Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 1.1 - PADDY'S MARKET + PILIHAN MAKANAN HALAL DI CHINESE NOODLE BAR

$
0
0
Entri sebelumnya diSINI.
17 March 2017 [Jumaat]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | SHOPPING SOUVENIRS DI PADDY'S MARKETS + PILIHAN MAKANAN HALAL DI CHINESE NOODLE BAR. Selesai solat dan bersiap segarkan diri dan berehat, kami tinggalkan Chippendale sekitar pukul 15:00PM. Aktiviti pertama di Sydney dimulakan dengan melabur duit shopping souvenirs dengan jayanya di Paddy's Markets. Sampai terus buang duit beli macam-macam. Paddy's Markets hanya beroperasi dari hari Rabu hingga Ahad saja dari pukul 10:00AM hingga 18:00PM. Itulah sebabnya sampai terus serbu Paddy's Market sebab hari Sabtu dan Ahad nak ke tempat lain yang jauh tak nak meronda bandar. Selalu hari-hari last shopping souvenirs tapi apa salahnya kita songsang sekali sekala. Memang dah sepakat untuk shopping souvenirs habis-habisan disini. Hari-hari seterusnya memang tak akan singgah dah. Buat list siap-siap siapa yang bakal menerima souvenirs. Paddy's Markets terletak walking distance dari Central Station. Around sepuluh minit kalau korang nak berjalan. Disebabkan hari masih hujan renyai-renyai manja, kami decided untuk naik Light Rail. Terus ke Pitt St Station Light Rail dan turun di Paddy's Markets Light Rail. Tak sampai lima minit dah sampai betul-betul depan entrance. Jomlah kita shopping ada beberapa jam lagi sebelum market ditutup.


4 helai tshirt (dewasa / kanak-kanak) berharga 20AUD (RM66.80 approx). Tak beli untuk anak-anak buah tak mampu. Beli untuk MamiZ dan diri sendiri.


Kedai ni sangat menarik. Dari jauh nampak pelik rupanya kedai costume. Nak costume apa semua ada dijual lengkap dengan aksesori.


Majoriti peniaga adalah berbangsa Cina. Adalah satu dua kedai yang milik orang Australia. Confuse pula rasanya kat mana kami berada. Tak nampak authenticity berada di Australia bila yang berniaga menjual semua bangsa dari negara lain. Barang-barangan pun ada yang merapu. Rasa tengah berada dalam jualan gudang entah dimana-mana. Paddy's Markets boleh tahan besar juga dibahagikan kepada beberapa sections. Souvenis, buah-buahan sayur-sayuran dan macam-macam lagi. Pilihan souvenirs macam biasa juga dimana-mana ceruk Australia cuma terjual dengan harga yang lebih murah di Paddy's Markets. Bolehlah ronda dulu seround dua bezakan harga tapi kami terus berhenti satu kedai dan borong. Antara souvenirs yang berbaloi dibeli adalah fridge magnets, keychains, coasters dan tuala. Sekarang rasa suka pula beli tuala bawa balik. Banyak designs yang menarik. Tak banyak souvenirs yang aku borong tapi melayang jugalah 50AUD (RM167.00 approx). Beli benda yang mahal sikit untuk insan-insan terpilih. Kalau fridge magnets dan keychain, balance dari trip lepas pun masih banyak berbaki. Beli yang betul-betul dirasakan berbaloi untuk dibawa pulang. Harga souvenirs boleh tahan jugalah. Masih merasakan harga termurah adalah di Queen Victoria Market di Melbourne dan paling mahal adalah di E-Shed Markets di Perth. Kiranya harga souvenirs di Sydney tengah-tengah. Tak murah sangat tak mahal sangat.

Selain dari memborong souvenirs, kami borong benda lain juga. Sambil pusing cuci mata sambil mencari apa lagi yang boleh dibeli. Singgah beli dried apricot sebab murah dan teruja tengok buah-buahan kering yang lain. Tapi jangan tamak. Beli yang kita nak makan saja. Bolehlah beli buat bekalan nak kunyah-kunyah. Kami terus sampai ke kawasan buah-buahan. Dari jauh nampak buah-buahan segar berbaris tersusun cantik. Uuuish lemah rasanya macam ni. Disebabkan kami pergi lewat petang, banyak kedai dalam process mengemas nak tutup. Tak peduli sangat dah dengan customers tapi ada juga yang melelong buah-buahan nak habiskan stock yang ada. Satu bag besar anggur hijau pada asalnya berharga 5AUD (RM16.70 approx) dijual dengan harga 3AUD (RM10.02 approx) memang rugi kalau tak ambil. Pisang, kiwi dan strawberry pun kami rembat sebab semua dapat half price sebab kedai dah nak tutup. Tak fikir apa terus saja beli.

