Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

MAKAN BUAH DURIAN TERBAIK DARI BALIK PULAU DI DURIAN RUMAH BATU

$
0
0
Setiap kali tiba musim durian tiba memang tak pernah lupa daripada teringat pada Balik Pulau, my home for about dua belas tahun. Sejak pindah ke seberang Pulau Pinang memang tak pernah miss untuk kembali ke Balik Pulau semata-mata nak makan durian. Memang rindu setiap kali musim durian disana, meriah sana sini orang jual durian. One of a kind sedap semacam despite harga yang sedikit mencekik. Tapi benda bagus haruslah comes with a price tapi tak akan pernah mengecewakan. Rugi sangat siapa yang tak suka makan durian. This time aku nak kongsikan tentang pengalaman makan durian di Durian Rumah Batu, antara lokasi terkenal untuk lepak makan durian Balik Pulau yang sedap. Di sekitar Balik Pulau mana-mana ceruk pun ada dijual durian yang sedap tak semestinya hanya di Durian Rumah Batu saja. Bagi aku, semua durian di Balik Pulau adalah awesome. Kalau inginkan privacy dan pengalaman makan durian di dalam dusun, memang Durian Rumah Batu adalah antara pilihan yang terbaik.

LOKASI DURIAN RUMAH BATU BALIK PULAU


Kedudukan agak tersorok dan terperuk dalam dusun durian tapi senang saja nak pergi. Boleh terus refer GPS untuk sampai ke kawasan Durian Rumah Batu. Jangan rasa ragu-ragu macam tersesat memang akan masuk hutan sikit. Don't worry signage banyak beri panduan. Boleh access dengan kereta dan jalan pun berturap cantik. Ada sungai juga kalau berminat nak mandi-manda.

Durian Rumah Batu
127, Mukim 2, Sungai Pinang,
11010 Balik Pulau, Pulau Pinang

Contact
012-538 5128

SILA BUAT TEMPAHAN SEBELUM KE DURIAN RUMAH BATU

Sekurang-kurangnya sehari sebelum silalah telefon dulu dan buat tempahan. Usually aku hanya beritahu budget dan jenis buah durian yang nak dimakan. Senang cerita nanti tauke pergi cari dan simpankan buah durian untuk kita. Sediakan duit saja. Setakat ni tak pernah lagi melampau-lampau benar harganya dan terlebih budget. Tak boleh pergi selalu sesekali nak merasa jadilah.

Permandangan di sekitar kawasan Durian Rumah Batu.

Tauke yang mesra pelanggan.



Memang puas hati dan sedap sehingga menjilat jari. Dari awal aku dah pesan nak durian yang isinya pahit jadi memang pahit betul kami dapat. Jangan lupa untuk tempah air buah pala sekali. Sedap diminum selepas makan buah durian. Segar rasanya kelat dan manis. Habuan makan durian tak ingat dunia, minum air masak kena banyak juga. Kalau tak mulalah nak panas badan dan sakit tekak. Benda baik dan berbaloi kena kongsikan dengan semua supaya orang lain pun dapat rasa nikmat dunia yang sama. Durian di kawasan lain pun sedap juga. Asal durian, kalau hulur aku tak tolak. Kalau berkesempatan ke Balik Pulau, apa salahnya singgah seketika di Durian Rumah Batu. Makan durian puas-puas sementara buah tengah banyak. Jangan tunggu lama-lama nanti melepas.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

Trending Articles


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Papa Jack Tagalog Love Quotes and Advice for you


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!