Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

TRIP JEJU SOUTH KOREA 2018 DAY 6.1 - JUNGMUN AREA JEJU, YELLOW CAFE, PLAY K-POP DAN TEDDY BEAR MUSEUM

$
0
0
LIMOUSINE BUS NOMBOR 600, TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI JUNGMUN JEJU, YELLOW CAFE, PLAY K-POP 플레이케이팝, TEDDY BEAR MUSEUM 제주 테디베어뮤지엄 DAN RIPLEY'S BELIEVE IT OR NOT MUSEUM 믿거나 말거나 박물관

Entri sebelumnya diSINI.
20 January 2018 (Sabtu)

TRIP JEJU SOUTH KOREA : LIMOUSINE BUS NOMBOR 600, TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI JUNGMUN JEJU, YELLOW CAFE, PLAY K-POP 플레이케이팝 TEDDY BEAR MUSEUM 제주 테디베어뮤지엄 DAN RIPLEY'S BELIEVE IT OR NOT MUSEUM 믿거나 말거나 박물관. Destinasi pertama kami di kawasan Jungmun adalah ke Yellow Cafe. Yellow Cafe adalah cafe milik syarikat Binggrae - pengeluar susu pisang terkenal di Korea. Iyaaa.. Susu pisang atau banana uyu yang korang suka sangat tu. Ini adalah outlet kedua selepas Yellow Cafe yang dibuka di Hyundai City Outlet Dongdaemun di Seoul. Jangan sedih kalau tak dapat pergi yang di Seoul boleh pergi di Jeju. Masa ke Jusangjeolli Cliff lagi aku dah nampak cafe ni jadi terus masuk list nak terjah bila dah jalan sendiri. Ada banyak menu dari aiskrim dan banana coffee untuk dipilih tapi banana uyu botol kecil tu tak ada dijual. Untuk ke Yellow Cafe ni kita boleh pergi menaiki bus Airport Limousine 600 - rujuk SINI dan turun di bus stop bertentang dengan Play K-POP. Tak ada bus stop khas jadi tak pasti nak suruh turun dimana. Aku refer Google Maps saja dah dekat nak sampai terus tekan loceng. Saja singgah nak lepak santai makan aiskrim.


YELLOW CAFE BINGGRAE JEJU

Nama pun Yellow Cafe (Banana Cafe) jadi semua menu pun berasaskan pisang dan susu. Kalau tak suka pisang memang tak berapa lalu nak telan. Aku suka pisang tapi kalau dah process jadi macam-macam krik krik jugalah. Kami order beberapa jenis menu dan kongsi ramai-ramai. Harga wise okaylah tak mahal sangat. Standard harga Starbucks dan Coffee Bean. Rujuk SINI. Tempatnya comel hipster sesuai sangat nak dijadikan lokasi posing untuk Instagram. Kalau korang tak pernah langsung singgah Yellow Cafe jadilah singgah sekali saja buat pengalaman. Bagi aku biasa-biasa saja hidangan yang ada sebab semua rasa pisang. Sedap lagi banana uyu dalam botol kecil tu..

Ada replica besar banana uyu. Atas bangunan ada KFC.

Kami order tiga benda total 13500WON (RM49.60).

Deco yang comel.

Bilik-bilik kecil bentuk botol banana uyu sangat famous selalu jadi spot pilihan. Nak bergambar tapi semua cube penuh dengan pengunjung melepak.

Kami ordered Banana Milkshake, Banana Latte dan Banana Uyu Ice Cream.

Yang ni paling sedap. Hiks..

