Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

2 HARI 1 MALAM KE PULAU PERHENTIAN TERENGGANU BERSAMA PERHENTIAN MJ

$
0
0
2 HARI 1 MALAM KE PULAU PERHENTIAN TERENGGANU BERSAMA PERHENTIAN MJ. Niat asal adalah untuk ke Pulau Redang tapi fully booked. Option kedua adalah Pulau Perhentian. Aku dan MamiZ went to Pulau Perhentian hanya untuk dua hari satu malam saja dengan package dari Perhentian MJ. Aku tengok reviews semua okay dan positif jadi terus message tanya ada kalau masih ada slot yang kosong. Harga package dari Perhentian MJ pun sangat berbaloi dan murah. Antara perkhidmatan service di Pulau Perhentian yang bagus. Penginapan dan makan inclusive jadi tak perlu nak arrange lain. Package 3Hari 2Malam dah penuh. Yang tinggal hanyalah package untuk trip 2Hari 1Malam saja. Ini memang last minute punya perancangan jadi tak adalah ralat sangat kalau ke Pulau Perhentian pun penuh. Orang rancang lebih awal kami tembak saja kalau ada rezeki mengena. 

DAY 1 - Taman Laut Pulau Perhentian
Dari Kuala Berang kami gerak ke Jeti Kuala Besut. Kereta boleh tinggal di tempat yang pihak Perhentian MJ dah tetapkan. Insyallah selamat diawasi setiap masa. Disambut baik oleh PIC yang dah janji nak jumpa pukul 11:00AM. Sepatutnya dah boleh gerak tapi kena tunggu satu group yang masih belum sampai. Lama juga tunggu sebab kami sampai awal around 10:30AM ended up pukul 12:15PM baru gerak. Kami tak tahu kena tunggu another group, PIC menghilangkan diri did not tell us the real situation jadi tertanya-tanya. Orang lain datang kemudian selamat tujuh lapan trip naik boat. MamiZ memang merungut tak puas hati. Layaklah sebab lama sangat kami terpaksa tunggu. Sedih jugalah sebab macam terbiar begitu saja tanpa arah clueless tak tahu apa jadi. At least inform daripada biarkan orang lain tertunggu-tunggu. Sepanjang trip ke Pulau Perhentian dengan Perhentian MJ, ini sajalah isu yang aku kurang berpuas hati. Yang lain semua okay dan memuaskan. Part paling irony adalah, salah seorang dari ahli rombongan group yang lambat tu adalah kawan aku di universiti, Iqa dan kami sebenarnya rapat jugalah. What a small world boleh jumpa atas boat nak ke Pulau Perhentian.



Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar.

Demam perang bendera parti masing-masing.


Kami menginap di Hotel Perhentian MJ, sama nama rasanya dengan package yang terletak di Pulau Perhentian Kecil. Sampai saja terus ke hotel Perhentian MJ. Bangunan tak jauh dari jeti memang dekat. Kami dah selesaikan bayaran sebelum pergi tak perlu bayar apa-apa lagi kecuali bayaran sewa set snorkeling dan life jacket RM10.00 untuk seorang, boleh digunakan sepanjang berada di Pulau Perhentian. Set snorkeling yang dicuci bersih dan life jacket masih nampak baru. Briefing sikit tentang itinerary masing-masing. Itinerary aku dan geng Iqa tak sama. Diorang akan ke Taman Laut Pulau Perhentian while aku dan MamiZ akan snorkeling di lima points - Blue Lagoon, Turtle Point, Coral Garden, Shark Point dan Lata Air Berani. Tapi entahlah kenapa rasa nak ikut geng Iqa dan kawan-kawan jadi kami minta tukar itinerary supaya jadi sama dengan geng Iqa. Disebabkan diorang kesana selama 3Hari 2Malam, diorang ada extra day jadi kami kena korbankan sikit itinerary kami supaya boleh jadi sama. Itinerary ke Long Beach dan hiking ke Kincir Angin terpaksa dibatalkan. Tak cukup masa. Okay saja ada rezeki pergi lagi.

