Entri sebelumnya di SINI.
15 Januari 2016
JALAN-JALAN TRAVELOGUE KOREA MUSIM SEJUK | JALAN-JALAN BUSAN - BUSAN TOWER YONGDUSAN PARK. Dari Jagalchi Station kami decided untuk terus ke Busan Tower yang terletak dalam kawasan Yongdusan Park. Agak jauh sebenarnya tapi tak mengapa. Kalau tak mahu gerak dari Jagalchi Station boleh juga gerak dari Nampo Station Exit 7. Semak jarak perjalanan dengan Google Maps. Boleh korang rancang perjalanan dengan lebih lancar. Rujuk SINI. Hari masih muda tapi semakin gelap. Maklumlah musim sejuk waktu siang sangat limited jadi kena percepatkan langkah. Menapak melalui kawasan membeli-belah, BIFF Square (Busan International Film Festival) dan kawasan jualan street food akhirnya kami sampai di depan escalator yang disediakan untuk kemudahan orang ramai yang ingin ke Yongdusan Park. Terselit celah-celah kedai. Canggih sangat aku rasakan dan terima kasih banyak-banyak. Tak perlu susah payah menyeksa diri nak mendaki tangga lepas dah kepenatan menapak.
BUSAN TOWER / YONGDUSAN PARK
Busan Tower terletak dalam kawasan Yongdusan Park dan menjadi kebanggan warga penduduk-penduduk Busan. Macam orang-orang Alor Setar bangga ada Menara Alor Setar. Gituuulah perasaannya. Seluas-luas kawasan Yongdusan Park ada beberapa tourist spots selain Busan Tower yang boleh kita tengok seperti Statue Admiral Yi Shun Shin, Bell of the Citizens dan Flower Clock. Kami tak berminat pun nak naik Busan Tower plus hari dah gelap. Admission fee untuk naik ke Busan Tower adalah sebanyak 5000WON (Adult) 4000WON (Senior Citizen) dan 3000WON (Children). Kami hanya melepak jenguk kawasan. Kalau berminat apa salahnya. Tak adalah mahal sangat ticket untuk ke Busan Tower. Ada ramai orang naik untuk jenguk view Busan dari atas. Ada souvenir shops dan coffee house tapi tak beroperasi pun. Dari sekitar kawasan Yongdusan Park pun dapat tengok juga pelabuhan Busan. Cantik dan kemas.
Kenapa perlu kufur nikmat bila dah disediakan escalator.
Lotte Mall. Boleh naik ke rooftop dan menjenguk kawasan sekeliling juga.
Permandangan port Busan dari Yongdusan Park.
Bell of the Citizens.
Patung Pakcik Yi Shun Shin yang terpacak gagah.
Busan Tower
Basically ini saja yang ada sekitar Yongdusan Park. Ramai Ahjumma Ahjusshi tengah exercise macam-macam gaya ada. Yang bersiar-siar dengan anjing pun ada. Walaupun hari semakin gelap tapi pengunjung tetap ramai. Bagus betul. Banyak tempat duduk kalau nak melepak dan enjoy sceneries. Kami meronda cari tempat yang sesuai untuk menunaikan solat dan akhirnya jumpa car park bawah sikit dari kawasan Busan Tower. Agak terpencil sayup sikit but just nice untuk solat. Toilet pun ada disediakan berdekatan. Bergilir-gilir ambil wuduk solat dan jaga barang-barang. Selesai solat kami teruskan perjalanan. Shopping satu round dulu sebelum cari makanan untuk dinner. Singgah beli periuk belanga nak bawa balik.
SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com