Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 2.2 - MADAME TUSSAUDS SYDNEY

$
0
0
Entri sebelumnya diSINI.
18 March 2017 [Sabtu]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | MADAME TUSSAUDS SYDNEY. Niat utama ke Darling Harbour adalah untuk ke Madame Tussauds - museum wax terkenal. Madame Tussauds yang utama dan terbesar terletak di London menempatkan patung-patung lilin orang-orang ternama dunia, artis dan orang-orang yang layaklah senang cerita. Nak jumpa in real life entah bila jumpa patung pun jadilah. Dibina juga di bandar-bandar terkenal seluruh dunia dan salah satunya ada di Sydney. Before ke Sydney aku dah tanya kawan-kawan nak masuk atau tak dan alhamdulillah cadangan disambut baik. Memang cita-cita aku nak pergi semua Madame Tussauds museum yang ada. Kalau ada yang tak nak memang tak masuk itinerary sebab tak mahu masuk seorang diri.

TIKET COMBO LIMA TEMPAT MENARIK DI SYDNEY - MADAME TUSSAUDS, SYDNEY TOWER EYE, MANLY SEA LIFE SANCTUARY, WILD LIFE SYDNEY ZOO DAN SYDNEY SEA LIFE AQUARIUM

Asalnya nak beli ticket combo tapi tak jadi sebab malas nak pergi tempat-tempat tarikan yang lain. Baca review Manly Sea Life Sanctuary amatlah bosan jadi membazir sangat kalau beli. Tak jumpa jalan masuk pula ke Sydney Tower Eye lagilah membazir. Jimat memang jimat kalau beli ticket combo sebab harga jadi murah sangat plus dapat cover lima tempat menarik. Hanya bayar 75AUD (RM253.50 approx). Kalau berminat boleh tempah tiket di SINI. Tapi kami tak ada masa nak terjah semua tempat kalau beli tiket combo. Itinerary kami ke tempat lain lagi penting dan berharga. Jadi kata sepakat dicapai untuk terus beli tiket dikaunter yang berharga 42AUD (RM141.96 approx). Masa beratur memang line panjang ingatkan ramai sangat orangnya. Rupanya yang beratur nak masuk zoo. Kami punya entrance lengang. Terus menonong masuk.



Omaigaaad !! Huge Jackman. Tengok patung pun dah rasa handsome kemain.



Lorong pembaziran. Hahaha.. Lorong souvenirs ditempatkan. Pandai sungguh tengah-tengah museum buat corner macam ni. Terus mata bling bling. Harga pun bling bling..

With Marilyn Monroe.

One with forever beautiful Audrey Hepburn.

Australia's icon - Steve Irwin.

Kelas Physics bersama atuk Albert Einstein.

Tay Tay hihihi.. I'm sorry. The old Taylor can't come to the phone right now..

The King of Pop - Michael Jackson.







Nelson Rolihlahla Mandela - Salah seorang Presiden South Africa.

Mahatma Gandhi - senyum manis saja atuk ni.




Seronok masuk dengan Amy dan Nurul. Masing-masing photogenic sebab tu banyak kongsi gambar diorang. Aku kaku sikit memang satu dua saja gambar yang jadi. Paling excited nampak patung Justin Bieber. Uuuish sampai tiga patung dia. Satu tak pakai baju. Ada patung Barrack Obama tapi tak boleh bergambar pakai camera sendiri. Kena ambil dengan camera khas dan nanti claim dan beli gambar masa nak exit kalau berkenan. Dijadikan cerita, aku dan Nurul berkenan nak beli. Aku memang suka souvenirs bentuk gambar macam tu. Melayang another 39AUD (RM131.82 approx). Habis banyak juga dalam Madame Tussauds haaaih !! Beli another tote bag dan keychain. Fridge magnet dah ada jadi tak perlu beli. Penyesalan memang terasa setiap kali lepas bayar. Masa ambil macam-macam tak teringat pula. Menangis tak berlagu jangan berdrama sangat. Okaylah mari hilangkan lelah sekejap sambil enjoy matahari yang baru menjelma. Dah ready marilah kita pergi makan.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 579