Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017 DAY 2.2 - KAD KITACA + DARI NEW CHITOSE AIRPORT KE SAPPORO + AIRBNB DI NAKANOSHIMA STATION + DAISO SUSUKINO

$
0
0

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017

Entri sebelumnya diSINI.
5 December 2017 (Selasa)

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI : KAD KITACA, DARI NEW CHITOSE AIRPORT KE SAPPORO, CHECK IN AIRBNB DI NAKANOSHIMA STATION DAN DAISO SUSUKINO. Lega dapat makan dan solat dah boleh bertenang. Almost pukul 02:30PM eloklah kita atur langkah ke Sapporo dan seterusnya check-in. Tak sabar nak check-in nak golek-golek. Kami ke B1F di Domestic Terminal untuk menaiki train JR Airport Rapid ke Sapporo Station. Tapi sebelum nak gerak kemana-mana kena settle dulu urusan transportation card yang akan digunakan. Agak pening sebenarnya nak study mengenai jenis-jenis transportation card yang ada sebab terlalu banyak. Ada card yang boleh digunakan di seluruh Jepun ada yang hanya di sesetengah tempat dan ada yang hanya boleh guna untuk jenis pengangkutan yang tertentu. Jenis-jenis transportation card atau smart card yang boleh digunakan di Hokkaido adalah SAPICA, KITACA, SUICA, PASMO, TOICA, ICOCA, HAYAKAKEN, NIMOCA dan SUGOCA. Rujuk SINI. Banyak kan.. Dan setiap satu card memainkan peranan yang berbeza jadi kena ambil tahu fungsi setiap card dan pilih yang mana satu paling sesuai dengan itinerary yang telah dirancang. Belum cerita lagi tentang senarai Pass yang ada di Hokkaido. Makin bertambah pening. Penting sangat untuk kita ada mana-mana jenis smart card sebab senang nak bergerak sana sini naik public transportation.

HOKKAIDO RAIL PASS / SMART CARD / TRANSPORTATION CARD / KAD YANG BOLEH DIGUNAKAN DI HOKKAIDO : SAPICA & KITACA

 SAPICA
Hanya boleh digunakan untuk menaiki subway lines (Namboku Line/Tozai Line/Toho Line), buses dan streetcar di Sapporo sahaja. Kad SAPICA berharga 2000Y (RM74.80 approx) dengan 500Y digunakan sebagai deposit dan akan dipulangkan ketika terminate penggunaan card. Jadi ada 1500Y jumlah tambang di dalam setiap kad. Boleh tambah nilai dimana-mana saja stesen sekitar Sapporo. SAPICA lebih menguntungkan buat penduduk tempatan sebab setiap kali tap on dan tap off ada point yang dikumpul dan discount akan diberikan. Kalau korang hanya berada di sekitar Sapporo dan akan menggunakan tiga lines subway utama Sapporo, this card is the best choice.
 KITACA
KITACA adalah smart card oleh syarikat JR Hokkaido yang boleh digunakan untuk menaiki kesemua JR Train di laluan JR diseluruh Hokkaido. Menariknya, KITACA covers semua area SAPICA cuma tiada point dan discount yang akan diberikan. Harga juga sama : 2000Y (RM74.80 approx) dengan 500Y digunakan sebagai deposit dan akan dipulangkan ketika kita terminate penggunaan card. Jadi ada 1500Y jumlah tambang di dalam setiap kad.
 SUICA
Card yang juga digunakan untuk pengangkutan JR Line dan lebih menarik, card ini boleh digunakan secara meluas. Berbaloi untuk pengguna yang akan pergi ke banyak tempat di Jepun. SUICA boleh digunakan untuk menggantikan KITACA, PASMO, MANACA, TOICA, ICOCA, HAYAKAKEN, NIMOCA, SUGOGA. SUICA juga boleh digunakan ketika shopping sebagai ganti wang tunai. Rujuk SINI untuk laluan-laluan utama JR Line yang boleh menggunakan SUICA. Card ini juga mengenakan deposit sebanyak 500Y dan ada tambang khas untuk dewasa dan kanak-kanak.

KITACA Card.

Nak kongsikan semua benefit dan senarai semua jenis Smart Card yang ada di Jepun memang tak akan habis, terlalu banyak tapi slowly korang buatlah bacaan dan research kemudian decide mana yang paling sesuai dengan gaya perjalanan korang. Rujuk SINI untuk senarai Smart Card atau IC Cards yang boleh digunakan di Jepun. Kami berdua bersepakat untuk guna KITACA saja memandangkan KITACA boleh digunakan untuk menaiki train JR Line dan juga boleh access semua subway dan bus di sekitar Sapporo. Kami ada rancangan untuk keluar dari Sapporo jadi eloklah pakai KITACA. JR Hokkaido sebenarnya masih dalam process untuk memanjangkan laluan di sekitar Hokkaido. Jadi buat sesiapa yang baru nak pergi Hokkaido, rajin-rajin jenguk website JR Hokkaido di SINI to keep updated dengan perkembangan terbaru laluan JR Hokkaido. JR Hokkaido offers pelbagai jenis passes yang kita boleh pilih untuk memudahkan perjalanan disana. Since kami tak berminat untuk beli mana-mana pass, tak adalah study lebih-lebih. Baca gitu-gitu saja. Korang boleh rujuk SINI untuk bacaan lanjut. Berbaloi untuk sesiapa yang nak stay lama di Hokkaido dan keluar dari Sapporo. Selain itu, ada juga One Day Pass Sapporo, Donichika Ticket, Dosanco Pass dan beberapa lagi pilihan. Memang pening tapi as you go by preparing your itinerary, you will get used to it. Untuk kami berdua, tak perlu Hokkaido Rail Pass atau apa-apa pass lain. Memadai dengan hanya KITACA card.

