Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

TRIP JEJU SOUTH KOREA 2018 DAY 8.0 - BALIK KE MALAYSIA BYE JEJU DAN BARANGAN SOUVENIRS YANG DIBELI DI JEJU ISLAND

$
0
0
BALIK KE MALAYSIA BYE JEJU DAN BARANGAN SOUVENIRS YANG DIBELI DI JEJU ISLAND

Entri sebelumnya diSINI.
22 January 2018 (Isnin)

TRIP JEJU SOUTH KOREA : BALIK KE MALAYSIA BYE JEJU DAN BARANGAN SOUVENIRS YANG DIBELI DI JEJU ISLAND. Setelah seminggu berada di Jeju hari kelapan adalah hari perjalanan pulang ke Malaysia. Tak ada melencong kemana-kemana terus bersiap pergi airport dah ready nak terbang balik. Cukuplah seminggu di Jeju sampai dah tak tahu nak kemana lagi. Bukan tak ada tempat-tempat menarik lagi untuk diterjah tapi dah tak ada mood. Flight balik adalah pada pukul 01.15PM jadi that morning kami masih bermalas-malasan. Luggage dah siap kemas cuma perlu simpan barang sikit saja. Lagipun perjalanan dari Jeju Hyundai Tourist Hotel ke Jeju International Airport hanyalah lebih kurang sepuluh minit saja. Memang nak tahan teksi depan hotel malas nak naik Airport Limousine. Around 10.30AM kami check-out dan bid goodbye pada Ahjusshi hotel. Sampai ke pintu dia hantar kami. Walaupun terseksa mencuba nak cakap in English untuk berkomunikasi dengan kami, he was so nice memastikan kami selesa sepanjang berada di hotel. Apa-apa pun kamsahamnida Ahjusshi !!






Kami tahan dua teksi untuk ke Jeju International Airport. Tambang yang dikenakan adalah sebanyak 9500WON (RM34.93 approx) untuk dua teksi. Walaupun aku rasa kami dah gerak awal tapi panjang gila line di kaunter Air Asia. Smooth tak adalah lama sangat kena beratur tapi kelakar pula ingatkan kami antara yang terawal rupanya lagi ramai yang lagi awal. Aku dah online check-in tapi tak tahulah kenapa macam kena check-in sekali lagi. Terima sajalah janji dapat balik Malaysia. Di Jeju International Airport ada Lotteria di 2F dan 4F tapi aku tak sempat nak pergi. Kalau tak boleh tapau Shrimp Burger yang sedap tuuu bagi yang lain rasa. Tapi dah menonong masuk ke Departure Hall. Sumpah bosan suasana di Departure Hall nak kill the time tunggu boarding pun tak tahu nak buat apa sebab tak ada benda yang menarik. Ada kedai dan tempat pick up barang-barang shopping duty free. Itu sajalah. Memang melangut menunggu duduk saja. Bagusnya Departure Hall di Jeju International Airport adalah disediakan prayer room untuk kita solat. Tak ada disediakan telekung seperti di Jepun tapi cukup selesa dan kemas untuk solat dengan tenang.

Alhamdulillah flight tak delay on time take off meninggalkan Jeju. Cuaca pun cantik cerah perjalanan lancar. Lepas makan mulalah lali nak tidur. Sembang punya sembang hanyut dalam mimpi. Terjaga dan sembang dan sembang lagi. Annyeong Jeju !! We had so much fun.




Beg-beg yang penuh barangan duty free hasil shopping tourists dari China.


Flight baru sampai.


Kemas Wiyo make sure charger dan wire semua ada sebelum dipulangkan.

 Selamat tinggal beautiful Jeju.

BARANGAN SOUVENIRS YANG DIBELI DI JEJU ISLAND : TEH ORANGE, CHOCOLATES, KEYCHAIN FRIDGE MAGNET DAN TSHIRT JEJU ISLAND


Ini adalah sebagai rujukan semata-mata benda-benda dan makanan yang boleh dibeli di Jeju untuk dibawa balik sebagai souvenirs. Kami tak adalah borong banyak benda sangat sebab bawa duit pun cukup-cukup saja tapi berpuas hati dengan hasil tuaian di sana. Majoriti yang dibawa balik adalah makanan. Senang bawa balik makanan semua orang boleh rasa. Teh Hallabong Oranges, Teh Limau Mandarin, Jem Hallabong, Chocolates pelbagai jenis, oranges dan seaweed. Beli jugalah keychain dan fridge magnets buat kenangan. Aku beli tshirt sehelai dan sekeping map Jeju. Cadangnya nak pin di board tapi board tak beli lagi. Peram dululah nampak gayanya..