Tergoda tengok buah-buahan kering yang sedap.

Bawang merah yang besar.



Masih ramai pembeli. Mungkin dah tahu waktu begini kalau bernasib baik boleh dapat buah dan sayur dengan harga murah.

Kami beli enam biji saja tak sampai 3AUD (RM10.02 approx) pun.

Hasil tangkapan di Paddy's Markets. Anggur hijau yang manis dalam pinggan hanya 1/4 daripada jumlah sebekas besar yang dibeli. Selebihnya ada dalam fridge.

Ada shopping centre juga di kawasan Paddy's Market.



We went back to Chippendale letak barang and solat before keluar balik for dinner. Tak boleh nak jama' because dah sah-sah kami berada di Sydney lebih dari tiga hari. Kena solat ikut waktu. Tak sabar nak pergi makan. Could not wait to have dinner with my ex-students yang currently in Sydney sambung belajar. Rasa tua sangat bila anak-anak murid dah masuk universiti jauh merantau di negara orang boleh buat reunion lagi. Dinner hari pertama di Sydney kami memilih untuk cuba makanan di Kungfu Ramen Restaurant yang terletak di Thomas Street Haymarket. Area berdekatan dengan Paddy's Markets juga. Idlan and his friends memang ada di kawasan berdekatan so I asked him untuk pergi ke restaurant dulu but kedai tutup katanya (memang dah tak beroperasi). Alamak.. mujur dah senaraikan beberapa lagi kedai makanan halal sekitar kawasan yang sama. Kami dah dalam Light Rail menuju ke Paddy's Markets terpaksa tukar plan serta merta. Terus decide untuk makan malam di Chinese Noodle Bar yang terletak di George Street Haymarket. Jauh sikit kena menapak sebab dah turun di Paddy's Market kena patah balik pula. Cabaran terbesar adalah menapak dalam hujan.

MAKANAN HALAL DI SYDNEY : CHINESE NOODLE BAR GEORGE STREET

Akhirnya sampai setelah separuh lencun. Sekejap hujan lebat sekejap renyai sekejap angin kuat kami pun tak faham. Yang pastinya memang kena standby payung all the time. Bila hujan waktu malam angin sejuk memang menggigil rasanya. Masuk ke Chinese Noodle Bar terus nampak Idlan and his friends. Berkenalan dengan dua lagi kawan Idlan, Akmal dan Azizul. These boys pun baru saja sampai ke Sydney. Tak sampai sebulan lagi rasanya masa kami kesana. Idlan adalah batch pelajar kedua yang aku ajar selepas kelompok students masa practicum. Antara few students yang tak lost contact walaupun dah habis belajar. Idlan told me dia akan fly ke Sydney sambung study and at that time memang kami dah beli tiket. Why not kita melepak seround dua. Itulah jadinya boleh plan untuk dinner sama-sama. Since kami sangat lapar kami order nasi. Dua jenis lauk dan nasi harga kongsi bertiga. Tak bolehlah tak makan nasi perut dah konsert. The boys pula order noodles. Sedap pula nampak tengah hari hujan makan soup. Menarik sebab portion sangat besar dan mengenyangkan dan harga pun boleh buat orang terkedu. Syukur sedap dan kena dengan tekak. Patutnya ambil satu jenis lauk saja tapi tak apalah. Tak boleh expect harga makanan sama macam di Malaysia. Bukan hari-hari dapat pergi Sydney.

Azizul (black shirt)  Akmal (green shirt) and Idlan (grey shirt).

Ayam goreng cili dan tak ingat masakan apa satu lagi. Total damage was 43AUD (RM143.62 approx) di dikongsi bertiga. Pejam mata makan and enjoy.


Sekitar kawasan Central Station ada banyak choices makanan halal. Lokasi yang terbaik kalau nak cari penginapan juga. Location Chinese Noodle Bar sangat dekat dengan Central Station jadi tak perlulah nak naik public transport. Jalan kaki saja untuk balik ke Chippendale cuma hari memang tengah hujan lebat. Dalam kesejukan dan basah lencun redah jugalah. Nak tunggu hujan berhenti tak tahu pukul berapa pula. Ikut plan asal nak menjenguk ke Chinatown Friday Night Market tapi hari hujan teruk kang night market kemana kami kemana. Marilah kita balik saja berehat. The best part, budak-budak ni pun menumpang rumah sewa seniors (sebelum dapat rumah sewa sendiri) di Chippendale. Block depan rumah kami saja jadi laluan kami sehala. Ada extra company teman balik ke Chippendale sampai depan pintu kena escort and we bid goodbye. Tak terhenti disini saja. Ada lagi kemunculan budak-budak ni jangan risau. Nanti aku kongsikan lagi. Tapi sekarang marilah rehat dulu regangkan kaki dan sendi.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 579