TEMPAT MAKAN SEDAP DI PULAU PINANG : RESTORAN IKAN BAKAR DIN KEPALA BATAS
PILIHAN IKAN BAKAR SEDAP DI RESTORAN IKAN BAKAR DIN KEPALA BATAS PULAU PINANG. Kalau dah sampai ke Pulau Pinang, selain Nasi Kandar mestilah wajib cuba hidangan ikan bakar yang sedap. Tak tahu nak pilih lokasi mana yang menyediakan hidangan ikan bakar yang sedap ? Mari sini aku nak kongsikan salah satu kedai pilihan yang menjadi favourite kami sekeluarga di Restoran Ikan Bakar Din Kepala Batas. Selalunya orang yang bercuti ke Penang akan tertumpu pada kawasan pulau where we have to cross the bridge untuk enjoy all the delicious delicacies. Tapi di kawasan mainland (seberang) juga tak kurang hebatnya. Ada banyak juga pilihan-pilihan makanan yang sedap. Like this one in Kepala Batas, kedai sentiasa penuh dengan pengunjung. Manalah tahu korang one day terlajak ke kawasan Kepala Batas bolehlah singgah.
LOKASI RESTORAN DIN IKAN BAKAR KEPALA BATAS
Tepi jalan saja senang nak jumpa. Nampak kedai asap kepul-kepul dah betullah tu. Hanya lebih kurang 10 minit memandu dari Exit Tol Bertam menghala ke Butterworth mesti akan lalu Restoran Ikan Bakar Din.
Waktu yang paling sesuai untuk pergi makan di Restoran Ikan Bakar Din adalah lebih kurang pukul 11:30AM keatas dan kedai dibuka pukul 11:00AM sehingga 04:00PM. Waktu untuk makan tengah hari dan orang akan mula ramai menjelang pukul 1:00PM. Pergilah awal supaya pilihan makanan masih banyak dan tak perlu nak berebut. Restoran Ikan Bakar Din beroperasi setiap hari kecuali hari Khamis dan Jumaat. Jadi rancanglah perjalanan korang baik-baik.
HARGA DAN PILIHAN MAKANAN DI RESTORAN IKAN BAKAR DIN KEPALA BATAS
Bagi aku range harga adalah standard dimana-mana kedai yang menyediakan hidangan ikan bakar. Ada ikan yang kita sendiri sedia maklum memang mahal jadi mahal jugalah harganya. Ada yang murah semua ikut selera masing-masing. Selain daripada hidangan makanan laut, ayam dan daging yang dipanggang, Restoran Ikan Bakar Din juga menyediakan lauk pauk hidangan makan tengah hari untuk dipilih. Ada pelbagai pilihan lauk kampung, ulam-ulam dan pelbagai jenis sambal. Sup tulang sup daging dan sayur-sayuran. Perfect untuk satu hidangan lengkap makan tengah hari. Di Restoran Ikan Bakar Din juga terkenal dengan Jus Amra Asam Ko jadi korang kena cuba. Tengah hari panas terik minum air amra sangatlah menyegarkan.
Pilihan peribadi aku adalah : Ikan Terubuk Bakar, Ikan Pari Bakar, Daging Bakar, Rimau Menangis, Udang Bakar, Ayam Madu Bakar dan Sup Daging.
Semua kolestrol tinggi !! What to do !!
Ikan Terubuk Bakar dan Rimau Menangis.
Boleh tengok sendiri ikan-ikan dan makanan-makanan lain dibakar.
Tunggu giliran nak kena panggang.
Pilihan lauk pauk selera kampung.
Ada kari telur ikan.
Sup daging dah tinggal sikit.
Hidangan untuk dua orang. Ikan Pari Bakar, Sup Daging dan Daging Bakar.
Sup Daging.
Okay okay dah boleh telan air liur tuuu. Yang tengah menaip ni pun rasa terseksa jadi faham benar perasaan yang korang rasa sekarang. Aku sendiri tak pernah jemu makan kat Restoran Ikan Bakar Din hihihi.. Kalau diajak memang tak akan menolak. Dari Nibong Tebal tak ada hal sangat nak pergi ke Kepala Batas just to enjoy lunch disini. Lagipun, Restoran Ikan Bakar Din sangat dekat dengan rumah Tok jadi selalunya kami singgah makan sekali harung ziarah Tok. Jadi jangan risau kalau korang pening nak decide nak makan dimana kalau terlajak ke Kepala Batas. On the way ke Kedah dan Perlis juga boleh singgah. Salah satu lokasi tempat makan menarik di Pulau Pinang yang boleh korang masukkan dalam list. Setiap ceruk Pulau Pinang menawarkan hidangan makanan yang sedap. Tak akan rugi punya. Happy eating !!
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com