HELLO JEJU + PAKEJ MUSIM SEJUK 5H 4M JEJU MUSLIM TRAVEL + CHAMPION HOTEL
Kali ini aku akan kongsikan cerita trip ke Jeju pada awal tahun yang lalu. Banyak tempat-tempat yang menarik disekitar Jeju yang wajib dikunjungi. Mana yang elok boleh dicedok yang buruk yang susah letak tepi. Sikit teruja bila Air Asia X dah buka laluan terus ke Jeju tapi tidaklah rancang untuk kesana dalam masa terdekat. Trip ke Jeju kali ini memang plan impromptu main sebut sembang terus jadi hasil menonton iklan di TV. Sembang punya sembang macam mendapat sambutan tanya makcik dan kakak sepupu terus on. Whatsapp Kak Sal juga ajak sekali, pun disambut baik jadi cukuplah lima orang ahli rombongan mengejut ke Jeju. Aku memang dah lama skodeng Instagram Jeju Muslim Travel (JMT), rujuk SINI tapi tak pernah pun tanya apa-apa tentang packages yang ditawarkan. Kata sepakat dicapai memang setuju nak ke Jeju, aku Whatsapp pihak JMT. Masih ada slot yang kosong sesuai untuk kami berlima. Berbincang apa yang patut dan tengok harga ticket pula macam mampu milik maka terus setuju. Urusan bayaran dibuat dan siap sedia untuk ke Jeju. Alhamdulillah berjaya selesaikan satu lagi trip pembuka tirai tahun 2018 pada bulan January yang lepas. Pahit manis perjalanan kami akan aku kongsikan dengan korang semua. Jujurnya.. Penat balik dari Jepun masih terasa ketika buat persediaan ke Jeju. Rezeki tak diduga datang untuk berjalan lagi jadi kita ikut flow. Disebabkan kami ke Jeju ketika musim sejuk, baju-baju yang aku guna di Jepun tak sempat simpan masuk storage dah kena guna balik. Hantar dry cleaning saja. Beli beberapa winter gears sikit untuk MamiZ. First time bawa family pergi main snow.
PENGALAMAN PAKEJ 5H 4M BERSAMA JEJU MUSLIM TRAVEL
Disclaimer : I was not sponsored at all.
What I am about to share sepanjang perkongsian mengenai Jeju adalah my honest review dan opinion dari seorang customer yang pernah menggunakan service dari pihak JMT. Tidak dibayar walau satu sen sekalipun untuk menulis apa-apa oleh pihak JMT. If it is good.. it is good and vice versa. Sepanjang lima hari pertama di Jeju, aku menggunakan service tour guide dari team Jeju Muslim Travel (JMT). Sebelum pilih JMT obviously aku compared JMT dengan other agents yang tawarkan perkhidmatan yang sama di Jeju. Ada few aspects to consider tapi hati dah berkenan teruk dengan JMT (dan apa yang ditawarkan) terus saja deal dengan pihak JMT. Aku percaya ramai yang dah tahu tentang JMT dan ada ramai juga pengunjung Jeju yang menggunakan khidmat touring dari JMT. Kenapa guna tour guide ? Kenapa tak pergi jalan explore sendiri ? Memang boleh nak explore sendiri tak jadi masalah. Public transportation di Jeju bukanlah yang terbaik tapi tidaklah teruk sangat. Reason paling utama kenapa aku gunakan service JMT adalah : Ada dua senior citizens yang ikut sama dalam trip kali ini jadi keselesaan untuk commute dari satu destinasi ke destinasi yang lain adalah menjadi keutamaan. I wanted everyone to enjoy Jeju to the fullest. Alhamdulillah.. aku sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pihak JMT sebaik sampai di Jeju dan sepanjang berada di sana. I would love to recommend JMT sekiranya korang masih tercari-cari tour agent yang sesuai untuk explore Jeju. Thank you Anne - our tour guide dan team JMT, we had so much fun exploring Jeju with you.
Okay !! Mari kita mulakan cerita masam manis di Jeju.
