Entri sebelumnya diSINI.
19 March 2017 [Ahad]
JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | MEMBURU KANGAROO DAN KOALA DI FEATHERDALE WILDLIFE PARK. Sampai ke Australia wajib kena cari kangaroo dan koala yang sememangnya ada di negara ini saja. Especially untuk Nurul dan Amy yang pertama kali sampai. Aku okay saja untuk pergi jumpa makhluk-makhluk comel ni lagi. Jadi sepakat kami bersama untuk ke Featherdale Wildlife Park yang terletak di Doonside, New South Wales. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dari Central Sydney menaiki train dan bus. Dari The Quadrangle kami ambil bus balik ke Central Station dan terus naik train ke Blacktown Station. Pastikan balance dalam kad Opal masih ada untuk tak menyukarkan perjalanan. Sampai di Blacktown boleh terus tunggu di Stand F pula untuk naik bus terus ke entrance Featherdale Wildlife Park. Nombor buses yang boleh kita naik adalah : 726 dan 729. Mungkin ada juga nombor buses yang lain tapi Google Maps senaraikan dua nombor ini saja. Senang saja nak tahu bus yang menuju Featherdale Wildlife Park sebab ramai orang akan berkumpul di Stand F. Tengok ramai budak-budak tu betul dah jangan risau. Perjalanan dari Stand F Blacktown Station ke Featherdale Wildlife Park mengambil masa kira-kira sepuluh minit. Waktu menunggu bus boleh jadi sekejap boleh jadi lama. Ikut application ada banyak buses bernombor 726 dan 729 yang akan sampai tapi tak ada pun. Dalam setengah jam juga kami menunggu baru bus sampai. Tak apa adalah tu sebabnya. Dah jom kita ke the Featherdale Wildlife Park.
Central Station Sydney - Blacktown Station Doonside.
Harga tiket / entrance fee ke Featherdale Wildlife Park.
Jaga-jaga.. Ada yang memerhati tu..
Tiket masuk dan peta kawasan.
Bekalan makanan untuk umpan kangaroo. Dua bekas untuk 5AUD (RM16.90 approx). Sebekas pun dah mencukupi tapi kalau ramai belilah dua.
Pengunjung agak ramai tapi smooth saja. Tak adalah sampai bersesak-sesak. Siap beli tiket dan makanan teruslah masuk. Disambut burung-burung comel di dalam sangkar. Kesian tau tak ada orang pun tengok burung-burung tu semua. Jadi kamilah pergi layan agah-agah sikit. Burung-burung di Australia mana sama dengan burung-burung di Malaysia. Pergilah jenguk sekejap. Ada kura-kura dan beberapa lagi sangkar binatang-binatang comel. Kami sampai lebih kurang pukul 12.30PM jadi dah terlepas beberapa shows yang best di Featherdale Wildlife Park. Yang ada seterusnya pun adalah show Echidnas (muncung macam cencorot badan berduri macam landak) dan beberapa show lain yang tak berapa menarik. Jadi kita bersiar-siar sajalah. Hari baru reda dari hujan manja. Lantai agak licin berlumut jadi jaga-jaga. Watch your steps. Banyak juga wallaby dibiarkan bebas. Manja saja datang selepas disogok dengan makanan. Suasana di Featherdale Wildlife Park lebih kurang sama dengan Cohunu Kuala Park di Western Australia tapi semak sikit. Macam tak terurus sangat. Mungkin nak mengekalkan ambiance hutan agaknya.
Jadual persembahan di Featherdale Wildlife Park.
Burung kookaburra yang hanya ada di Australia dan New Guinea.
Wombat yang sangat gemuk. Asyik tawaf sekeliling kandang.
BERGAMBAR BERSAMA KOALA DI FEATHERDALE WILDLIFE PARK
Di Featherdale Wildlife Park boleh bergambar dengan koala sambil usap sikit-sikit badan dia. Tak boleh lebih sangat nanti kena marah. Kalau nak peluk sakan koala kena pergi Cohunu Koala Park dapat dukung dan peluk. Boleh rujuk SINI. Di Melbourne pula tak dibenarkan pegang langsung. Lain negeri di Australia lain ragam. Off course ada additional cost bukan free tapi pengalaman yang dapat itulah paling mahal sebenarnya. Gambar diambil menggunakan camera yang disediakan dan wajib beli gambar yang dicuci. Nak size apa kita boleh pilih. Amy dengan Nurul saja yang bayar aku tumpang menempek saja. Kena tambah lagi 20AUD (RM67.60 approx). Boleh juga guna camera kita pekerja akan tolong ambilkan. Cuma masa nak bermanja bermesra dengan koala tak ada. Hanya boleh dekat usap sikit-sikit masa bergambar. Jadilah buat pengalaman.
Koala Kindy - tempat untuk koala joeys.
Tidur saja kerjanya. Senang sungguh hidup..
Packages yang disediakan untuk bergambar dengan koala.
Kita beriya senyum dia selamba sedap tidur. Huurm..
Penguins di Australia setakat yang aku jumpa semua kecil.
TERKILAN TAK BOLEH MASUK KE KANDANG KANGAROO
Sedih dan terkilan. Selalunya kangaroo dibiarkan bebas dan kita boleh bermain dengan kangaroo. Maybe sebab hari hujan lebat sebelum kami sampai, rumput di kandang kangaroo habis basah dan berlumpur. Mungkin tak mahu kasut pengunjung kotor teruk atau mengeruhkan lagi keadaan kandang. Kangaroo pula sedang sedap tidur dipenjuru kandang. Terpinga-pinga pengunjung sebab tak dibenarkan masuk. Boleh tengok dari jauh saja. Aduhai.. Nak buat macam mana redha sajalah makanan yang dibeli pun masih banyak. Siap berkongsi dengan pengunjung lain sebab tak terhabis kami guna. Kangaroo di Featherdale Wildlife Park agak besar. Paling besar setakat yang aku pernah jumpa. Tapi sayangnya sedang sedap tidur melayan perasaan. Tak tahu nak bagi advice dan tips macam mana sebab tak pasti jadinya mengenai kangaroo di Featherdale Wildlife Park. Sayang sangat sebab tak tercapai hasrat Amy dan Nurul. Itu tandanya kena visit Australia lagi. Hihihi..
Wallaby banyak dibiarkan bebas. Adik beradik kangaroo pun jadilah.
Datang seekor kangaroo pengubat kekecewaan.
Memujuk hati yang sedih kecewa kami usap sungguh-sungguh kepala seekor kangaroo yang datang dekat dengan kami. Dapat jugalah pengunjung lain pegang sekali. Kenyang dapat bolot makanan. Jomlah kita gerak ke destinasi yang lain. Mengejar masa takut tempat yang dituju tutup pula. Maklumlah semua tempat kat Australia tutup awal. Singgah dulu souvenirs shop pusing-pusing cuti mata sambil sambar beli fridge magnet seketul berharga 8AUD (RM27.04 approx). Okaylah design cantik kemas dan nampak exclusive. Buat kenang-kenangan tanda kunjungan. Insyallah ada rezeki tertulis dapatlah pegang dan bergambar dengan kangaroo lagi.
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com