Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

TRIP SEMPORNA SABAH | DAY 4 - PULAU MATAKING PULAU PANDANAN DAN PULAU POM POM

$
0
0

TRIP KE SEMPORNA SABAH | JALAN-JALAN SEMPORNA ISLAND HOPPING - PULAU MATAKING PULAU POM POM DAN PULAU PANDANAN


Entri sebelumnya di SINI.

JALAN-JALAN SEMPORNA | PULAU MATAKING PULAU POM POM DAN PULAU PANDANAN. Liatnyaaa nak bangun pagi. Memang lenguh segala urat sendi. Tapi digagahi juga. Hari terakhir di Semporna kami dijadualkan untuk terjah lagi dua pulau iaitu Pulau Mataking dan Pulau Pom Pom. Memang tak pernah dengar. Bila buat research mengenai Semporna baru tahu kewujudan pulau-pulau ini. Tengok gambar dah teruja sangat. Belum sampai lagi. Ada Pulau Mataking Besar dan Pulau Mataking Kecil. Berkobar-kobar nak berlarian di atas beting pasir yang menghubungkan kedua-dua pulau yang besar dan yang kecil. Barang-barang sudah siap packing. Nanti petang pulang ke Lato-Lato Mun Resort bersihkan diri dan solat terus saja bergerak ke mainland. Andis datang tepat pada waktunya. Semakin mesra dah boleh dibawa bergurau. Hehehe..

JALAN-JALAN SEMPORNA SABAH | PULAU MATAKING


Jauh perjalanan untuk ke Pulau Mataking tapi tidak sejauh ke Pulau Kapalai dan Pulau Mabul. Island hopping agak mencabar kali ini. Ombak bergelora besar. Aku tak ada masalah motion sickness tapi that day memang pening yang amat. Dari jauh dah nampak Pulau Mataking rasa sangat seronok. Tapi keseronokan sekejap saja. Abang-abang askar yang bertugas tak bagi kami turun ke darat. Hanya yang menginap di resort saja dibenarkan jejak daratan. Whaaat ?? Jauh tau aku bertahan naik bot tapi tak boleh turun. Punah harapan nak berlari-lari di tepian pantai. Serious muka semua ketat dan menakutkan. Nak pergi pujuk pun tak berani.

Boleh duduk atas bot goyang kaki saja. Nak turun tak boleh. Sedih !!

Yang menginap di resort sahaja yang dibenarkan turun.

Pelancong-pelancong lain yang sama nasib. Telan air liur saja sebab tak dapat ke daratan.

Boleh berenang. Tak boleh mendekatan daratan. Abang-abang askar berkeliaran jaga.

Ahli-ahli mesyuarat sedang berbincang langkah seterusnya. Huhuhu..

Turun juga dalam cubaan untuk ke darat.

Sempat jejak darat sikit sebelum kena tempik. Dengan perasaan hampa..

Selamat tinggal Pulau Mataking. Ada rezeki pasti akan kembali.

Jujurnya aku memang dah hilang mood. Niat dari awal memang teringin sangat untuk ke Pulau Mataking tapi apakan daya.. Tiada rezeki pula. Andis kata semuanya gara-gara perangai pelancong dari China yang bangganya cabut corals di lantai laut. Habis semua orang terkesan dengan perangai kampung orang-orang China. Huurm.. Abang-abang askar nak mengajar pengajaran tapi kesianlah. Datang dari jauh tau. Muka masing-masing monyok. Nak ke Pulau Pom Pom pun sebenarnya dah tak ada selera. Pakcik driver bot pujuk jangan merajuk. Katanya nak bawa kami kejar penyu buat mengubati hati yang lara. Buntang balik biji mata.. Oh yeah !!

JALAN-JALAN SEMPORNA SABAH | PULAU PANDANAN


Seriously tak masuk dalam list yang dijanjikan. Tak ada penghuni dan pokok pun boleh bilang saja ada beberapa kerat. Cantik !! Dan di pulau inilah rupanya habitat utama penyu-penyu yang banyak berkeliaran di Semporna. Seriously tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana bila tengok penyu bersepah-sepah dalam air. Bila bot datang dekat kelam kabut lari. Kelakarnya !! Kami jadi hyper sekejap. Pakcik driver bot pun melayan saja. Dia pun dah senyum balik tengok kami happy. Maybe dia rasa guilty sebab kami tak dapat turun di Pulau Mataking. Pakcik !! Kejar penyu pun seronok.

Pulau Pandanan di kejauhan. Perhatikan kelompok-kelompok hitam di dasar betul-betul. Mungkin penyu.

Quality not good sebab extract dari video. Nak juga share hasil mengejar penyu di Pulau Pandanan.

Serious terus rasa happy semula. Cover balik rasa murung dari semalam ke Pulau Kapalai dan Pulau Mabul. Rasa juga ada dapat something bila kejar penyu walaupun hanya dari atas bot. Bersepah-sepah sana sini. Berenang laju kemain bila dengar kami dah dekat. Tak sempat nak ambil gambar pun. Video saja itulah gambar kurang jelas. Before kami pulang ke Lato-Lato Mun Resort, kami singgah ke Pulau Pom Pom. One last pit stop before balik ke mainland.

JALAN-JALAN SEMPORNA SABAH | PULAU POM POM


Lepas kejar penyu kami ingat nak terus balik ke Lato-Lato Mun Resort tapi Pakcik driver bot nak juga bawa ke Pulau Pom Pom. Ikutkan memang dah penat yang amat sangat dah. Tak larat rasanya dengan pening kepala lagi  tapi layan sajalah. Mula rasa nak celup kaki saja. Tak jadi !! Dah sampai terjun juga dalam air. Tergoda jadinya. Kawasan luas tak ada batu tak ada corals. Macam one large swimming pool. Awesome. Satu benda yang tak seronok kat Pulau Pom Pom ada banyak kawasan pantai yang ditanda sebagai private properties. Jadi kita tak boleh nak berendam sesuka hati. Ada dua kali kami kena halau. Tension betul !!

Kapal lanun. Heee.. Kapal-kapal mahal untuk tourist yang menginap di Pulau Pom Pom.



Tak boleh pergi bawah jambatan sana. Kena halau juga..








SELAMAT TINGGAL SEMPORNA | ADA REZEKI JUMPA LAGI


Lepas dah hangus di Pulau Pom Pom kami gerak balik ke Lato-Lato Mun Resort. Barang siap kemas sudah. Kami just mandi dan solat. Pakcik driver bot setia menunggu. Sedih !! Dah nak balik.. Dah nak tinggalkan Lato-Lato Mun Resort. Rasa macam sekejap tapi sebenarnya dah empat hari di Semporna. Memang aku puas hati sangat dengan service yang diberikan. 



Selamat tinggal Pulau Bohey Dulang.


One picture to sum up everything. Thanks for making this trip possible and memorable. 


Selamat tinggal Semporna. Tak sangka trip mengejut hujung tahun berjaya tinggalkan banyak kenangan manis untuk kami semua. Peluang belajar diversity masyarakat sekeliling dan jumpa ramai orang yang baik. The beauty of travelling. Membuka mata. Apa yang dilalui tak dapat dibeli dengan apa jua nilai harga. Ada rezeki kita jumpa lagi.

Belum habis lagi kisahnya. Hihihi.. Jumpa lagi.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 579