TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017
Alhamdulillah syukur tirai akhir tahun 2017 disambut baik dengan satu trip diluar jangkaan ke Jepun bersama Ain. Dipersetujui hanya dari bersembang-sembang kosong bertanya khabar menerusi Whatsapp. It was back in September, seminggu sebelum Matta Fair di PWTC. We were discussing mana destinasi yang teringin kami terjah. Sangat random bila masing-masing teringin untuk ke Jepun dan setuju untuk ke Hokkaido. Misi bermain salji katanya.. Kecewa sangat penerbangan Air Asia X ke Hokkaido tiada sale langsung untuk semua penerbangan in December dan kami hampir give up. Well, we should have bought the tickets earlier dan rancang perjalanan dengan lebih teliti but it happened just like that nak buat macam mana. Lama beratur di kaunter Air Asia tapi sedih harga tiket memang mahal. Direct flight return dari Kuala Lumpur terus ke New Chitose pada tarikh yang kami setuju berharga RM2+++ belum campur segala macam add-ons dan expenses. Pulang dari Matta Fair dengan kekecewaan tapi semangat masih tinggi. Pusing punya pusing nak sangat pergi sampai kerah otak berfikir utara selatan kiri kanan akhirnya aku jumpa solution. We ended up beli tickets return ke Kansai since itulah option yang paling murah dan tickets penerbangan domestic Peach Aviation ke Hokkaido. Hanya Hokkaido dihati ketika itu mesti juga usaha sampai jadi. Harga tickets yang kami dapat tak murah bila difikirkan kembali tapi cheaper dari harga direct flight ke Hokkaido atau dari arah lain pelusuk Jepun. Sedikit jauh detour dan memenatkan tapi manisnya tetap ada. It was like killing two birds with one stone. We got Hokkaido covered as well as Kansai. Selesai pembelian tickets, urusan lodging dan susunan itinerary.
Jadi kali ini, aku nak kongsikan dengan kawan-kawan semua yang sudi luangkan masa baca cerita perjalanan aku dan Ain selama sepuluh hari ke Hokkaido dan Kansai. Dah nak masuk dua bulan balik kena rajinkan diri menaip nanti lupa pula. Insyallah aku akan kongsikan tempat-tempat menarik di Hokkaido dan Kansai yang sempat kami terjah, menu makanan-makanan halal yang kami cuba, pengalaman pahit manis baik buruk dan macam-macam lagi. Yang baik boleh ambil buat rujukan semoga membantu, yang krik krik sila abaikan.
4 December 2017 (Isnin)
TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI : NEGARA JEPUN (REGION + PREFECTURE), KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT DAN TIDUR PERCUMA DI AEROPLAZA. Sebelum kita sembang lebih jauh, salah satu perkara yang memeningkan kepala aku tentang negara Jepun adalah kekeliruan istilah 'Prefectures' yang digunakan. Tiba-tiba jumpa perkataan 'Regions' pula. Jadi mulalah berkerut kepala bila banyak kali berdepan perkataan 'Prefectures' dan 'Regions' dengan nama tempat yang lain-lain bunyinya. Faham maksud 'Prefectures' dan 'Regions' tapi pening dengan nama tempat. Selama ini tahu Jepun ada Tokyo, Osaka, Gunung Fuji, Sushi dan Anime saja. Benda apa pula 'Regions' dan 'Prefectures' haaaih !! Korang yang dah super pandai otai-otai jangan ketawakan aku. Tak baik woo.. Jadi mari sini aku nak cerita sikit istilah 'Regions' dan 'Prefectures' yang digunakan secara meluas di Jepun. Tak memeningkan pun bila dah tahu. Kelakar pula rasa sebab macam tak patut jadi punca nak stress. Aku yakin masih ada ramai yang tak tahu especially yang first time nak jejak kaki ke Jepun dan masih blur mencari arah. Newbie macam aku tapi tak apa.. Korang tak keseorangan. Kalau ada info yang aku kongsikan adalah salah, sila tegur di ruangan komen nanti aku betulkan.
NEGARA JEPUN : 'REGIONS' DAN 'PREFECTURES'![]()
Credit : LINK
Jepun memang sebuah negara yang besar. Tak tahulah kalau nak cover betul-betul satu negara mengambil masa berapa lama. Mempunyai lebih 6000 buah pulau dan 4 pulau utama : Hokkaido, Honshu, Shikoku dan Kyushu. Merujuk kepada peta diatas, Jepun hanya terbahagi kepada 8 'Regions' saja dan bandar Tokyo sebagai ibu negara : Hokkaido, Tohoku, Kanto, Chubu, Kansai, Chugoku, Shikoku dan Kyushu. Di dalam setiap 'Region' ada senarai 'Prefectures' yang tersendiri menjadikan kesemua jumlah 'Prefectures' yang ada di Jepun adalah sebanyak 47 'Prefectures'. Boleh rujuk peta dan senarai yang dikongsikan. Jadi lepas ni dah tahu.. Kalau nak pergi Tokyo boleh sembang 'I want to go to Tokyo Prefecture which is situated in Kanto Region'. Gituuu caranya mudah saja sia-sia pening kepala. In my case, aku akan ke Osaka Prefecture yang terletak di dalam kawasan Kansai Region terlebih dahulu sebelum terbang ke Hokkaido Prefecture di Hokkaido Region. Jangan tanya aku kenapa both 'Region' and 'Prefecture' nama sama. I read it somewhere tapi tak ingat kenapa. Terima sajalah seadanya. Jadi Hokkaido adalah pulau kedua terbesar di Jepun dan terletak di kedudukan paling utara dan berdekatan dengan negara Rusia. Boleh agaklah kenapa Hokkaido menerima taburan salji paling banyak berbanding kawasan lain di Jepun. Ada banyak bandar-bandar di Hokkaido (tengok peta betapa besarnya kepulauan Hokkaido), antara yang terkenal adalah Sapporo (capital), Bibai, Chitose, Furano, Hakodate dan Otaru. Masa yang kami ada tak mampu untuk cover semua pelusuk. Terlalu besar..