Harga KITACA adalah 2000Y (500Y adalah deposit) jadi hanya 1500Y (RM56.10 approx) saja nilai yang ada didalam card. Tak cukup pun untuk bayar tambang JR Airport Rapid jadi kami top up another 2000Y menjadikan jumlah nilai di dalam card adalah 3500Y. Card dah beli siap top up apa lagi.. Jom kita gerak ke Sapporo.

DARI NEW CHITOSE AIRPORT KE SAPPORO STATION

Ada beberapa options untuk ke Sapporo Station dari New Chitose Airport. Selain Airport Limousine, rujuk SINI, option paling mudah adalah JR Line Airport Rapid dari New Chitose Airport Station terus ke JR Sapporo Station. Setiap 15 minit akan ada sebuah train jadi tak adalah lama menunggu. Dah ada KITACA tak perlu beli tiket hanya tap on tap off saja setiap kali masuk dan keluar station. Mengikut Google Maps, harga sehala JR Airport Rapid dari JR New Chitose Station ke JR Sapporo Station berharga 1590Y (RM59.50 approx) tapi bila tap off di JR Sapporo Station, hanya 1070Y (RM40.10 approx) saja yang dipotong. Ini sudaaah baik hihihi.. Perjalanan untuk ke JR Sapporo Station mengambil masa kira-kira satu jam. Sempat kalau nak tidur tapi keluar dari kawasan New Chitose Airport memang dah terpukau dengan permandangan diluar tingkap. Cantiknya permandangan putih kiri dan kanan landasan. Senyum seorang diri bermonolog sambil merenung salji-salji putih.. Sampai di satu station, kami berselisih dengan satu lagi train di arah bertentangan. Penuh berdebu train dan senyuman aku makin lebar. That's it !! Maksudnya di depan sana tengah snowing itulah sebabnya train itu berdebu. Ya Allah.. Tak tahu kenapa rasa jantung berdegup kencang sangat aaand I was right. Makin kami menghampiri Sapporo, makin lebat kelihatan snowflakes yang turun. It was a dream come true !! Tak tahulah kenapa emotional sangat.. Dalam train juga meleleh airmata.


 Snowflakes di train station.

 Semakin menghampiri JR Sapporo Station.

Sampai di JR Sapporo Station, kena tukar pula laluan ke Namboku Line ke Nakanoshima Station. Tak susah jangan panic ikut saja signage untuk menukar laluan. Sapporo Station sangat besar dan orang sangat ramai jadi tabahlah mengusung luggage. Jangan berani sangat berjalan di tengah laluan kalau tak memang kena rempuh. Tak ada pun yang nak kesian dengan kita jadi pilih jalan selamat, usunglah luggage di tepi. Orang-orang disana tak sempat nak hiraukan kita diorang sendiri sibuk buat hal diorang saja dan semua sangat laju berjalan tak tahulah nak kejar apa. Bila nak turun tangga, abaikan kalau ada yang berdengus tak puas hati. Buat tak tahu saja suka hati dia nak buat apa. Bukan buta sampai tak nampak orang tengah usung luggage. Yang mana ada otak akan terus mengelak daripada berjalan belakang pelancong-pelancong yang usung luggage. Hanya lima stops saja dari Sapporo Station ke Nakanoshima Station. Antara pilihan lokasi lodging yang popular adalah di Sapporo, Odori, dan Susukino. Memang meriah dan lively tapi kami memang pilih lodging yang sedikit jauh dari bandar tapi senang access dengan train. Rumah di Nakanoshima bukanlah option yang termurah tapi kami suka dengan lokasinya. Tak mahu bersesak-sesak dengan orang ramai atau bunyi kenderaan yang bising. Airbnb berdekatan dengan Nakanoshima Station milik Adachi adalah lokasi pilihan terbaik dan sangat tenang. Keluar dari Exit 3, terkedu melihat keadaan sekeliling. It was snowing dan agak lebat. Menyaksikan sendiri snowflakes yang turun sepatutnya hati seronok tapi sayu pula rasa. Lama juga kami berdiri di hadapan pintu Exit 3 ralit menghayati snowflakes yang halus cantik turun dari langit. Subhanallah..

