Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 1.0 - HELLO BUSAN

$
0
0
15 Januari 2016

JALAN-JALAN TRAVELOGUE KOREA MUSIM SEJUK | KUALA LUMPUR KE BUSAN. Bismillah. Jom sama-sama mengembara ke Korea Selatan. Alhamdulillah dapat juga merasa jejak kaki ke Korea awal tahun yang lalu setelah bertahun aku pasang angan-angan. Pengembaraan bermula di Busan sebelum kami bergerak ke Sokcho dan Seoul. Masa aku usulkan cadangan mengajak JM ke Korea, harga tiket ke Busan tersangatlah murah dan kami tak mahu melepaskan peluang, kami terus beli. Kemudian baru fikir langkah seterusnya. JM banyak membantu dan memahami. In fact, itinerary juga JM yang sediakan aku ikut saja. Maaf tak membantu langsung sepanjang penyediaan nak pergi. Banyak dugaan tapi syukur akhirnya diizinkan juga oleh-Nya untuk terbang sama-sama ke Korea.

POCKET / PORTABLE WIFI WIYO UNTUK DIGUNAKAN DI KOREA

Aku memerlukan internet all the time jadi memang kena make sure sentiasa ada. Ramai suggest beli saja simcard atau sewa portable internet bila dah sampai ke Korea. Fikir punya fikir akhirnya aku decided untuk menggunakan WIYO - portable internet dari Malaysia yang boleh digunakan di Korea dan beberapa negara lain. Berurusan direct melalui website dan terus settle payment sebab memang confirm nak. Dah ada kemudahan dari negara sendiri lebih senang berkomunikasi dan adjust semua perkara. Harga berpatutan dan kalau berjalan dalam group yang besar lebih berbaloi sebab ramai boleh guna. Aku tak kisah janji dapat internet. Paling best adalah tempat pick up. Tak perlu pergi jauh sebab WIYO dah ada kaunter khas di KLIA2 yang terletak bersebelahan saja dengan Toys "R" Us. Urusan semua senang. Memang dah tersedia diasingkan datang pick up dan isi borang sikit. Bateri memang dah siap full tak perlu risau. Kita akan diajar cara guna and you are good to go. Coverage juga memuaskan tak meragam sepanjang di Korea dan di atas puncak Mount Seorak pun covergae masih full dan terbaik. Memang aku recommend sangat untuk korang cuba.

Berjanji untuk jumpa JM di KLIA2 seawal 10.30PM (14 Januari 2016). Drop luggage dan seterusnya melangkah ke departure gate. Itu bukan pertemuan pertama dengan JM jadi tidaklah awkward dan malu-malu. Kami pernah berjumpa beberapa kali sebelum ke Korea. Flight kami pagi seawal 01.15AM (15 Januari 2016) dan tak delayed terlalu lama. Busan adalah bandar kedua terbesar di Korea Selatan selepas Seoul. Memang terkenal macam Seoul juga dan selalu jadi sebutan kalau dalam rancangan-rancangan dari Korea. Pandai sungguh marketing nak mempromosikan negara. Tak hairan kalau Busan pun jadi tempat tarikan tumpuan pelancong. Majoriti sesiapa saja yang ke Korea wajib akan singgah ke Busan juga. Jadi alang-alang Air Asia X dah menyediakan penerbangan direct dari Kuala Lumpur ke Busan, marilah kita meneroka Busan dulu. Perjalanan mengambil masa selama hampir tujuh jam. Naik flight makan dinner terus kami tidur memang tak terasa jauhnya. Terjaga untuk menunaikan solat Subuh (sekadar solat hormat waktu) dan sangat teruja bila semakin menghampiri destinasi.

Alhamdulillah kami dah sampai di Busan.


| Kuala Lumpur - Busan |

GIMHAE INTERNATIONAL AIRPORT

Kami tiba di Gimhae International Airport pada pukul 8.30AM (15 Januari 2016). Teruja sangat rasanya memang tak boleh sorok excited. Lama sungguh penantian terasa nak tunggu detik berlepas dan sampai ke Korea. Memang lama sangat berangan akhirnya Allah izin menjadi kenyataan. Jadi korang jangan risau bertanya bila turn korang pula. Ada rezeki kalau dah tertulis insyallah memang akan sampai. Lambat dan cepat saja. Urusan imigresen tak cerewet sangat. Tak lama pun tunggu semuanya selesai. Perkara pertama kami buat adalah top up T-Money. Aku tak beli pun T-Money sebab JM kasi pinjam dia punya kad. Ada extra (akhirnya jadi hak milik). Selain T-Money, penggunaan kad CashBee juga berleluasa di Korea. Ikutlah mana yang ada. Ada sikit beza  itu pergi research sendiri tapi tibai saja janji dua-dua pun boleh digunakan. Yang penting ada kad pengangkutan untuk digunakan. 

