AISKRIM GODIVA RM25 PEEERGH !!
MAKAN AISKRIM GODIVA BERNILAI RM25 BUAT PERTAMA KALINYA DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS. Bulan lepas pergi Genting Highlands Premium Outlets tapi itu kita cerita nanti. Fuh !! RM25 melayang hanya untuk aiskrim mahal brand Godiva memang tak boleh selalu. Sekali sekala pun seram sejuk rasanya tapi nak cuba jadi pejamkan mata. Pernah juga rasa chocolates from Godiva orang bagi. Belum tergerak hati nak beli sendiri tapi dah alang-alang ada boutique Godiva di Genting Highlands Premium Outlets jadi marilah kita cuba. Seriously tak tahu harga untuk aiskrim seperti didalam gambar berharga RM25. Beratur order dan bayar sambil buat muka yakin ada duit ditangan. Ingat nak beli dua untuk my niece dan nephew tapi hancur lebur impian murni Mekti nak belanja anak-anak buah. Mekti terkedu di kaunter bayaran tapi tetap kena cool jaga air muka. Bayar tetap bayar. Hahaha.. I love good food jadi untuk spend duit beli makanan rasanya setakat ini tak pernah berkira. Aku percaya semua food lovers out there ada perangai yang sama. Cuma we don't eat makanan-makanan mewah fine dining cosy restaurants hari-hari. Once in a while okaylah just to reward diri sendiri. Hari-hari balik rumah buka tudung saji cari telur goreng dengan kicap manis juga. Rasa wise obviously sedap aiskrim Godiva ni. Harga mahal kalau tak sedap memang minta kena petir. I chose vanilla and chocolate sebab nak rasa dua-dua flavors. Honestly I love the chocolate flavor more. The vanilla ada rasa a bit off but still good to enjoy. Boleh consider next time untuk cuba lagi. Menabung dari sekarang.
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com