PLAY K-POP, CHOCOLATE LAND, MOVIE LAND, TEDDY BEAR MUSEUM DAN RIPLEY'S BELIEVE IT OR NOT MUSEUM

Bertentang dengan bangunan Yellow Cafe ada Play K-POP, Chocolate Land, Movie Land, Teddy Bear Museum dan Ripley's Believe It or Not! Museum. Memang kawasan ni berkumandang dengan lagu-lagu KPOP saja. Semua walking distance jadi kalau berminat boleh terjah semua tempat sekali harung. Kami tak masuk pun sebab entrance fee macam agak mahal. Just jenguk-jenguk tinggal jejak. Walaupun aku suka KPOP tapi bila tengok pamphlet Play K-POP macam tak berminat pula nak masuk. Dibina oleh pihak pengurusan Jeju Jungmun Resort, Play K-POP adalah taman tema digital bertemakan K-POP. Nama pun digital jadi adalah beberapa benda yang berkonsepkan 'hologram' jadi kita bolehlah acah-acah rasa macam real padahal tipu belaka. Admission fee adalah 15000WON (RM55.12 approx) untuk seorang dewasa. Tak adalah mahal sangat tapi entahlah.. Kalau korang berminat bolehlah rujuk SINI untuk maklumat lanjut. Aku dan Kak Sal panjangkan kaki meronda ke Chocolate Land dan Movie Land. Tapi tak masuk pun.. Chocolate Land obviously kedai jual chocolate dan Movie Land mungkin macam Madame Tussauds. Tapi sendu yang amat seorang manusia pun tak ada. Macam tak beroperasi pun iyaaa juga. 

Jalan punya jalan sampai di Teddy Bear Museum. Alaaahai comel sangat haaa.. Ramai jugalah orang Korea sendiri yang pergi ke Teddy Bear Museum bawa anak-anak kecil. Sesuailah untuk aktiviti bersama keluarga. Admission fee pun hanyalah 10000WON (RM36.74 approx) untuk dewasa dan 8000WON (RM29.40 approx) untuk kanak-kanak. Rasanya berbaloi dah harga tu not bad. Kami just masuk ke entrance dan baca-baca sikit info yang ada. Rujuk SINI untuk extra info. Comel tapi tak apalah kami tak berminat juga.



Disambut baik oleh G-Dragon.




Hey yooo Mr. Hulk !!





Bangunan awesome Ripley's Believe It or Not Museum.




Peta kawasan Ripley's Believe It or Not Museum.


Singgah tinggal bau saja.

Kalau kena pilih satu saja tempat yang boleh diterjah dalam banyak-banyak tempat di Jungmun, aku akan pilih Ripley's Believe It or Not Museum. Bangunan sangat cantik dan unik berjaya buat aku rasa teruja nak masuk. Tapi tak masuk pun.. Ripley's Believe It or Not Museum ada 32 lokasi serata dunia dan salah satunya di Jeju inilah. Kita pun membesar tengok program Ripley's Believe It or Not jadi rasa macam mengimbau kenangan masa kecil pula. Dibina hasil daripada inisiatif pengasas iaitu Robert Ripley. Entrance fee hanyalah 12000WON (RM44.09 approx) untuk seorang dewasa dan 10000WON (RM36.74 approx) untuk kanak-kanak. Rujuk SINI. Bagi aku sangat berbaloi sebab ada 12 galleries, outdoor park, souvenir shop dan coffee house. Tengok peta lokasi yang ditampal pun nampak menarik. Menariklah dari Play K-POP dan Teddy Bear Museum. Tergedik-gedik nak masuk tapi aku tau MamiZ bukan orang yang berkenan benda-benda macam ni. Tak sampai hati nak masuk dan tinggal yang lain kat luar.

Berdekatan dengan tempat-tempat ni semua ada Yeomiji Botanical Garden. Cantik juga nak melepak tapi aku tengok MamiZ dan MNgah dah macam tak larat jalan. Marilah kita pulang ke Jeju City. Selesai pusing-pusing few places di Jungmun kami balik ke hotel. Singgah makan di kedai seafood belakang hotel yang aku dan Kak Sal dah pergi survey hari sebelumnya. Banyak kedai makan satu-satu kami masuk nak tengok menu. Ada kedai jual seafood tapi ada juga jual daging. Memang tak yakin langsung kami terus jalan sampai jumpa satu kedai ni langsung tak ada hidangan berasaskan daging. Dengan ability aku syok sendiri cakap bahasa Korea dapat jugalah kami communicate. Boleh guna Google Translate atau apa-apa application yang canggih sekarang tapi nak juga cakap ayam itik. Rasa lebih puas dan alhamdulillah kami makan sampai kenyang masing-masing pun melepet kepenatan di hotel dan berehat.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 579