Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

TRAVEL TIPS | DIY TRAVEL FUND MONEY BOX

$
0
0
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Siapa suka menabung ? Sila angkat tangan anda.

Aku tak suka. Sebab perit dan seksa. Tapi aku suka bila dapat tengok duit hasil daripada usaha gigih aku menabung. Siapa tak suka tengok duit ? Tipu sungguh haih..

Contohnya, aku nak Iphone tapi DediS dan MamiZ tak nak belikan. Jadi aku menabung setahun setengah sampai satu model iphone dah keluar pun aku masih tak mampu beli. Gigih menabung dan akhirnya aku berjaya memiliki juga seketul Iphone dengan usaha gigih aku menabung. 

Manis terasa waktu usung duit ke kaunter. Itulah perumpaan yang aku nak kongsikan. 

Pahit tapi manis. 

Faham dak ni ?

Hari ni aku nak kongsikan salah satu rahsia aku menabung untuk travel. Ini sebagai aktiviti suka-suka saja tau. Cara aku menabung secara serious aku tak nak kongsikan. Sendu dan tak konsisten. 

Sebab tu tahun lepas aku tak travel mana-mana. Tak tau nak korek duit celah mana. Hihihi..

Mari aku perkenalkan uols semua dengan 'Travel Fund' yang aku cipta sejak awal tahun 2015 lagi.


Taaaaaraaa.. 

Haaa nak gelak la tu !! Haaaip.. Ni hasil seni aku bertungkus lumus tau dak.. 

Jangan nak mengutuk sangat. 

Kenapa aku buat fund ni ? 

Sebab utama adalah aku nak menabung. Aku nak travel. Jadi one day aku sapu sampah kat rumah aku jumpa banyak duit syiling. Bila aku kumpul semua adalah dalam RM5.00 something. Amboi mentang-mentanglah duit syiling habis semua buat tak tahu saja. Jadi terus datang idea untuk cipta this travel fund. Senang aku nak masukkan duit syiling yang aku jumpa.

Nak buat travel fund ni silalah ikut selera masing-masing. Ada yang lebih extra creative boleh cipta travel fund yang lagi comel dan kemas daripada travel fund aku. 

Disebabkan aku seorang yang pemalas, aku just ambil any kotak yang dah sedia comel dan tampal stickers kasi meriah. Dah siap. Then tebuk. Jangan lupa gam kotak ni. Kalau tak gam, tangan tu asyik nak ambil saja duit yang ada dalam tabung. 

No no no..

TAPI !!

Jangan pi sumbat duit note besar-besar dalam travel fund ni. Tak tahulah prinsip uols semua macam mana tapi aku tak suka. Aku sumbat duit syiling dan duit kecil-kecil saja. Macam RM1, RM2 or RM5. Kalau RM50 pi simpan kat bank lah. Lepas tu, sila letak travel fund anda di tempat yang strategik. Kasi hari-hari boleh nampak. Bila kita selalu tengok travel fund kita ni, kita jadi tak lupa daratan. Ingat yang kita kena menabung. 

Letak kat tempat yang parents kita pun boleh nampak. 

Hope they will somehow sumbat duit dalam tabung kita. Hahaha.. Gurau saja.

Monthly aku akan simpan duit kat bank tak kiralah banyak or sikit janji masuk bank. Bank pula mestilah yang tak ada link dengan internet banking sebab kalau ada nanti kerja nak shopping online saja. Pantang scroll Instagram tengok orang jual itu ini nak membeli.

Kita ni perempuan bukan boleh jangka. Kalau tau dalam bank ada duit laju saja nak click sana click sini. Betul dak ? Bahaya.

Sepuluh sen ke.. Dua puluh sen ke.. Tak usah berkira. Jumpa terus masuk tabung. Hihihi..

Jadi itu saja perkongsian tentang travel fund aku yang tak seberapa. Disebabkan aku tak ada sumber pendapatan yang tetap, jadi tak adalah amount yang fix untuk aku simpan each month. Apa yang ada saja untuk disimpan. 

Ada yang nak tolong menyumbang ? Aku nak kasi account bank. Hahahaha..

Macam mana uols menabung ? Any other tips yang berguna boleh share bersama ?

Ada yang simpan dalam tabung buluh or tabung ayam ?

Mari kongsikan sikit cerita masing-masing dengan aku. Hihihi..

'little little is okay.. tomorrow tomorrow becomes hill'


Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


INUMAN QUOTES


Sapos para colorear


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)