Hanya dua minit saja untuk sampai ke rumah Adachi. Dua blocks dari Exit 3 Nakanoshima Station. Sangat dekat cuma perjalanan sedikit slow sebab jalan licin dan kena usung luggage. Pengalaman pertama berjalan di atas salji yang tebal. Hati-hati jangan sampai tersungkur. Joget-joget atas jalan nak melintas. Macam penguin pun iyaaa juga. Kalau terlambat sikit pun jangan risau, kereta akan tunggu tak adanya diorang marah. Ada dua convenience stores berdekatan jadi nak beli apa-apa sangat senang. Disapa mesra oleh seorang makcik yang keluar ke Exit 3 tapi entahlah apa dia cakap tak dapat tangkap sangat. Kami angguk dan senyum saja.. Terubat sikit hati bila jumpa orang-orang yang baik hati. Tak adalah nak marah saja kerjanya. Jomlah kita masuk rumah.. Tak sabar nak golek-golek dan berehat. 

 Betul-betul dihadapan pintu Exit 3.






Sangat senang process untuk check-in. Semua arahan telah diberikan dengan jelas jadi ikut saja. Dah check-in terus update Adachi tentang keadaan rumah seperti yang diminta. Disebabkan berjalan terlalu banyak, rasa panas pula bila dah masuk rumah. Dengan sombongnya tak mahu hidupkan heater konon mampu bertahan. Tak sampai lima belas minit mula menggagau macam mana nak on heater sebab dah menggigil kesejukan. Siap duduk bersila depan heater panaskan badan sambil layan permandangan luar tingkap. Manual telah disediakan oleh Adachi jadi ikut saja arahan. Rumah Adachi sama seperti yang dikongsikan di website Airbnb. Takut juga sebab ada baca pengalaman orang lain yang dapat rumah hanya indah khabar dari rupa. Adachi's house sangat value for money dengan lokasi yang dekat dengan subway station. Kawasan neighbourhood sangat tenang. Great for two and just nice for three. Disediakan extra tilam juga. Katil yang selesa dengan comforter yang gebu aaargh bestnya. Ada stove, microwave dan washing machine. Detergent dan segala toiletries juga disediakan cuma toilet agak kecil. RujukSINI. Hari hampir gelap walaupun baru pukul 05:00PM. Leka panaskan badan dan mula rasa malas nak keluar meneruskan misi pertama di Sapporo. Ikut perancangan awal, kami nak ke Mount Moiwa Observatory Deck naik cable car dan enjoy night view disana tapi dengan keadaan angin yang sedikit kencang dan snowfall yang masih belum berhenti, kami batalkan niat untuk kesana. Takut bila dah sampai cable car tak beroperasi pula. Tengoklah keadaan macam mana kalau boleh adjust itinerary untuk ke Mount Moiwa. Dah tak jadi ke Mount Moiwa tak mungkin nak duduk dirumah saja.. Haruslah keluar juga walaupun badan masih demam. Rugi.. Rugi kalau dilayan sangat. Kami decided untuk ke Susukino dan hanya berjalan-jalan sekitar kawasan Susukino dan meneruskan misi untuk ke Daiso yang katanya terbesar di Sapporo. Dari Nakanoshima Station kami ke Susukino Station, kawasan yang paling lively penuh dengan manusia dan segala macam aktiviti membeli-belah boleh dilakukan. Hanya jalan cuci mata survey sikit dan terus ke Daiso. Hanya lima minit berjalan kaki dari Susukino Station.



Memang besar sungguh Daiso yang terletak di Susukino. Ada lima tingkat dan setiap tingkat ada bahagian yang tersendiri. Lama kami berada di Daiso nak habiskan tawaf kesemua tingkat. Obviously Daiso di Jepun sama saja dengan Daiso di Malaysia tapi lebih banyak pilihan dan harga serendah 100Y (RM3.74 approx). Ada juga barangan yang mahal sehingga 500Y (RM18.70 approx) tengok gaya dan quality juga. Di Daiso juga ada quite a selection of souvenirs yang boleh dibeli untuk keluarga dan kawan-kawan. Make sure pilih yang nampak rare dan ada unsur-unsur culture Jepun yang obvious. Borong coasters Mount Fuji untuk sepupu dan beberapa housewares yang menarik. Both of us tak beli chopsticks at all walaupun ada banyak design yang menarik. Disini aku banyak beli toys untuk my nieces dan nephews sebab murah dan menarik. Barangan-barangan Disney juga banyak tapi bersesuaian jugalah dengan harga 100Y.  Keluar dari Daiso, snowfall makin tebal dan tak ada tanda untuk berhenti. Berpuas hati dengan hasil tangkapan, kami decided untuk pulang ke rumah dan berehat. We had a long journey dua hari berturut-turut eloklah pulang dan charge energy untuk menempuh hari-hari seterusnya di Jepun. Sempat beli sebiji apple dan strawberries. Yuums.. Goodnight semua.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 579