Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

TRIP JEJU SOUTH KOREA 2018 DAY DAY 4.1 - SEONGEUP FOLK VILLAGE DAN SEOPJIKOJI LIGHTHOUSE

$
0
0
PERKAMPUNGAN TRADISIONAL JEJU DI SEONGEUP FOLK VILLAGE 성읍민속마을 DAN RUMAH API CANTIK SEOPJIKOJI LIGHTHOUSE 섭지코지

Entri sebelumnya diSINI.
18 January 2018 (Khamis)

TRIP JEJU SOUTH KOREA : PERKAMPUNGAN TRADISIONAL JEJU DI SEONGEUP FOLK VILLAGE 성읍민속마을 DAN RUMAH API CANTIK SEOPJIKOJI LIGHTHOUSE 섭지코지. Dah kenyang dengan makanan sedap kami teruskan perjalanan ke kawasan perkampungan tradisional di Jeju - Seongeup Folk Village sebelum ke Seopjikoji Lighthouse. Jujurnya aku yang tak minat sejarah tak rasa teruja sangat nak pergi Seongeup Folk Village tapi dah orang bawa jadi ikutkan saja. Disini dapatlah kita boleh tengok dengan lebih dekat macam mana peradaban manusia dulu-dulu hidup di Jeju. Dalam cerita historical Korea selalu tunjuk rumah-rumah lama. Haaa.. Sebiji rumah-rumah dalam drama ada di Seongeup Folk Village. Keadaan setempat dan binaan rumah-rumah tradisional masih dikekalkan sehingga ke hari moden. Uniknya.. Masih ada banyak rumah-rumah tradisional di Seongeup Folk Village yang masih didiami oleh penduduk tempatan. Boleh nampak asap berkepul-kepul keluar dari serombong asap. Sama ada mereka masih menggunakan dapur kayu api atau tak aku tak pasti. Once upon a time, back in 2003 drama Korea 'Jewel In The Palace' (based on real story) sangat famous di Malaysia. Memaparkan kisah seorang perempuan bernama Jang Geum dari bekerja di dapur istana kena frame kena buang negeri terus berusaha jadi doctor pula. MamiZ adalah antara peminat setia Jang Geum jadi elok sangatlah kita pergi Songeup Folk Village yang juga menjadi tempat pengambaran utama drama 'Jewel In The Palace'. Kalau korang pun peminat Jang Geum wajiblah singgah.

CARA UNTUK KE SEONGEUP FOLK VILLAGE JEJU

Jujurnya aku rasa kalau nak skip Songeup Folk Village pun tak apa sebab nothing much to do there. Tapi aku mengerti ada orang yang suka sejarah dan dengan travel around dapat timba ilmu dan pengetahuan tentang satu-satu tempat. Nope tak salah langsung I totally respect that. Bagi yang berminat silalah singgah. Ada banyak juga options untuk ke Songeup Folk Village. Dari Jeju Intercity Bus Terminal gerak ke Boennyeong-Ro dan turun di Seongeup 1(il-ri) dan menapak sikit ke entrance. Dari Seogwipo Bus Terminal pula boleh naik bus ke Dongilju Bus dan turun di Pyoseon-Ri Samuso. It is not impossible to travel by bus di Jeju tapi renyah sikit. Rujuk SINIuntuk maklumat lanjut.

Jang Geum yang famous.


Ini dah ada campuran unsur-unsur moden sikit.







Di Seongeup Folk Village juga kita boleh tahu tentang sejarah pentadbiran Jeju suatu ketika dahulu. Ada banyak lagi peninggalan zaman dulu yang masih dikekalkan. Semua dijaga rapi. Overall, our visit to Seongeup Folk Village tak adalah membosankan sangat tapi kalau korang nak cepat dan ada very limited time di Jeju bolehlah skip. Perkhidmatan tour guide juga disediakan untuk mengelilingi Seongeup Folk Village. Next, selesai solat kami teruskan perjalanan ke Seopjikoji Lighthouse. Bagi aku, it is a must untuk visit Seopjikoji Lighthouse. The view was great dan sangat menenangkan dan juga menjadi tempat pilihan pengambaran beberapa drama Korea. Waktu terbaik untuk ke kawasan Seopjikoji adalah in April. Canola flowers would be everywhere dan aku rasa permandangan akan jadi super duper lawa. Nak ke Seopjikogi Lighthouse kena guna tenaga sikit menapak untuk sampai ke hujung. Disebabkan kaki aku dah lembik mendaki Seongsan Ilchulbong jadi aku tak ada energy sangat nak menapak sampai ke hujung.





Menapak sampai ke hujung sana ada lighthouse.




Macam rumah chocolate dan gula-gula Hansel dan Gretel.


Zoom saja dari jauh. Tak sanggup menapak.


Kak Sal yang masih bertenaga menapak sampai ke hujung.




CARA UNTUK KE SEOPJIKOJI LIGHTHOUSE

Dari Jeju City kena naik bus ke Seogwipo Intercity Bus Terminal. Ambil bus 910 dan turun di Seopjikoji Bus Stop. Nak sampai ke Seopjikoji agak jauh jadi rancang perjalanan korang carefully. Rujuk SINI untuk maklumat lanjut. 

Aku memang berpuas hati dengan view di Seopjikoji Lighthouse. Kami sampai hari dah senja dan the sunset was so gorgeous. Just nice untuk cuci mata melihat keindahan alam. Kalau kaki tak meragam rasanya pelan-pelan menapak sampai juga ke hujung. Di kawasan Seopjikoji ada banyak parking lots jadi tak perlu risau kalau kena berebut-rebut. Bayaran parking sebanyak 1000Won (RM3.66 approx) dikenakan. Harga parking adalah bergantung pada jenis kenderaan yang digunakan. Ada juga Ahjumma-Ahjumma menjual raw seafood yang menjadi kegemaran rakyat Korea. Meriah jugalah kawasan di Seopjikoji tak adalah sendu sangat. Balik ke Jeju City dan had dinner. Trip dengan Jeju Muslim Travel bakal sampai ke hujungnya sekejap sangat rasa masa berlalu. Marilah kita kemas luggage..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 579