Tergedik-gedik nak beli susu pisang Korea yang terkenal.

Duduk bertenang sebentar di arrival hall sambil keluarkan baju sejuk. Kena transform secepat mungkin. Setiap kali pintu automatic terbuka mesti nak ketap bibir angin menderu masuk. Kasar betul angin -6 celcius. Kena salin baju tak kira macam mana pun. Dah terasa sejuk sampai ke tulang. Jenguk groceries shop. Checked !! Dah beli dan rasa susu pisang Korea yang terkenal dengan harga 1300WON (RM4.99 approx) sebotol. Orang panggil Banana Uyu. Not bad dan layak menjadi kegilaan. Aku bukan fan minuman bersusu dan bila mampu pun dah dianggap memuaskan. Jom kita gerak mulakan pengembaraan. First of all haruslah mencari jalan ke Welcome Busan Guest House yang bakal menjadi tempat berteduh untuk satu malam. Welcome Busan Guest House terletak berdekatan dengan Choryang Station (Exit 6). Boleh naik Airport Limousine dari Gimhae International Airport ke Busan Station dan seterusnya menaiki metro ke Choryang Station. Rasanya tambang adalah sebanyak 7000WON (RM26.88 approx) sehala. Kenal pasti lokasi tempat penginapan. Kalau lokasi adalah lebih mudah nak sampai melalui Airport Limousine eloklah naik Airport Limousine.

LALUAN AIRPORT LIMOUSINE BUSAN

Dari Gimhae International Airport
International Terminal - Domestic Terminal – Seomyeon (Lotte Hotel) – Seomyeon (1st Street) - Hyundai Department Store - Busanjin Station - Busan Station - Toyoco Inn Hotel - Jungangdong - Coastal Passenger Terminal - Nampodong - Chungmudong 

Ke Gimhae International Airport
Chungmudong - Nampodong - Coastal Passenger Terminal - Jungangdong - Busan Station - Busanjin Station - Hyundai Department Store – Seomyeon (Lotte Hotel) – Seomyeon (1st Street) – International Terminal - Domestic Terminal

Kami decided untuk tidak menaiki Airport Limousine dan memilih untuk menaiki metro saja terus dari airport. Beberapa laluan baru sudah dibina bagi memudahkan orang ramai. Sekarang dah boleh naik metro kalau nak gerak dari Gimhae International Airport. Tambang pun lebih murah. Hanya 1900WON (RM7.30 approx). Keluar dari arrival hall kena menapak sikit ke kanan. Ada satu bangunan lain dan itulah Gimhae International Airport Metro Station (Busan-Gimhae Light Rail Transit/Purple). Bangunan baru rasanya sebab bau cat masih kuat.  Kena tukar beberapa station untuk tukar laluan tapi bagus juga. Cepat sikit belajar cara-cara nak faham laluan metro di Busan. Tak complicated dan memenatkan pun jadi jangan risau. Bila dah sampai sana mesti automatic terus jadi pandai tengok peta metro. Permandangan sekeliling pun cantik belaka jadi terleka memandang.

Laluan metro di Busan.

Gimhae International Airport - Welcome Busan Guest House.
1. Gimhae International Airport (Busan-Gimhae Light Rail Transit/Purple) - Sasang (Line 2/Hijau)
2. Sasang (Line 2/Hijau) - Seomyeon (Line 1/Oren)
3. Seomyeon (Line 1/Oren) - Choryang (Line 1/Oren)
4. Choryang Station - Exit 6



Senang sangat nak jumpa Welcome Busan Guest House. Keluar melalui Exit 6 terus pusing ke belakang. Nampak signage. Kawasan langsung tak sibuk dengan kenderaan lalu lalang. Kami disambut mesra oleh receptionist dan kemain baik hati siap tolong angkat luggage. Kad untuk access ke bilik dah diberikan tapi tak boleh check-in lagi. Masih awal pagi dan bilik belum kosong. Faham saja sebab memang kami sampai sebelum waktu check-in. Kami tinggalkan luggage di lobby saja. Nanti pekerja akan terus hantar ke bilik. Pinjam toilet nak touch up sikit apa patut. Terkejut pula orang-orang Korea kalau tengok muka aku tak touch up. Jakun tengok toilet canggih banyak sangat button tak tahu nak tekan yang mana. Takut salah tekan jadi drama lain pula dalam toilet. Semua pula in Hangul lagi pening jadinya nak faham. Mujur ada kepala paip dan small baldi. Dah siap touch up duduk bincang untuk atur langkah kaki kemana mahu pergi. 

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 579