Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 7.0 - BAGGAGE STORAGE CENTRAL STATION + SYDNEY FISH MARKET + DARLING HARBOUR + CIRCULAR QUAY

$
0
0

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA

Entri sebelumnya diSINI.
23 March 2017 [Khamis]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | BAGGAGE STORAGE SYDNEY CENTRAL STATION + SEAFOOD GALORE DI SYDNEY FISH MARKET + DARLING HARBOUR KE CIRCULAR QUAY. Haaari terakhir di Sydney. Memang setiap kali nak balik hati menjerit-jerit tidaaak mahu pulang. Cuaca mendung dari pagi sayup sama syahdu dengan hati kami. Flight balik pada waktu malam jadi kami masih punya waktu nak meronda lagi. Kena check out by 10:00AM tapi pukul 08:30AM dah siap. Di Central Station ada service Baggage Storage untuk tolong kita simpan luggage buat sementara waktu atau up to seminggu. Ada beberapa location sekitar Sydney and the nearest one senang untuk kami bertiga adalah di Grand Concourse Central Station Sydney bersebelahan saja dengan station Lightrail Hay Street. Harga pula mengikut size luggage (small medium or large) semestinya dan mengikut jam (4/8/24 jam). Aku ada satu luggage besar dan satu hand carry. For sure kami kena simpan lebih dari 8 jam terpaksa ambil untuk 24 jam. Total aku kena 29AUD (RM110.00 approx). Untuk rujukan lanjut sila rujukSINI - Baggage Storage Australia. Lepas dah selesai semua urusan tagging bag dan bayaran kami teruskan dengan aktiviti-aktiviti yang sudah dirancang sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada Sydney. Ada lagi beberapa tempat-tempat menarik sekitar Sydney yang bakal kami terjah. First of all kami sangat lapar haruslah pergi makan. Amy dah janji nak jumpa kawan dia di Sydney Fish Market jadi lets go !!

SEAFOOD GALORE / HIDANGAN MAKANAN LAUT DI SYDNEY FISH MARKET

When you are in Sydney, a visit to Sydney Fish Market should not be missed. Wajib menjadi antara tempat untuk diterjah. Dari Central Station kami naik Lightrail Central Station terus ke Fish Market Station. Boleh juga turun di Wentworth Park Station lebih dekat tapi kami nak lalu bangunan depan entrance area Sydney Fish Market jadi turun di Fish Market Station. Kalau turun di Wentworth Park Station masuk ikut pintu belakang. Weekdays pun orang ramai penuh dengan pelancong tapi tak sesak. Just nice nak cari tempat duduk makan dan lepak. Dalam Sydney Fish Market ada banyak kedai yang menjual makanan berasaskan hidangan laut. Rambang mata nak pilih semua nampak sedap dan teringin nak cuba. Sediakan duit saja sebab harganya tak adalah murah. Peminat sushi dan sashimi mesti cuba fresh sliced sashimi dari pelbagai jenis ikan. Aku tak minat sangat tapi tengok gebu-gebu ikannya telan air liur juga. Kami pakat order apa yang kami teringin dan kongsi bersama. Dah nak balik habiskan saja duit yang berbaki. Beli lunch set sesuai untuk empat orang makan. Aku dan Nurul beli 1/4 daripada seekor lobster. Kalau beli seekor besar memang menangis wallet. Dari pergi Semporna aku teringin nak makan dan rasa lobster rupanya dapat rasa di Sydney. 

Permandangan hadapan Sydney Fish Market.




Udang-udang yang comel.


Berpuas hati dengan hasil tangkapan.

Makan tepi perairan Blackwattle dan Anzac Bridge Sydney.





Atas lobster ada mashed potato dan cheese. Yuuums =D

NAIK FERI DARI DARLING HARBOUR KE CIRCULAR QUAY

Cannot remember berapa habis untuk merasa makanan-makanan diatas. Mahal yes tapi tak terlalu mahal sampai rasa terseksa nak bayar. Plus kami kongsi jadi it was okay. Just nice. Kami makan memang sampai licin tinggal kotak. Berharga sungguh setiap seketul ikan or seafood yang dibeli. Langit masih mendung tak ada tanda nak cerah. Susah hati juga sebenarnya fobia lencun berlari-larian hari sebelumnya. Dah kenyang dah senang hati dah dapat apa yang dihajati marilah kita gerak ke next destination. Kami nak terus ke Manly sekejap tengok ada apa disana. Dari kawasan Darling Harbour tak boleh terus ke Manly naik feri, kena transit dulu di Circular Quay. Inilah peluang nak naik medium pengangkutan feri yang terkenal di Sydney. Selain bas dan metro, Sydneysiders suka menggunakan feri untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sejak hari first sampai kami tak pernah naik feri lagi jadi inilah masanya untuk merasa naik feri di Sydney. Dari Sydney Fish Market kami gerak ke Lightrail Wentworth Park Station dan turun di Lightrail Pyrmont Bay Station. Berdekatan dengan Lightrail Pyrmont Bay Station ada Pyrmont Bay Ferry Terminal. Disitulah kita akan naik feri ke Circular Quay. Ada banyak options sebenarnya dari Darling Harbour nak ke Circular Quay tapi kami memilih untuk menaiki feri.



Muka masing-masing sunburn teruk.


Feri untuk ke Circular Quay dah sampai.

Bye Darling Harbour.



Luna Park Sydney.

Sydney Harbour Bridge.


Menghampiri Circular Quay.

Seronok naik feri di Sydney patutlah ada yang ulang banyak kali. Duduk open deck sedap rasa angin cuaca mendung sejuk tak terik. Feri tak laju sangat dan tak merangkak lembab. Puas hati lagi-lagi bila dapat lalu bawah Sydney Harbour Bridge. Sebiji-sebiji besi jambatan jelas nampak. Dari Darling Harbour ada beberapa point yang feri akan berhenti before sampai di Circular Quay. Di Circular Quay ada banyak wharf jadi kita kena pastikan betul-betul wharf mana yang patut kita pergi untuk ke destinasi yang dituju. Kami perlu tunggu di Wharf 3 untuk ke Manly. Ada lima belas minit lagi jadi bolehlah beli ice-cream Gelato yang sedap berhadapan wharf untuk hilangkan dahaga. Sedapnya rasa  patutlah menjadi kegilaan sangat Gelato di Australia. Yang jual pula seorang pelajar dari Malaysia yang kerja part time di kedai Gelato jadi dah jumpa orang kampung habis semua flavours dia kasi rasa sambil bersembang. Enjoy dulu ice-cream feri datang baru gerak masuk Wharf 3 dan sedia untuk gerak ke Manly yang mengambil masa kira-kira setengah jam untuk sampai.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.