MENU ROTI BAKAR KACANG PHOOL / POOL YANG PERTAMA DI PULAU PINANG
Menambah satu lagi pilihan tempat makan yang menyajikan pilihan makanan yang sedap di Pulau Pinang di dalam carta, memperkenalkan Nazzeraa's Roti Bakar Kacang Phool Penang yang terletak di kawasan Tanjung Tokong berdekatan dengan Batu Ferringhi, Georgetown dan Gurney Drive. Hidangan kacang phool bukanlah asalnya makanan masyarakat tempatan di Pulau Pinang. Semua tahu dan sedia maklum hidangan kacang phool sangat famous di negeri Johor especially di Larkin. Jauhnyaaa nak sampai Larkin bagi aku dan penduduk-penduduk di kawasan utara semata-mata untuk merasa hidangan kacang phool. Sekarang korang dah tak perlu risau sebab kita semua boleh menikmati hidangan kacang phool tanpa perlu pergi jauh hingga ke Larkin. Dah ada hidangan kacang phool di Pulau Pinang !! Aku tak pernah sampai Larkin dan tak pernah rasa macam mana sedapnya hidangan kacang phool di Larkin jadi tak dapat nak buat perbandingan. Tapi yang pastinya, di Nazzeraa's Roti Bakar Kacang Phool, hidangan kacang phool yang disajikan adalah sedap dan menyelerakan. Sebelum menu kacang phool famous, aku tak tahu pun apa itu kacang phool memang tak pernah dengar. Bila viral nak cuba alahai jauhnya jadi bertangguh-tangguh untuk rasa. Sejak tahu adanya hidangan menu roti bakar dan kacang phool di Penang, terus ajak MamiZ pergi cuba. Dah dua kali kami pergi dan berpuas hati.
LOKASI NAZZERAA'S ROTI BAKAR KACANG PHOOL TANJUNG TOKONG PULAU PINANG
Kedudukan Nazzeraa's Roti Bakar Kacang Phool yang strategik berada di tengah-tengah kawasan tumpuan pelancong membuatkan lokasi mudah untuk sampai. Hanya key in nama lokasi di perisian GPS memang akan sampai. Kawasan tempat letak kenderaan juga luas. Kali pertama pergi dengan MamiZ, hanya ada beberapa saja hidangan utama. Perniagaan baru mula. My second visit recently adalah bersama beberapa orang geng Blogger Utara. Terus setuju bila Arz Moha ajak melepak sambil makan kacang phool. Setelah tiga tahun berniaga alhamdulillah bisnes semakin maju dan rancak dengan pengunjung. Hidangan-hidangan juga banyak yang baru tak sabar kami nak cuba.
MENU DI NAZZEERAA'S ROTI BAKAR KACANG PHOOL TANJUNG TOKONG PULAU PINANG
Dah sampai kedai kacang phool wajiblah kita order set kacang phool. Semangkuk penuh kacang phool boleh dipilih dengan empat jenis hidangan roti yang berbeza. Ikutlah selera tekak masing-masing. Jangan pandang rendah tau sebab nampak saja sikit tapi mengeyangkan. Penuh perut rasanya nak habiskan satu set hidangan. Boleh juga cuba hidangan sampingan yang ada seperti Roti Jala, Roti Telur Goyang dan macam-macam lagi. Memang seronok tengok pilihan makanan dah bertambah. Mesti makin mendapat sambutan. Paling menarik perhatian aku adalah Caramelized Banana yang sangat awesome. Sedapnyaaa rasa wajib order !!
Menu pilihan : Set Roti Bakar Biasa & Kacang Phool,
Caramelized Banana dan air Lemon Lychee.
Hidangan yang santai tak berat sangat sedap dimakan dengan ahli keluarga atau kawan-kawan tapi cukup mengenyangkan. Kami pergi berempat dapat order pelbagai hidangan merasa seorang sedikit. Tapi Caramelized Banana aku tibai seorang tamak tak mahu kongsi. It is just too good.. Sempat sembang dengan owner, alhamdulillah rezeki semakin murah. Lebih mengagumkan bila ramai juga bangsa-bangsa lain turut sama datang dan menikmati hidangan kacang phool disini. Menarik sebab itu tandanya hidangan kacang phool semakin diterima oleh bangsa-bangsa lain. Jadi buat korang yang merancang perjalanan ke Pulau Pinang, especially kawasan pulau jangan lupa masukkan Nazzeraa's Roti Bakar Kacang Phool dalam senarai Jalan-Jalan Cari Makan. Tak rugi cuba.. Happy eating !!
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com