Selesai lunch dan solat, naik ke bilik masing-masing dan rehat. Turun semula at 03:00PM untuk ke Taman Laut Pulau Perhentian. Dekat saja dengan Pulau Perhentian Kecil tapi air laut bergelora teruk seram juga. Kami ditinggalkan di Taman Laut Pulau Perhentian dan pukul 05:00PM boatman akan datang semula ambil kami. Ramai juga tourists dari negara lain. That day, ramai orang putih tengah snorkeling dan berenang. Kami ditegur oleh seorang local (rasanya dia life guard) yang memang duduk saja melepak bawah pokok. Katanya jangan ke sebelah kanan pantai sebab ramai tourists disana. Orang Malaysia boleh snorkeling di belah kiri saja. Aaaik !! Dah kenapa pula jadi macam tu.. Dia cakap orang putih tak suka attitude orang Malaysia bila pergi pantai snorkeling. Bising dan meriah semacam. Diorang pula nak enjoy tengok corals dengan tenang tak nak diganggu. Wah !! Diva perangai tak sedar diri ada di negara orang. Kami ignored alasan tak boleh diterima. Geng Iqa pergi juga jalan sampai ke hujung. Memang dipandang dan dijeling tapi lantaklah. Tak ada pula ditulis larangan secara official. Kesian Malaysians.. Di negara sendiri dianak tirikan.

Cover sikit muka tak make up.



 MamiZ pun snorkeling juga di tepian pantai. Adalah lima enam ekor ikan.

Hahaha nak buat circle tapi tak cukup orang.

Bahagian sebelah sana lepas jeti yang kami tak boleh pergi. Duh !!



Dah jadi geng. Hihihi..

Overall aku rasa kawasan di Taman Laut Pulau Perhentian biasa saja. Taman Laut Pulat Tioman lagi cantik dan seronok. Mungkin di kawasan yang ramai orang putih sana lebih menarik. Ombak sangat kuat rasa pening nak muntah berendam asyik terhuyung hayang. Belum pukul 05:00PM boatman dah sampai katanya kena balik lebih awal sebab hari nak hujan. Boat tak dapat nak bawa kami semua kena dua trip. Memang bergelora sungguh air laut bukan main-main. Tak boleh laju slowly boatman bawa boat. Bila dah sampai di Pulau Perhentian Kecil tak boleh turunkan kami di jeti. Memang ombak tinggi dan besar. Kami turun di tepi pantai itu pun tiga empat kali percubaan baru dapat sampai ke tepi pantai. Langit tak gelap tapi angin kencang. Seramnya !! Syukur dah selamat sampai. Kami mandi solat dan dinner. Disebabkan kami hanya tidur satu malam saja, that night kami dapat set BBQ for dinner. Inclusive sekali dalam package bersama Perhentian MJ.

DAY 2 - Blue Lagoon, Turtle Point, Coral Garden, Shark Point dan Lata Air Berani
Breakfast yang sedap disediakan oleh pihak Hotel Perhentian MJ. Makan banyak sebab seharian nak guna tenaga pergi snorkeling here and there. Sepatutnya aku dan MamiZ kena naik boat ke Jeti Besut at 02:00PM tapi kami dah tukar itinerary, kami akan gerak ke Jeti Besut pukul 04:30PM. Extra hours sebab nak pergi snorkeling. Siap sedia dengan snorkeling set dan life jacket. Jomlah !!

Schools of fish !!





Sepanjang trip snorkeling, aku paling suka destinasi kami yang pertama - Blue Lagoon. Kalau kena duduk situ seharian suntuk pun tak apa. Geram tengok ikan-ikan semua manja. Air laut pula sangatlah bersih dan jernih. Memang puas hati sangat. Bawalah bekalan roti boleh bagi ikan-ikan makan. Kami tak tahu takut pun iyaa manalah tahu protected species tapi ada yang murah hati kongsi dengan kami. Serious seronok !! Kami diberikan lebih kurang 45 minit saja untuk snorkeling di Blue Lagoon sebelum bergerak ke next point. Di Blue Lagoon saja ada kawasan pantai boleh nak jejak tanah di lokasi-lokasi seterusnya semua tengah laut. For those yang nak biasakan diri terapung menggunakan life jacket, disinilah tempatnya.

















