TRAVELOGUE JEJU ISLAND : TRIP KE JEJU ISLAND SOUTH KOREA
Entri sebelumnya diSINI.
15 January 2018 (Isnin)
TRIP JEJU ISLAND | SOUTH KOREA : GUNUNG HALLA / HALLASAN + SLEDDING + HIDANGAN MAKANAN PERTAMA DI JEJU. Cepatlah !! Tak sabar nak pergi main snow. Memang tergedik-gedik excited nak terjah tempat-tempat menarik sekitar Jeju. Destinasi pertama adalah ke Hallasan untuk bermain snow. Walaupun Jeju baru reda dilanda snow storm, tapi tak banyak snow yang ada di kawasan rendah. Kena panjat naik ke kawasan tinggi juga untuk bermain snow. Jalan naik ke Hallasan baru saja dibuka setelah tiga hari ditutup kerana keadaan cuaca yang teruk. Polis juga kelihatan disana sini menjaga lalu lintas dan keselamatan sekiranya berlaku perkara yang tak diingini.
HALLASAN : CARA UNTUK KE HALLASAN (1100 ROAD ROUTE) DAN LALUAN HIKING YANG TERKENAL
Hallasan adalah gunung tertinggi di Jeju dan boleh kelihatan dari setiap ceruk Jeju. Location pula memang terbentuk di tengah-tengah pulau daripada letusan gunung berapi. Keseluruhan pulau senang cerita memang terbentuk daripada volcano eruption. Tak pasti pula sama ada Hallasan memang dah disahkan sebagai gunung berapi tidak aktif atau sebaliknya. Tersenarai dalam senarai UNESCO World Heritage menjadikan Hallasan sebagai salah satu lokasi wajib singgah sekiranya korang bercadang untuk ke Jeju. Mode of transportation yang sesuai untuk ke Hallasan adalah kereta, bus dan teksi. Jalan kaki nak sampai ke laluan jalanraya tertinggi di Jeju memang ambil masa selamanya. Pengangkutan memang sedikit terhad di Jeju tapi okay saja tak teruk sangat. Tanpa sewa kereta atau join tour agent pun korang masih boleh enjoy Jeju to the max.
Kalau korang adalah sejenis yang suka aktiviti hiking, boleh hiking juga mendaki sebab ada banyak hiking trails disediakan - Seongpanak Trail, Eorimok Trail, Eoseungsaengak Trail, Yeongsil Trail dan Gwaneumsa Trail. Paling famous adalah Eorimok Trail. Aku ada jumpa satu blog yang kongsikan pengalaman mendaki Hallasan Seongpanak Trail. Rujuk SINI kalau berminat. On the way nak ke 1100 Road Route nampak few spots kereta banyak berhenti tepi jalan dan ramai Ahjumma Ahjusshi tengah bersiap sedia nak mendaki. Orang Korea ni tua tua pun sihat sebab rajin buat aktiviti-aktiviti riadah. Aku yang muda rasa malu surrender kalau suruh pi panjat bukit. Kalau nak mendaki kena spend seharian suntuk jadi rancanglah perjalanan sebaik mungkin. Tempat tumpuan utama di Hallasan adalah laluan 1100 Road Route iaitu laluan paling tinggi di Jeju. Bukan puncak tertinggi Hallasan ya.. Laluan saja. Kalau naik kereta, bus atau teksi, disinilah semua akan turun. Rujukan paling senang untuk atur perjalanan menaiki bus di Jeju adalah dari Jeju Intercity Bus Terminal. Dari sini, korang nak pergi mana pun boleh. Nak terus naik bus ke 1100 Road Route atau ke hiking trails pun boleh tak jadi masalah. Rujuk SINI untuk jadual perjalanan bus ke Hallasan mengikut musim. Rujuk SINI pula untuk jadual perjalanan bus ke hiking trails di Hallasan. Aku tak ada pengalaman ke Hallasan naik bus tapi apa yang aku kongsikan adalah based on hasil pembacaan sendiri. Kalau masih blur, tanya saja pekerja di information counter. They can converse in English sikit-sikit.
Jalan lengang. Permandangan sekeliling yang cantik.
Sampai di 1100 Road Route Hallasan. Hujung sana adalah puncak tertinggi Hallasan. Kalau nak kesana kenalah hiking. Nice view.
