Sekarang tengah musim panas di beberapa negara. Summer means cherries and yass !! Sebagai peminat buah cherries aku tak lepaskan peluang untuk beli dan makan. Usually in June-August buah cherries yang masuk ke Malaysia adalah dari Turkey atau USA. Nanti bulan December-February baru masuk dari Australia. Harga memang mahal aku tak mahu kongsi korang pergilah check out sendiri. Teringin nak makan punya pasal pejam mata saja bayar. Lagipun bukan beli daily hari-hari makan cherries.. Sesekali bila sampai musimnya. Rasa cherries asli fresh macam ni tak sama langsung dengan cherries dalam tin atau yang digunakan untuk decorate cakes. Tak sama langsung rasanya. Yang fresh lebih rangup manis dan sedap. Kalau boleh pilih yang keras merah terang berbanding yang dah masak ranum. Yang ranum sedap juga manis dan juicy tapi yang sedikit muda sangatlah nikmat bila dimakan. Cuba sekali mesti nak lagi. Mana nak beli ? Selalu aku beli di Jaya Grocer Cold Storage atau MBG Fruit tapi kadang-kadang di Tesco pun ada juga dijual. Seperti yang didalam gambar, aku jumpa di Jaya Grocer KLIA2 Gateaway products of Turkey. Cubalah rasa kalau ada kesempatan untuk beli sebab memang aku jamin korang pun akan fall in love dengan buah cherries macam aku. Baru korang mengerti perasaan aku yang suka gila buah cherries.
Inikah yang dinamakan cinta ? Yes inilah cinta.
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com