Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 1.4 - JAGALCHI MARKET

$
0
0
Entri sebelumnya di SINI.
15 Januari 2016

JALAN-JALAN TRAVELOGUE KOREA MUSIM SEJUK | JALAN-JALAN BUSAN - JAGALCHI MARKET. Puas seharian meronda memang layak perut bergendang sakan. Hari masih awal tapi dah hampir senja. Bila sampai tempat orang kalau boleh memang nak merasa makanan disana. Mesti nak cari tempat mana yang sediakan makanan yang best untuk dicuba. Saat yang ditunggu sudah tiba setelah satu hari suntuk bersabar. Kami rancang untuk dinner di Jagalchi Market seperti yang dicadangkan oleh kawan-kawan yang lain. Jagalchi Market adalah antara lokasi tempat makan best di Busan yang perlu masuk dalam list. Nak makan seafood pelbagai pilihan dan murah memang kena pergi Jagalchi Market. Jangan lupa nanti menyesal kalau tak cuba makanan-makanan yang ada di Jagalchi Market. Pergilah jalan-jalan keliling Busan kasi penat pusing-pusing seharian baru berbaloi makan sedap-sedap. Rasa puas hati yang amat dapat duduk bertenang dan ready nak makan. Dari Gukje Market boleh jalan saja terus ke Jagalchi Market. Kalau korang nak naik metro pun boleh. Senang sangat tak jauh pun berjalan. Cuaca sejuk lagi langsung tak terasa penat.


 CARA KE JAGALCHI MARKET BUSAN

1. Jagalchi Station Subway Line 1 - Exit 10 (5-10 minit jalan kaki)
2. Nampo Station Subway Line 2 - Exit 2 (5-10 minit jalan kaki)

Kami sampai sekitar kawasan Jagalchi Market hari dah sayup nak malam. Padahal baru pukul 5.30PM. Inilah antara kekurangan kalau travel musim sejuk. Seronok sebab cuaca yang cool berangin dan tak berpeluh-peluh tapi waktu siang adalah sangat limited. Perlu susun plan seharian dengan teliti. Menyelusuri pasar basah di luar bangunan Jagalchi Market memang menakjubkan. Selalu tengok dalam drama atau rancangan realiti Running Man sekarang tengok sendiri depan mata. Macam-macam jenis seafood ada terjual. Ikan-ikan yang pelik tak tahu nama apa. Makanan laut yang dipotong mentah dijadikan sashimi dan raw seaweed. Banyak sangat makanan-makanan laut yang pelik yang tak jumpa di Malaysia. Yangnyeon Gejang 양념게장 atau marinated crabs bersama sos gochujang pun ada dijual. Tengok sajalah nak cuba tak berani. Meriah sangat kiri kanan Ahjumma Ahjusshi menjual terpekik panggil customers. Banyak juga gerai-gerai makanan yang menawarkan hidangan King Crab. Korea memang terkenal dengan King Crab. Ada yang menyeru memanggil suruh masuk kedai. Memang teringin nak cuba dah berangan dari Malaysia. Semua sebab tengok Jihyo makan kemain sedap gayanya. Insyallah next time kalau ada rezeki kesana lagi.

Tentacles saja sebesar lengan. Agaknya berapa orang boleh makan.

Ikan besar-besar. Tak tahu jenis apa kat Malaysia pun dah keliru nama ikan.

Sentiasa ada air mengalir untuk kekalkan kesegaran.




Masuk ke perkarangan bangunan Jagalchi Market kami meronda di kawasan belakang sekejap. Sebelum masuk ke bangunan tujuh tingkat itu marilah kita melayan view dulu. Menikmati sunset dengan udara segar sejuk memang seronok. Dari jauh boleh nampak rumah-rumah tersusun cantik di Gamcheon Culture Village dan Nam Harbour, antara port di Busan yang terkenal. Banyak kapal-kapal laut dan pulang bawa hasil tangkapan. Di dalam bangunan pun ada pasar basah. Ground floor Jagalchi Market hanya menjual fresh seafood. Sama macam diluar tapi lebih teratur dan kemas. Ikut section tertentu. Barangan-barangan kering, belut, ikan-ikan dan abalone semua asing-asing. Ada label bahagian jadi boleh rujuk kalau berminat nak beli. Lantai basah itu normal memang air paip sentiasa terpasang. Kalau pakai seluar meleret sapu lantai jaga-jagalah. Kalau nak makan kena naik ke tingkat atas. Bangunan Jagalchi Market ada banyak tingkat jadi kena search sikit area mana yang best. Boleh juga kalau kita nak beli seafood dibawah dan bawa naik atas untuk dimasak tapi rasanya lagi mahal kalau macam tu. I'm not sure about it sebab tak cuba.

