Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

CIP KELAPA BAKAR / ROASTED COCONUT CHIPS RANGUP DAN SEDAP DARI THAILAND

$
0
0

CIP KELAPA BAKAR / ROASTED COCONUT CHIPS RANGUP DAN SEDAP DARI THAILAND. Bila pergi jalan memang pening fikir souvenirs apa yang perlu dibeli dan sesuai especially untuk ahli-ahli keluarga ataupun kawan-kawan. Selain daripada buah mangga kering sedap juicy dan terbaik yang aku ceritakan dalam postINI, korang boleh juga beli cip buah kelapa atau roasted coconut chips sebagai souvenirs untuk ahli-ahli keluarga dan kawan-kawan sekiranya melancong ke Thailand. Terima kasih sepupu sebab belikan beberapa snacks sedap dari Thailand untuk kami rasa. Membuak-buak pula keinginan nak pergi Thailand. Selain dari air kelapa dan ais krim kelapa yang sememangnya kita semua tahu memang sedap dan menyegarkan, ini pula ada kerepek yang diperbuat daripada isi kelapa. Dipanggang elok rangup dan sedap sangat. Tanpa sedar makan dah separuh peket. Memang crunchy walaupun potongan agak tebal tak cukup satu bungkus tolong beli banyak-banyak dan bawa pulang takut nanti berebut-rebut. Budak-budak sukalah agaknya sebab rasa lemak manis semua cukup. Macam rasa biskut kelapa tradisional yang dijual di Malaysia pun ada. Kalau korang jenis yang suka beli makanan as souvenirs macam aku, ini adalah antara contoh makanan yang sesuai untuk dibawa pulang. Packaging pun cantik orang tak akan merungut dan selesai bab souvenirs tak perlu pening fikir nak beli apa. Fridge magnets, keychains dan tshirt memang wajib tapi apa salahnya buat sedikit kelainan beli makanan juga. Bila aku nak sampai Thailand memang tak tahu tapi for those yang bakal ke Thailand jangan lupa consider cip kelapa atau roasted coconut chips sebagai pilihan souvenirs. Doa yang baik-baik saja. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

Trending Articles


Girasoles para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)