SHOPPING SOUVENIRS DI JEJU DONGMUN TRADITIONAL MARKET 동문재래시장 DAN JEJU JUNGANG UNDERGROUND SHOPPING CENTER 제주 중앙지하상가
Entri sebelumnya diSINI.
16 January 2018 (Selasa)
TRIP JEJU SOUTH KOREA : SHOPPING SOUVENIRS DI JEJU DONGMUN TRADITIONAL MARKET 동문재래시장 DAN JEJU JUNGANG UNDERGROUND SHOPPING CENTER 제주 중앙지하상가. Kalau nak shopping souvenirs memang ke sinilah jawabnya : Jeju Dongmun Traditional Market dan Jeju Jungang Underground Shopping Center. Wajib !! Wajib singgah ke pasar tak kisahlah yang modern atau yang tradisional. Nak dekat dengan masyarakat setempat nak belajar mengenai culture satu kawasan kenalah terjah ke tempat yang banyak masyarakat tempatan berkumpul. Salah satunya adalah ke market. Di Jeju, Dongmun Traditional Market adalah yang paling popular. Memang wajib korang masukkan dalam senarai tempat-tempat menarik di Jeju yang harus dilawati. Kat sini jugalah tempat yang sesuai kalau nak borong souvenirs untuk dibawa pulang. Ada lebih kurang 300 kedai yang menjual macam-macam : pakaian, souvenirs, makanan, makanan laut, peralatan rumah dan macam-macam lagi. Memang meriah dengan hiruk pikuk Ahjumma Ahjusshi menjual. Penuh dengan rakyat tempatan dan juga Koreans dari pelbagai pelusuk. Menarik.. Tengok ragam masing-masing seronok luang masa dengan ahli-ahli keluarga.
JEJU DONGMUN TRADITIONAL MARKET 동문재래시장
Disebabkan Jeju Dongmun Traditional Market adalah antara hot spots di Jeju, banyak bus yang beroperasi untuk ke sana. Boleh rujuk SINI untuk senarai bus yang boleh dinaiki je kesana. Dongmun Market ada banyak entrance jadi masuklah ikut mana-mana entrance sekalipun semua bertembung. Beroperasi setiap hari dari pukul 08:00AM - 09:00PM. Bagi yang naik kereta, ada bangunan khas disediakan untuk parking. Waktu kami kesana memang line panjang lama jugalah tunggu tapi rezeki cepat dapat parking. Jomlah kita meronda cari souvenirs dan barang-barang lain yang sesuai dibawa pulang. Aku personally rasa souvenirs di Jeju sedikit mahal berbanding di Seoul dan Busan. Masih mampu milik tapi sekiranya korang akan travel ke Seoul dan Busan, eloklah beli disana. Melainkan souvenirs yang memang hanya ada di Jeju - Peta Jeju, Keychain dan Fridge Magnet Dol Hareubang - atuk batu terkenal di Jeju. Anne suggested suruh kami beli orange jams dan chocolates since Jeju sangat terkenal dengan oranges sebagai product tempatan especially Hallabong Orange. Bukan setakat boleh dijadikan spread makan dengan roti, boleh juga dijadikan kordial ataupun dicampur bersama teh. Kalau korang memang biasa dengan entries perjalanan aku, makanan adalah antara souvenirs yang aku paling suka bawa balik. Senang untuk semua ahli keluarga rasa. You cannot bring everyone with you at least kita bawa balik sedikit rasa dari tempat yang kita lawati untuk yang tersayang.
Jenis-jenis orange jem yang boleh dipilih. Berbeza mengikut brand size dan rasa.
Dua plastics penuh dengan barang-barang yang kami beli untuk dibawa balik. Total damage adalah sebanyak 47 000WON (RM170.70 approx) - Jem Tea and Chocolates.
Souvenirs yang sama dijual dengan harga yang jauh lebih murah di Seoul dan Busan. Jangan membazir beli disini.
Di Jeju Dongmun Traditional Market, ada beberapa sections tapi ada juga section yang semua benda dijual dalam satu kawasan. Situlah jual pakaian.. Situlah jual makanan dan situ jugalah jual B***. Part ini paling stress sebab nak tak nak kena lalu juga lorong yang kiri kanan daging B*** dijual. At that time, hari tengah hujan lebat dan lantai pasar sangat basah. Seluar pun aku angkat sedikit aku tak bolehlah bab bab macam ni.. Hati jadi runsing bukan mudah weh bab macam ni. Pengetahuan agama aku dahlah cetek takut bab hukum hakam. Mungkin sedikit berbeza kalau lantai tak basah tenang sikit agaknya. Sumpah jenuh tawakal dalam hati supaya air yang mengalir tak bawa mudarat. Walaupun lorong yang meriah dengan street food dan B*** singkat saja tapi kalau boleh elak kita elak. Aku tak tahulah pendapat orang lain-lain jadi terpulang.