Teh Hallabong yang boleh digunakan juga sebagai jem. Range harga adalah 5000WON - 12000WON (RM18.38 - RM44.12 approx) mengikut brand dan size. Sedap dan tak terlalu manis. Terasa orange dan ada pulp sekali. Selain Hallabong Oranges ada banyak lagi jenis pilihan dan rasa. Since Jeju sangat terkenal dengan Hallabong, kami beli Hallabong. Aku rasa lebih sedap dimakan sebagai jem daripada buat air. Nak dapatkan satu jug air kena guna dan bancuh banyak solution lebih kurang separuh jar. Sedar dah habis begitu saja. Kami borong tiga jenis chocolates saja dan jujurnya semua sedap tak menyesal kami beli. Ini baru tiga jenis saja kat Jeju ada macam-macam jenis lagi. Range adalah between 5000WON - 15000WON (RM18.38 - RM55.15 approx). Selalunya dijual combo sekali tiga atau lima kotak. Okaylah not bad tiga kotak chocolates lebih kurang RM20 saja. Lebih jimat daripada beli sekotak. Kali pertama ke Jeju Dongmun Traditional Market, kami tak membeli apa sangat. Ahjumma sangat murah hati kasi sample chocolates banyak sangat. Penuh jugalah plastic bila dah lalu each kedai dapat segenggam. Kenyang makan chocolates free. Marketing tau.. Bila kami makan sample kami rasa sedap dan decide yang mana nak dibawa balik. Sangat sesuai dibeli dijadikan souvenirs sebab didalam setiap kotak ada individual packaging. Beli ni then letak di office untuk kawan-kawan selesai masalah. Yang geramnya.. Kotak besar kemain isinya tak adalah banyak sangat. Geram sebab nak bawa balik kotak habis makan ruang. Kalau tak bawa balik kotak macam tak feel pula. Nasiblah semua aku sumbat aku tekan saja alhamdulillah tak rosak.

Paling sedap adalah yang kotak orange paling besar tu.. Nyuums !!

Tiga-tiga jenis sedap. The best would be yang bentuk cube comel. Tolong beli banyak-banyak oookay tak cukup sekotak dua. They just melt in your mouth.


Tshirt, map Jeju, fridge magnets dan keychains Jeju. Ini wajib kenalah beli tak kira pergi mana sekalipun. Di Jeju Dongmun Traditional Market ada jual fridge magnet dan keychain jadi tak perlu nak susah-susah cari kat tempat lain. Keychain boleh dapat serendah 1000WON (RM3.68 approx) dan fridge magnet pula around 3000WON - 5000WON (RM11.03 - RM18.38 approx) ikut design dan jenis. Boleh juga dapat murah ada yang tiga ketul untuk 10000WON (RM36.77 approx). Souvenirs Korea yang famous macam chopsticks, sudu dan nail clippers yang selalu orang beli tu agak mahal di Jeju. Kalau korang akan travel ke Busan atau Seoul, lebih baik beli souvenirs Korea disana sebab jauh lebih murah. Hanya borong Tapi kami tak jumpa tshirt di Jeju Dongmun Traditional Market. Tshirt yang tulis Jeju. The one I bought aku beli di kawasan Dragon Rock berharga 12000WON (RM44.12 approx). Banyak sangat pilihan di kawasan Seongsan Ilchulbong jadi kalau kesana jangan lepaskan peluang beli tshirt. Belilah sehelai kalau tak nanti teringat-ingat.

Yup selesai !! Pengalaman pahit manis suka duka selama lapan hari disana rasanya semua dah dikongsikan. Tinggal nak kongsikan itinerary dan perbelanjaan sepanjang disana saja sebagai rujukan.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes