Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 4.2 - HELLO SEOUL + ASAM PEDAS MYEONGDONG

$
0
0

Entri sebelumnya di SINI.
18 Januari 2016

JALAN-JALAN TRAVELOGUE KOREA MUSIM SEJUK | JALAN-JALAN SEOUL - HELLO SEOUL DAN ASAM PEDAS HALAL MYEONGDONG. Misi di Sokcho nampaknya sampai disini saja. Banyak lagi tempat-tempat menarik di Sokcho yang belum diterjah tapi apakan daya. Insyallah kalau ada rezeki untuk kembali, bolehlah kita sambung meneroka lagi. Bila dah balik ke Malaysia ada juga buat research sikit mana lagi tempat-tempat menarik selain Mount Seorak dan Abai Village. Ada tertarik dengan satu dua tempat. Next time. Pulang ke The House Hostel untuk solat dan ambil barang-barang. Owner sangat memahami memang bagus bila kami diberi kebenaran untuk menggunakan bilik laundry untuk solat. Kemas dan bersih. Toilet pun ada jadi senang serba serbi. Bersama-sama dengan kawan-kawan baru dari Indonesia, marilah kita bergerak ke Seoul. Sama waktu berlepas ke Seoul. Tiket bas sudah dibeli sehari awal untuk mengelakkan perkara-perkara tak diingini berlaku. Nanti di Seoul kami akan terus ke Itaewon dan kawan-kawan baru akan ke Myeongdong. Menarik cerita sebuah perjalanan. Pengalaman dan kenangan.

Bangunan The House Hostel yang comel.

Interior di lobby yang menyambut kedatangan tetamu ke The House Hostel.




PERJALANAN KE SEOUL MENAIKI BAS

Kami sampai sepuluh minit awal di Sokcho Bus Terminal tapi bas dah sedia menanti tunggu masa tepat bergerak. Dekat saja dengan The House Hostel itu yang masing-masing melenggang. Penumpang dah mula memenuhi tempat duduk masing-masing. Jangan duduk suka hati saja sebab dah tersedia nombor kerusi. Sila jadi orang bertamadun jangan buat malu kaum. Perjalanan ke Seoul dari Sokcho mengambil masa kira-kira dua jam setengah saja. Permandangan sangat menarik sepanjang journey ke Dong Seoul (동서을) Bus Terminal tapi tak terlarat untuk ambil gambar. Mata dah layu berat sangat. Sejuk pula sedap tidur. Masa untuk recharge energy sementara di dalam bas. Selamat tinggal Sokcho. Semoga ada jodoh untuk kita bertemu lagi. Sampai di Dong Seoul Bus Terminal hari dah gelap walaupun baru pukul 6.00PM. Turun dari bas terus rasa kejung kulit muka nak bernafas pun pedih hidung. Lagi sejuk suhunya berbanding Busan dan Sokcho. Usung bag masing-masing menonong jalan mencari tempat nak berlindung. Tak bertegur pun memang laju masuk bangunan. Tak sempat nak explore pandang kiri kanan. Tak bersuara masing-masing terkejut menahan sejuk.

Dong Seoul Bus Terminal adalah hub pengangkutan utama untuk perjalanan intercity. Kalau nak ke kawasan bandar-bandar outskirt dari Seoul, majoriti akan naik bas dari Dong Seoul Bus Terminal. Bertentang dengan bangunan Dong Seoul Bus Terminal adalah bangunan metro Gangbyeon Station. Jadi kami terus lintas jalan masuk ke bangunan metro. Ingatkan dapatlah menumpang teduh tapi hampa. Pintu automatic asyik terbuka orang-orang lalu lalang keluar masuk dan sekali buka angin menderu masuk. Menggigil lagi sampai terpaksa menyorok belakang tiang yang besar. 

ITAEWON INN GUEST HOUSE DAN MAKAN MALAM DI ASAM PEDAS MYEONGDONG (EOMONIJIP)

Dari Gangbyeon Station terus kami ke Itaewon Station. Penginapan untuk hari-hari seterusnya di Seoul adalah di Itaewon Inn Guest House. Aku ada download satu application untuk memudahkan mencari laluan metro di Seoul. Maklumlah berselirat tapi bagus sediakan yang manual juga. Standby sebagai rujukan. Selesai urusan check-in di Itaewon Inn Guest House. Receptionist dari Indonesia jadi tak ada halangan berkomunikasi. Itaewon Inn Guest House tak ada lift langsung yaaa kawan-kawan sekalian. Usunglah beg masing-masing menaiki tangga dengan tabah. Bilik besar. Ada dua katil besar juga diberikan ingatkan katil single. Puas nak golek kiri kanan. Letak barang-barang dan bersihkan diri apa patut. Solat dan seterusnya kami decided untuk ke Myeongdong. Pergh !! Sampai Seoul terus nak serbu Myeongdong dulu.

Niat utama ke Myeongdong malam tu bukanlah terus nak shopping memborong. Tapi kami nak makan dinner sebab perut dah bergendang. Ada beberapa pilihan kedai-kedai makanan yang halal untuk dicuba di Myeongdong. Kami memilih untuk ke Eomonijip (Restoran Asam Pedas) yang terkenal di Myeongdong. Nak cari Eomonijib atau kedai asam pedas Myeongdong senang saja. Keluar dari Myeongdong Station terus jalan straight dan lalu tepi kedai Nature Republic yang besar di belah kiri dan Uniqlo disebelah kanan. Continue straight sampailah nampak kedai Frisbee (ada logo Apple). Masuk ke lorong kecil sebelum kedai Frisbee dan Eomonijib ada di tengah-tengah diantara kedai-kedai makan yang lain. Mula-mula kami tak jumpa juga walaupun dah berlegar dua tiga kali di depan kedai. Banner kedai dah bertukar baru berbanding dengan yang ada dalam rujukan kami. Akhirnya Ahjumma kedai makan yang keluar sapa kami. Dapat agak kami nak pergi makan agaknya. Ceria sungguh dia memang bercakap tak berhenti ramah sangat. Aku tak adalah fluent tapi faham juga dia cakap apa. Sikit-sikit dapatlah bersembang.

Pelbagai pilihan menu-menu halal di Eomonijib Myeongdong. Semua menggoda. Harga saja mencekik.

Side dishes yang diberikan secara percuma. Sumpah seaweed crunchy dan ikan bilis tu sedap yakamat sampai minta tambah.

Inilah dia hidangan asam pedas di Myeongdong. Memang taklah sama macam asam pedas tempat kita tapi sedap rasanya.


Sedap atau tak makanan-makanan di Eomonijib jawapannya adalah sedap. Overall dinner kami that night adalah memuaskan dan berbaloi. Portion yang besar sesuai untuk dua orang dan cukup serba serbi rasa. Aku rasa lulus untuk suggest kedai makan asam pedas di Myeongdong untuk korang cuba sebagai salah satu menu sedap dan halal di Korea. Jangan lupa datang cuba makan disini. Total damage adalah 30000WON (RM114.00 approx) untuk berdua. Mahal tapi pejam matalah. Dah sampai haruslah mencuba apa yang ada. Dah burping kekenyangan marilah kita pulang ke hotel. Merangka perjalanan untuk hari seterusnya.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

Trending Articles


Re:Mutton Pies (lleechef)


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


Tropa Quotes


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.