15 January 2018 [Isnin]
TRIP JEJU ISLAND | SOUTH KOREA : HELLO JEJU + WIYO POCKET WIFI + PAKEJ MUSIM SEJUK 5H 4M JEJU MUSLIM TRAVEL + CHAMPION HOTEL. Seawal 1:00AM kami gerak ke KLIA2 dari Bangi. Penerbangan ke Jeju adalah pada pukul. 5.15AM. First time panggil teksi sebab tak ada orang pagi buta nak hantar kami ke airport. Aku booked teksi diSINI. Service bagus layanan baik cuma lambat sikit cari rumah tak jumpa tapi itu semua boleh dimaafkan. Elok inform nak gerak setengah jam lebih awal dari waktu sepatutnya. Orang tak ramai sangat that morning tapi KLIA2 tetap meriah. Pergi pick-up WIYO Pocket Wifi dulu untuk dibawa ke Jeju kemudian baru contact Kak Sal. Dah lama Kak Sal sampai tunggu kami. Selesai urusan check-in around pukul 3.00AM kami pergi makan dulu. Lapar pula tengah pagi buta padahal dah makan malam. Hahaha I always feel hungry what to do !! Kemudian terus masuk ke Departure Hall. Tahu sajalah perjalanan nak ke gate dah berapa minit eloklah masuk awal. Tak ada pula buggy service diawal pagi kalau tak nak tahan bagi MamiZ dan MNgah naik. Slowly menapak akhirnya sampai juga. Ambil wuduk siap-siap boleh solat dalam kapal terbang. Boleh tanya pramugari arah kiblat atau guna saja Google Kiblah Finder. Aku tak mahu explain pasal solat dalam kapal terbang takut salah sampaikan lain jadinya. Jadi korang buatlah pembacaan dan research sendiri ya..
Ahli-ahli jemaah trip ke Jeju.
Meninggalkan Malaysia ketika Subuh hari.
Melintasi ruang udara Jeju dan jelas Hallasan yang diselaputi salji dari atas.
Annyeonghaseyo (안녕하세요) Jeju !!
Selamat mendarat.
Alhamdulillah setelah enam jam berada di dalam kapal terbang akhirnya kami selamat tiba di Jeju International Airport. Langit cerah terang benderang menyambut kedatangan kami. Menurut Anne, Jeju baru selesai dilandai ribut salji. Banyak penerbangan batal dan perjalanan pun jadi sukar. Seronok bila snow falls tapi kalau terlalu extreme jadi bahaya. Cuaca di Jeju katanya tak dapat dijangka lebih-lebih lagi ketika musim sejuk. Langit cerah boleh tiba-tiba bertukar mendung dan hujan lebat. Sekejap okay sekejap tak okay. Aku pun ada baca beberapa orang yang kongsikan pengalaman berdepan cuaca tak menentu di Jeju sehingga mengganggu segala perancangan. Tapi iyaaalah soal cuaca bukan kawalan kita jadi doa sajalah semuanya baik-baik saja. Sampai saja di Jeju terus aku on WIYO dan connect internet. Kali kedua menggunakan WIYO. Dulu first time ke Korea pun guna WIYO juga. Puas hati dengan service yang diberikan jadi why not kita repeat lagi. Terus contact Anne - our tour guide. Lambat pula luggage nak keluar tabahlah Anne tunggu kami. On the way nak keluar ada pula seekor anjing polis datang menghidu luggage. Sekejap saja anjing sniff sniff dan berlalu pergi. Kami tak bawa apa-apa makanan lain selain instant noodles. Random okay anjing tu ikut suka hati dia nak pergi mana jadi alert. Our first destination adalah terus ke tempat penginapan yang telah disediakan oleh pihak JMT - Hotel Champion. Tepi jalan saja senang nak cari. Pihak JMT akan bagi details perjalanan semua melalui email jadi bolehlah kita buat rujukan tempat-tempat yang akan dituju.
Muka seronok dah sampai Jeju.
Setengah jam tunggu baru satu bag yang keluar.
Parking area Jeju International Airport.
Bahagian luar arrival gates.
Ahli-ahli jemaah terpaksa berhimpit. Luggage masing-masing gabak tabahlah.
Tandas Hotel Champion Jeju. Besar boleh mandi sambil golek-golek.
Bilik aku dan Kak Sal. MamiZ MNgah dan KHusna duduk bilik sebelah.
Dalam perjalanan ke Hotel Champion ada lalu deretan kedai-kedai teringat pula pada trip pertama ke Korea dulu. Sama saja structure bangunan dimana-mana ceruk sekalipun. Memang plan nak kembali ke Korea dan jadi ceritanya sampai ke Jeju. Masuk bilik kami puas hati selesa sangat ruang luas juga dan toilet paling impressive. Tak tahulah berapa cost satu malam semua dah inclusive dalam bayaran package. Shower laju kawasan bersih luas memang tip top. Walaupun suhu dah sejuk tapi rasa juga nak mandi. Perjalanan jauh dari KL buat rasa tak selesa. Kami solat dan refresh kemudian terus gerak. Anne dah tunggu siap sedia nak bawa kami meronda. Excited sangat nak pergi main snow. Walaupun baru balik Hokkaido dah puas main snow disana masih lagi rasa teruja. I can never have enough snow experience in life. Bawa MamiZ pula this time tengok dan pegang snow lagilah rasa tak sabar nak main snow. Jomlah kita..
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com