Tak puas !! Nak berlama-lama lagi di Blue Lagoon tapi tak boleh. Kena gerak ke point seterusnya.  Kami ke Turtle Point dan Coral Garden. Sadly, aku tak ada keberanian nak turun langsung dari boat walaupun aku tahu berenang. They will drop you off di tengah laut sebab disitulah kawasannya nak tengok penyu. Ada dalam lima enam ekor that day dan seekor besar (lebih kurang besar meja tulis disekolah) timbul di permukaan. Dapat jugalah menjerit-jerit tengok dari atas. Ramai orang dan rasa teruja nak terjun sekali tapi entahlah. Tiba-tiba rasa tak sedap hati dan bila tengok air laut yang dalam rasa takut. Tak pernah ada perasaan macam tu selama aku pergi pulau atau berenang. MamiZ memang tak akan turun. Di Semporna last time, tour guide kami sangat prihatin jadi dia yang jaga kawal keselamatan kami especially MamiZ di tengah laut. Di Pulau Perhentian, pandai-pandailah sendiri. Aku decided untuk ikut kata hati dan tak terjun kedalam laut.

Sama juga di Coral Garden dan Shark Point. Shark Point memang dari awal aku niat tak mahu turun tapi tak sangka pula semua points aku tak turun. Haaaih hati !! Kenapalah berdegup kencang sangat that day tak tahulah. Seronok tengok kawan-kawan berenang enjoying their snorkeling trip. Aku dan MamiZ duduk sajalah melepak atas boat. Terhuyung hayang dipukul ombak. First time juga merasa motion sickness naik boat. Sumpah sebelum ni tak adanya pening kepala dan loya kalau naik boat. Ingatkan aku seorang saja, ada seorang lagi ahli rombongan yang dah berpaut di tiang boat kepeningan. Kesian dia memang nampak sangat lembik sambil pejam mata dia pegang tiang. Sudahnya kedua-dua kami terpaksa mencemarkan air laut. Dia lagi banyaklah lagi kronik dari aku. Syukur MamiZ bawa minyak angin. Pakat mengurut kepala masing-masing atas boat sementara tunggu yang lain-lain. Nothing worked out well for me that day in Perhentian.

Turtle Point. Boat akan turunkan kita di tengah-tengah (kawasan yang ramai orang tu) kemudian boat akan tunggu jauh sikit. Nak gerak ke next destination kenalah berenang ke boat.

Turtle Point. Cantik air laut jernih membiru.

Corals Garden. Lantai laut gelap penuh corals. Tetap takut nak turun.. Sedih !!




Di Shark Point.


Kelakar di Shark Point. Semangat semua nak turun bila shark datang dekat pakat lari balik ke boat. Mula-mula di dasar saja bila boatman turun terjun sekali bawa ikan fresh dipotong-potong terus shark datang dekat dengan diorang. Panic !! Nampak kecil dari jauh bila dah depan mata terkedu. Aku memang buat keputusan yang bijak. Tak payah turun dasar penakut nak buat macam mana. 

Kemudian kami ke Lata Air Berani singgah sekejap saja patah balik ke Pulau Perhentian Kecil. Aku dan MamiZ kena kemas barang sebab dah kena check-out. Ada dua jam lagi before boatman datang ambil kami jadi sempat nak tidur sekejap. Boleh guna bilik hotel sampai waktu check-out. Said goodbye siap-siap dengan kawan-kawan. Diorang akan ke Long Beach dan Kincir Angin pula. Tak apalah tak ke Kincir Angin pun sebab aku bukan minat sangat memanjat dan hiking. MamiZ mesti tak mahu punya ikut tak seronok pula kalau aku saja yang pergi. Overall, it was a nice stay in Pulau Perhentian. Package yang ditawarkan oleh Perhentian MJ adalah sangat berbaloi dan service juga tak mengecewakan. Definitely aku akan recommend kalau ada yang bertanya. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 579