Penerbangan petang 02:30PM local time Flight D7 532 selama hampir tujuh jam ke Kansai International Airport alhamdulillah smooth dan tak delayed. Kami pergi KLIA2 seawal boleh sebab tak mahu kalut. Memang tenang berjalan ke depature gate tak terkejar-kejar seperti selalu. Safely landed in Kansai at 09:40PM local time. Time difference between Kuala Lumpur dan Osaka hanya satu jam. Urusan kastam semua lancar walaupun tengok muka pegawai-pegawai bertugas masing-masing macam nak telan orang. Isi siap segala jenis forms dan information yang diperlukan dalam 'Arrival Form' semasa dalam flight tak perlulah kalut dan terkial-kial nak isi masa beratur di imigresen. Provide sekali alamat lengkap dan nombor telefon kediaman sepanjang berada di Jepun. Dalam situasi kami, aku provide nombor telefon host Airbnb. Selesai urusan tak bercakap langsung pun pegawai yang uruskan passport aku. Dah ambil luggage kena tahan pula suruh buka luggage. Ikutkan saja apa juga arahan tak perlu takut. Procedures normal. Pegawai check sikit saja tengok ada bekalan makanan yang dibawa dari Malaysia dan tanya mengenai ubat-ubatan yang kami bawa. Itu saja.. Luckily Ain ada bawa ubat extra because I had a terrible flu a day before depart bawa ke hari berangkat bonus sekali running nose high fever sengal urat sendi semualah. Memang dah dapat bayang keadaan yang tak selesa selagi tak sembuh. What a great combination and package. Pergi tetap pergi Hokkaido dah lama menanti. Tergedik-gedik dah tak sabar. Kesian Ain kena mengadap travel partner yang demam panas dan tercungap-cungap cari ruang nak bernafas.
KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT : MAKANAN HALAL, PRAYER ROOM DAN TIDUR PERCUMA DI AEROPLAZA
Kami sampai di Kansai dah lewat malam, probability untuk restaurant masih beroperasi memang tipis. Itulah sebabnya makan kenyang-kenyang dalam flight. There are three restaurants yang serve halal food di Kansai International Airport : Soujibou, The Udon dan Oraga-Soba. Boleh rujuk di website Halal Media Japan SINI. Keluar dari arrival gate terus naik ke tingkat tiga dan suasana sangat sunyi sepi. Seorang dua saja manusia yang ada. Kedai-kedai makan memang dah tutup. Memang dah dijangkakan jadi tak apa. Kami berpusing-pusing sebab mencari Prayer Room. Tersalah kiri dan kanan hujung bangunan akhirnya terjumpa restaurant Soujibou. Jelas tanda halal dipaparkan. Nantilah next time cuba makanan disitu. Ada tiga Prayer Rooms di Kansai International Airport. Satu terletak di Tingkat 3 (3F) Terminal 1 bersebelahan dengan Korean Air Lounge dan dua lagi International Departure North Wing dan South Wing. Kalau keliru, keluar dari arrival hall mengadap pintu keluar utama, kedudukan Prayer Room adalah di sebelah kanan. Hujung dan tersorok sikit. Lega bila dah jumpa Prayer Room. Tak ada orang langsung seram pun iya juga tapi nikmatnya dapat golek-golek regangkan urat. Prayer Room yang luas dan selesa. Banyak telekung disediakan untuk pengguna. Ingatkan nak bermalas-malasan di dalam Prayer Room lebih lama tapi ada notice pula tak dibenarkan untuk melepak. Tengah solat dengar suara orang bersembang diluar, rupanya ada tiga orang kakak dari Malaysia baru jumpa Prayer Room. Bersembang serba sedikit sambil diorang solat dan sama-sama kami menapak ke Aeroplaza untuk rehatkan badan.
Restaurant Soujibou.
Dalam Waiting Area memang ada orang yang baring dan tidur berehat. Extra charge akan dikenakan kalau nak sewa selimut. Boleh sewa di kaunter berdekatan pintu masuk. Kami tak sewa pun. Luckily aku ada Tuala Travel dari Kaki Travel SINI yang just nice sesuai untuk digunakan sebagai selimut. Multifunction dan sangat practical. Learn to do it like locals. Perhatikan dan ikut cara orang tempatan jadi kami cari port mana yang sesuai untuk berehat. Campur lelaki perempuan jadi pandai-pandailah cari ruang. Taklah selesa sangat tapi syukurlah dapat baring daripada tak boleh baring langsung. Dengan suhu badan yang masih panas tapi sejuk menggigil, aku paksa diri untuk tidur lepas minum vitamin dan telan ubat. Semoga bila bangun demam dah sikit kebah. It was already 01:00AM mata memang layu penat lenguh semua ada. Could not breathe properly hidung tersumbat bernafas guna mulut. Seksa sangat rasa tak larat tapi kena kuatkan semangat. Tak boleh dilayan sakit nanti lambat sembuh. Online sekejap main phone update keluarga serba sedikit layan Netflix sedar dah tertidur. Rehat secukupnya kerana perjalanan masih panjang menuju destinasi. Sambung lagi nanti ya.. Good night everyone.
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com