Obviously street food di Jeju kita tak boleh makan except beberapa yang kita yakin tak ada benda bukan-bukan. Anne bawa kami ke gerai yang menjual Hotteok (sweet pancake) dan Eumok (fishcake). Since JMT dah lama beroperasi, insyallah diorang tahu beberapa spots yang diyakini halal dan tak ada unsur-unsur syubhah. So much aku suka mencuba pun tak semua bendalah boleh ditelan. Kesedaran Islam di Jeju tak seluas di Seoul dan Busan jadi penjual disini tak peduli pun. Tapi aku nampak few people with hijab yang selamba makan topokki dari kedai yang sah-sah ada kepala B*** elok terhidang. I could not avoid daripada pandang diorang dengan vibe yang terkejut. Can't you see ? There was a pig's head big enough kat depan tu..
Sebelah goreng ayam sebelah masak topokki. Andwaeyo !!
Ini orang Korea suka sangat makan - Sundae (Blood Sausage).
Look at the wet floor T.T
Fresh sashimi dan sotong kurita.
Pilih-pilih yang mana berkenan.
Sepinggan sotong kurita rebus berharga 15 000WON (RM54.58 approx).
Section buah-buahan. Boleh beli Hallabong Orange bawa balik.
Dah siap cantik berbungkus.
Pilihan chocolates dan cookies. Kebanyakan berasaskan oranges.
Finally !! Dapat strawberries. Sedapnya !!
Jeju City Tour Bus - konsep yang sama macam Hop On Hop Off Bus.
JEJU JUNGANG UNDERGROUND SHOPPING CENTER 제주 중앙지하상가
Nak meronda sekeliling Jeju Dongmun Traditional Market dalam masa yang singkat memang tak sempat. Banyak benda nak ditengok tapi kami ada masa yang limited. Jadi pandai-pandailah korang adjust timing macam mana. Selain daripada meronda sekitar Jeju Dongmun Traditional Market, ada juga underground shopping mall - Jeju Jungang Underground Shopping Center 제주 중앙지하상가. Senang sangat nak jumpa sebab basically Jungang Underground Shopping Center terletak dibawah Jeju Dongmun Market. Keluar dari mana-mana exit mesti akan nampak signage ke Jungang Underground Shopping Center jadi jangan risau. Kalau korang nak shopping di Jeju, disinilah antara salah satu tempatnya. Aku rasa shopping bukanlah main activity yang boleh dilakukan di Jeju. Ada juga few other shopping complexes tapi aku rasa macam biasa-biasa saja. Tak semeriah di Seoul dan Busan. You better shop at other places kalau berkesempatan but just incase nak juga shopping.. disinilah tempatnya.
Ada banyak exit macam ni.. Turun ke bawah and shop till you drop.
Menjelang malam.. Orang pun tak ramai.
Girls are being girls. Hihihi..
Pilih jangan tak pilih. Cosmetics sama saja harganya di mana-mana ceruk Korea.
Berkenan nak beli baju di Jungang Underground Shopping Center tapi sekali tengok harga mak haih !! Mahalnya lebih-lebih lagi kalau dah convert. Rasa macam tak berbaloi pula sebab rasanya harga di Malaysia lebih murah. Pakaian-pakaian di Dongdaemun Namdaemun dan Myeongdong jauh lebih murah. Borong cosmetics sajalah sebab mana-mana pun sama saja harga. Tak lama pun kami meronda di Jungang Underground Shopping Center sebab dah lewat dan sampai masa untuk pulang ke hotel. Masuk semula ke Jeju Dongmun Market ikut pintu lain - nak pergi makan Hotteok dan Eumok. First time nak rasa tak berkesempatan untuk cuba dalam trip sebelumnya ke Korea. Beli sekali Hotteok untuk MamiZ MNgah dan Kak Husna yang dah tunggu di kereta lebih awal. Kaki MNgah masih bengkak tak elok jalan jauh. Biarlah dulu MNgah berehat jangan dipaksa gerak banyak sebab lama lagi kami di Jeju.
Gate 3 - Gate jual buah-buahan. Kita jalan lagi kedepan.
Kami makan Hotteok di kedai makcik ini.
Eumok pun ada.
Kalau tengok KDrama atau KShow adalah normal bagi orang Korea makan fishcake yang dijual merata tepi jalan. Teruja juga nak cuba sebab first time dan jujurnya fishcake di Malaysia jauh lebih sedap. Kami beli satu cucuk saja kongsi berdua sebab aku tak rasa apa-apa pun bila makan Eumok. Ada dipping sauce and okaylah rasa sedap sikitlah bila dah cicah sos. Feeling juga makan makanan panas-panas waktu hari tengah hujan. Tapi bagi aku.. Hotteok sedap dan korang kena cuba kalau berkesempatan. Makan panas-panas memang feel bila dah sejuk keras sikit tapi masih sedap. I enjoyed my Hotteok more dari makan Eumok. Kalau tak silap harga sebiji Hotteok dan Eumok adalah 500WON (RM1.82 approx). Not bad harga murah. And with that, we ended our second day in Jeju. Balik hotel, dinner dah disediakan oleh pihak JMT. We had cheese pizza yang sedap. Goodnight.
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com