Aktiviti utama di Hallasan ketika musim sejuk adalah bermain snow, sledding dan hiking. Kalau musim lain lebih banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Disini tak ada service sewa sledge kalau nak main tapi pihak JMT dah siap sediakan sledge untuk ahli-ahli rombongan. Majoriti yang datang memang bawa sledge sendiri. Yang meluncur guna plastic pun ada juga. Disebabkan snow dah turun banyak hari jadi dah keras. Ini bukan virgin snow fresh baru turun jadi sedikit bahaya actually. Tolong pakai winter gears yang sesuai from top to toe. Aku pula pergi pakai sneakers instead of my winter boots. Basah lencuh kecut jari dan kebas. Padan muka !! Alhamdulillah aku belikan MamiZ kasut yang sesuai untuk dipakai. Kalau tak memang jenuh nak berjalan atas snow. Snow di Hallasan tebal sungguh sekali pijak tenggelam kaki. Kalah snow di Hokkaido walaupun taburan salji lebih banyak disana. Dengan seluar sekali lencun tapi pura-pura tak sejuk sebab salah sendiri pakai baju tak kena gaya.
Seronok tengok MamiZ, Kak Sal, MNgah dan Kak Husna teruja jumpa snow. Macam itulah agaknya reaction aku masa first time tengok salji. Hihihi..
Nak sledding kena panjat ni dulu !!
Panjat lagi !!
MamiZ dan handphone berpisah tiada.
Jenuh berpaut nak berjalan. Sekali langkah kaki tenggelam.
Nampak lubang-lubang yang ada ? Nak senang pijaklah ikut lubang-lubang itu. Hasil peninggalan pengunjung lain. Sekurang-kurangnya tak terkejut kaki tenggelam.
Kaki mana kaki !!
Kasih ibu tarik anak kaki tersangkut ranting. Hahaha..
MNgah dan Kak Husna. MamiZ tak mahu cuba sledding pun takut katanya. Ambil gambar sepanjang masa. Aku naik dengan Kak Sal.
Berjaya memujuk semua meniarap.
Bertentang dengan parking area ada 1100 Altitude Wetland Nature Discovery Trail. Boleh mengelilingi sekitar kawasan wetland. Aku dan Kak Sal tak pusing pun ambil gambar saja. Ada juga souvenir shops kedai menjual snack dan observatory deck. Cantik sangat view menjelang senja. Musim sejuk matahari terbenam awal. Langit bertukar warna memang sangat cantik. Aku ada jumpa satu entry yang kongsikan view sekitar 1100 Road Route pada musim lain. Rujuk SINI. Bolehlah korang buat perbandingan musim apa yang lebih berbaloi pergi.
Dah penat bermain haruslah lapar. Sebelum kami dihantar pulang ke hotel marilah singgah makan dulu. Ada beberapa restaurants yang menyediakan hidangan halal tapi sangat limited. Option terbaik adalah cari gerai makanan seafood. Kalau sangat tak yakin, bawalah bekalan makanan dari Malaysia. JMT dah atur dan rancang jadual dan tempat makan jadi tak perlu nak pening kepala. Hidangan makanan Korea pertama di Jeju yang simple dan sedap. Menu in our language juga disediakan. Ada beberapa pilihan untuk dipilih - Asam Pedas Korea, Sambal Sotong, Nasi Goreng dan Bibimbab. Nak kongsikan location kedai aku tak berapa aware dimana sebenarnya. Aku noticed ada roundabout besar yang berdekatan dengan entrance university. University apa aku tak pasti. Maaflah.. Dah lapar sangat tak berapa nak focus.
Kedai yang berwarna merah itu..
Kimchi Jigae, Sambal Sotong dan Bibimbab.
My Bibimbab. Alhamdulillah kedai serve dengan telur goreng. Kasi telur mentah sebiji memang aku tak boleh nak telan langsung. Hihi..
Habis licin makanan.
Bagi aku hidangan makanan di kedai ini biasa-biasa saja. Sedap tapi biasa-biasa saja. Kalau nak suggest which one yang sedap - Asam Pedas Korea dan Bibimbab. Not the best Bibimbap yang aku pernah makan tapi licin aku bedal. Nasi dan sambal sotong out sikit mengikut selera tekak aku tapi okaylah boleh dimakan. Ahli-ahli rombongan yang lain pun makan sampai licin. Lapar sangaaat weh !! Kenyang dan kepenatan sesuailah untuk balik ke hotel dan berehat. Trip bersama JMT tak sampai malam pun hanya sekitar pukul 6:00PM. Aku faham kalau jalan sendiri lebih panjang langkah kaki tapi tak banyak sangat pun night activity yang boleh dilakukan di Jeju. Tak semeriah di Seoul dan Busan. Kalau ada pun orang pergi gambling kat casino. Ada certain kawasan tak ada lampu jalan jadi bagi yang memandu kenalah extra hati-hati. Kita balik hotel berehat regangkan otot sendi recharge energy. Esok sambung lagi perjalanan..
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com