Kami tak beli apa-apa pun dibawah memang terus naik ke tingkat atas dan order nak makan apa. Malas nak beli dan bawa naik. Macam susah saja. Naik ikut tangga tengah dan terus terjumpa kedai-kedai makanan-makanan laut yang menarik minat dihati. Tak tahu nak pergi kedai mana sebenarnya sebab banyak sangat pilihan. Datang seorang Unni approach dan membuatkan kami rasa nak makan disitu. Penuh yakin dia menegur dengan limited English dia cuba juga meyakinkan. Katanya halal dan memang ada muslims yang pernah makan disitu. Yakin dan tawakal kami pun duduk. Ambil seat bersila mengadap laut sambil terus membelek menu memilih makanan.




MAKAN MAKANAN LAUT YANG SEDAP DAN BERBALOI DI JAGALCHI MARKET




Harga jujurnya agak pricey dengan tukaran mata wang yang tinggi ketika kami kesana. Hanya kami berdua saja yang makan. Kalau lagi ramai ahli rombongan mungkin lebih berbaloi. Tak boleh buat apa sebab memang berdua. Kalau berkira tak makan dan merasalah. Syukur semua makanan yang kami order sedap. JM pun sudi melayan keingingan aku nak makan macam-macam. Kami order Haemultang 해물탕 atau seafood stew dan Godeungeo Gui 고등어구이 atau grilled mackarel. Kalau ikut nafsu memang lagi banyak nak order semua nampak sedap. Excited sangat sebab first time nak makan hidangan makanan di Korea. Selama ni makan di kedai-kedai Korea yang ada di Malaysia. Lain perasaannya. Tapi haruslah kita sedar ada banyak lagi hari yang perlu dilalui dan banyak lagi tempat nak dituju. Jangan tamak. Sebelum hidangan utama sampai meja kami dah dipenuhi dengan Banchan 반찬 atau side dishes. Macam-macam dia hidang sampai penuh meja. Pajeon 파전 atau lempeng Korea pun dapat free. Terkejut bila dihidangkan pajeon sebab tak order pun. Unni kata free.

Tak semua banchan kena dengan tekak. Ada yang weird dan cannot go.

Haemultang dah sampai. Unni baik tolong guntingkan sotong.

Grilled mackarel aku rasa macam mackarel goreng saja. But so good. Sedap yakamat. Ikan besar tak habis kami makan. Tapau buat breakfast esoknya.

Ready untuk dibedal. Nampak plain dan gitu-gitu saja tapi rasa sedap.

Cedok sikit dalam pinggan kecil yang disediakan.

Semua dah terhidang tunggu apa lagi. Jom kita makan tak tunggu lama dah. Total duit yang lebur untuk makan malam yang awesome di Jagalchi Market adalah sebanyak 50000WON (RM192.00) untuk dua orang. Mahal tapi nak buat macam mana. Dah memang harganya begitu. Kat Malaysia makan gempak hebat or buffet hotel lima bintang pun tak semahal ni. Memang untung kalau pergi ramai-ramai kurang sikit kesengsaraan membayar. Tapi tak apalah nak makan punya pasal bukan selalu. Pejam mata dan bayar. Maaflah kalau air liur hampa semua berjejeran membaca entry ini. Bukan niat hati ceq nak menyeksa jiwa hampa. Ceq pun terseksa rasa sambil menaip ni. Bilalah nak terbang pi sana lagi. Jangan lupa masukkan Jagalchi Market dalam senarai.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 579