macam mana dan kenapa. Why until sekarang kerja aku jadi guru ganti saja. Ceritanya panjang dan bosan. But !! Throughout the journey in Terengganu, banyak kenangan manis. I met beautiful kids (read : students) new kakak-kakak insan-insan baik dan semestinya I ate a lot of Terengganu local delicacies. Yuuumms !! Latih students untuk Chain Story Telling Competition. They won third place in state level. Discovered that my housemate for that short period of time sebenarnya kongsi tarikh birthday yang sama dengan aku. What a small world. Had few blast birthday celebrations because semua orang nak belanja kami makan. Even though tak menang, but I competed in a swimming competition among teachers. I played netball after yeeears tak bermain. The shocking part was - I played GS. This short chubby bam bam played GS !! and I scored few. Okaylah. Tak pernah tahu ada bakat jadi shooter. What an achievement biarlah syok sendiri sekalipun. Went to Tasik Kenyir and Pulau Perhentian, meronda around Terengganu - Kemaman, Marang, Kuala Terengganu, Besut, Kerteh (I used to live in Kerteh for few years when I was a baby). It was hectic. Few months in Terengganu yang sangat busy.

We went to places we used to go with DediS,
reminiscing the good old days =')





Untuk pembacaan lanjut mengenai trip aku ke Pulau Perhentian, sila tekan SINI.

JUNE   JULY

Selamat Hari Raya !! We went back to Bangi to celebrate raya. Hari raya pertama saja pakai baju raya. Since DediS tak ada memang both of us, aku dan MamiZ biasa-biasa saja sambut raya. Tak terasa pun kemeriahan. Sambut tetap sambut tapi itulah.. sekadar sambut. I went to Melaka twice this year. In June with MamiZ, we covered few places - Menara Taming Sari, The Stadthuys, Ikan Bakar Parameswara Umbai, Melaka River Cruise, Coconut Shake Klebang. While in July with my kawan-kawan Geng Bulat, after kami ramai-ramai pergi kenduri kawan, we went to Jonker Street, Asam Pedas Claypot Kota Laksamana and tasted the famous Keria Gula Melaka. Both trips pergi tempat berbeza jadi pengalaman pun tak sama.



Untuk pembacaan lanjut mengenai trip ke Melaka, sila tekan SINI.

AUGUST  SEPTEMBER  OCTOBER  NOVEMBER

Gabung semua sekalilah. Sama saja routine yang dilalui. Alhamdulillah rezeki sekali lagi dapat jadi guru ganti. Again !! Aku pening nak kongsi kenapa dan bagaimana. Terima sajalah percaturan yang sudah diatur. Kali ni tak perlu pergi jauh sebab sekolah dekat dengan rumah. Jadi cikgu ni seronok kalau memang dalam hati ada jiwa nak mengajar. Aku memang dari kecil nak jadi cikgu. Belum sampai rezeki yang tetap. Berserah pada Allah SWT. Ikut saja flow. He knows best. Untuk tiga bulan aku mengajar dan macam-macam aktiviti aku buat. Ikut trip pelajar-pelajar pergi belajar buat Labu Sayong, berkesempatan ikut projek tanam pokok bakau dan beberapa lagi. Went to MRSM Parit to visit my students yang nak ambil SPM this year and in the middle of November, aku, MamiZ, Ain and Azie had a mini trip around Penang. Hahaha !! Iyeee.. Jalan-jalan pusing Penang lagi. Aku kena make sure kami selit tempat-tempat yang kami tak pernah visit lagi. We went to Laksa Tempurung Teluk Bayu, makan Rollney, cuba Chelor Chelor di Padang Brown dan beberapa lagi. Kenalah cari kelainan kalau tak mahu bosan. 



Untuk pembacaan lanjut mengenai trip JJCM Penang, sila tekan SINI.

DECEMBER

December memang synonym dengan musim berjalan bagi rakyat Malaysia tak kira di dalam negara atau keluar negara. Alhamdulillah this year dapat sekali lagi cop passport terbang keluar merangkap tanda trip penutup tahun 2018. Perancangan asal adalah nak ke New Zealand. Dari tengah tahun study dan susun perjalanan tapi akhirnya kena tukar destinasi. Syukur belum beli ticket flight. Akhirnya dengan salah seorang kawan Geng Bulat dan ibunya, aku dan MamiZ sama-sama kembali ke Perth, Western Australia. Kenapa pergi Perth lagi ? Ahaa.. Nantilah aku kongsikan dalam entry yang akan datang. Balik dari Perth duduk Bangi sekejap adalah keluar jalan-jalan dengan Ain dan Farah. Jumpa seorang kawan yang kenal dari Instagram. Outing makan Fish n CO, Zanmai Sushi dan Ice Bucket. Menutup tirai minggu terakhir bulan December pula, aku dan MamiZ lari sekejap ke Perlis. Saja jalan-jalan sambil ziarah saudara. Dah siapkan list tempat makan sedap yang nak diterjah. Dapatlah pergi beberapa lokasi makanan yang sedap di Perlis hasil recommendation dari seorang rakan. Perlis pun ada macam-macam hidangan sedap to offer. Later aku kongsi ya..




Dari January penuh jadual. Walaupun adalah sesak sikit here and there tapi syukur masih okay. Alhamdulillah another year has passed with joy and fun. Banyak kenangan pahit manis sepanjang tahun untuk dikenang. Yang baik dijadikan iktibar dan yang sebaliknya dijadikan pengajaran. Semoga tahun baru yang akan mendatang lebih cemerlang dunia akhirat dan membawa rezeki melimpah ruah kepada semua. Even though another year has passed, the love we share will always continue to last. Always spread good thoughts and vibes. Let us grow physically mentally and spiritually healthy and beautiful. Tak salah sebarkan dan berbuat kebaikan esok lusa yang baik akan datang pada kita semula. Hidup ini mencabar dan cabaran itu mematangkan. Hidup tak selamanya mudah dan yang susah tak akan kekal. Yakin pada janjiNya, disebalik segalanya ada hikmah. Semoga kita semua sama-sama membesar jiwa hati dan rohani ke arah yang positif. Dimurahkan rezeki dan diberi keafiatan kesihatan. Selamat tinggal 2018 dan selamat datang 2019. Semoga tahun hadapan membawa lebih rezeki dan rahmat buat kita semua..

'There are far far better things ahead.. than any we leave behind..'

Terima kasih kerana sentiasa memeriahkan SitiYangMenaip.
Setiap kunjungan dan kasih sayang amatlah dihargai.
Semoga ukhwah fillah kita dirahmati dan berkekalan.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes