Macam mana nak enjoy percutian ke Penang dengan budget yang rendah ?
Nak bercuti tak semestinya kena pergi jauh-jauh sampai ke luar negara. Dalam Malaysia pun apa kurangnya. Ada banyak tempat-tempat menarik yang boleh kita kunjungi. Aku yakin belum tentu korang dah habis explore semuanya. Why not kita enjoy di tempat-tempat menarik yang common dalam Malaysia. Korang juga boleh menikmati makanan tradisional atau local food yang sedap-sedap dan bawa balik souvenirs yang menarik dari tempat tu sendiri. Ramai juga yang kasi alasan : Nak bercuti perlukan duit yang banyak.. Nak jalan-jalan kena penuhkan poket dulu. Come on guys !! Banyak sebenarnya lokasi-lokasi menarik di Malaysia yang kita boleh teroka dan enjoy tanpa perlukan belanja yang banyak. Apa yang penting kita kena rancang serba sedikit percutian kita supaya dapat gunakan bajet yang serendah mungkin.
This time aku nak share dengan korang semua macam mana nak enjoy di Penang dengan bajet yang rendah. Do it like locals katanya. Sia-sia aku membesar di Penang kalau tak boleh tolong korang rancang perjalanan. With minimal budget pun korang still manage to taste the beauty of Penang. Apa yang seronoknya Penang ni.. selain menjadi tumpuan pelancong-pelancong kerana faktor keindahan alam sekitar, bangunan-bangunan peninggalan sejarah dan kemudahan tempat penginapan, Penang juga terkenal dengan kelazatan makanan-makanan yang sedia menanti korang semua. Sabar.. Teruskan membaca.
Nak jimat kos pengangkutan aku suggest naik saja kereta sendiri. Satu keluarga boleh angkut. Senang nak jalan sana sini. I am a Penangite.. Tak jadi halangan untuk aku drive keliling Penang. Tapi kalau korang jenis solo atau backpackers boleh juga kalau nak naik bas. Sampai sana nanti naik teksi dan bas atau jalan kaki saja untuk ke tempat yang berdekatan. Public transportation di Penang tip top. Banyak option. Rapid Penang.. Penang Hop On Hop Off dan banyak lagi. Nak lagi jimat korang boleh juga ride solo. Tapi jiwa kena sado laa..
Soal penginapan pula jangan risau. Di tengah-tengah bandar Georgetown ada banyak sangat choices hotel bajet untuk korang pilih. Boleh rujuk SINI – Short List Senarai Budget Hotels in Penang. Carilah yang bersesuaian dengan bajet korang. Senang duduk di tengah bandar sebab semua tempat-tempat menarik walking distance saja. Nak naik public transport pun mudah. Memang laluan hot spot. Mudah serba serbi. Nak makan pun senang.. Nak beli souvenirs pun senang.. Lebih dekat dengan culture masyarakat tempatan.
Antara lebihan duduk di sekitar Georgetown adalah berdekatan dengan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati tanpa mengeluarkan belanja yang banyak. Antaranya adalah : (1) Penang Street Arts yang terkenal dengan lukisan-lukisan murals dari artis-artis tempatan dan luar negara. Lokasi sangat luas jadi perlukan masa untuk habis menjejaki semua Street Arts yang ada. No entrance fee dan hanya memerlukan kekuatan kaki untuk menapak. Selalunya pelancong-pelancong akan bermula dari Armenian Street dan seterusnya ke lorong atau lebuh yang lain. Jangan lupa topi dan cermin mata hitam. Baru boleh bergaya sakan.
(2) Nasi Kandar Line Clear.. Nasi Kandar Kapitan.. Sup Hameed.. Nasi Kandar Deen Maju.. Nasi Kandar Beratur dan banyak lagi syurga makanan sedap-sedap. Mai Penang tak pekena nasi kandaq memang tak lengkap percutian ampa aih !! Pilih saja nak pekena nasi kandar yang mana semua ada tarikan yang tersendiri. Tak mahu makan nasi kandar tak apa. Ada banyak lagi makanan-makanan sedap yang korang boleh cuba. Naan Cheese.. Nasi Briyani Kambing.. Tandoori dan juga Milani. Sambil ceq menaip pun ceq telan air liur. Sedapnya !! (3) Ais Tingkap atau Sarbat di Chowrasta. Ini rare !! Hanya di Penang saja ada. Apa yang bestnya air ni, Ais Tingkap atau Sarbat adalah campuran air sirap, biji selasih dan isi kelapa. Memang sedap. Korang patut cuba kalau datang ke sini. Hmmm.. nikmatnya rasa minum kalau tengah panas terik matahari. Memang walking distance saja nak sampai ke Chowrasta kalau korang menginap di mana-mana hotel bajet sekitar Georgetown.
For breakfast haruslah korang cuba (4) Roti Canai Jalan Transfer. Layak jadi viral dan terkenal sebab roti canai yang dijual memang sedap. Bertambah terangkat bila makan bersama kari ayam atau daging yang super awesome. Kaw habaq ang. Kuah dia peeergh !! Pekat terasa semua rempah. Memang kalau ada kenalan datang ke Penang, aku tak akan terlepas daripada bawa mereka semua cuba roti canai disini. Setakat ini memang semua feedback adalah positif. Lajak sikit lagi boleh terus meronda ke (5) Padang Kota Lama / Fort Cornwallis. Boleh cuba Mee Sotong yang terkenal dan juga Pasembor. Sambil duduk santai tepi pantai seronoknya boleh tenangkan fikiran. Lupakan kesibukan kerja. Kita enjoy !! (6) Bukit Bendera / Penang Hill. Jauh sikit dari Georgetown adalah another tempat yang wajib dikunjungi jika ke Penang. Sesekali lari dari kesesakan bandar haruslah cari ketenangan di puncak bukit. Boleh tengok bandar Georgetown dari atas. Korang juga boleh menikmati ABC yang special.. cuba scones yang sedap di Sky Terrace.. Muzium Burung Hantu dan banyak lagi. Kaki Instagram jangan lupa ambil gambar cantik-cantik. Banyak spots menarik untuk posing.
Selain tu, korang juga boleh berkunjung ke (7) Muzium Negeri Pulau Pinang yang terletak di Lebuh Farquhar. Agak-agak kalau nak tahu tentang sejarah Penang atau nak tengok koleksi barang-barang lama, bolehlah datang ke sini. Sesuai jugalah kalau nak buat program lawatan sambil belajar. Korang yang datang bercuti dengan anak-anak tu elok juga datang ke sini, sambil bercuti sambil dapat menimba ilmu. Haaa, tak gitu? Alang-alang dah ke Penang wajib jugalah singgah ke (8) Batu Feringghi. Boleh juga berkelah bersama keluarga. Aktiviti yang mudah tapi sangat berkualiti. Anak-anak pun mesti suka kalau dapat mandi laut. Kalau seorang diri pun apa salahnya. Sesekali bawa diri dan tenangkan fikiran melihat laut. Kalau nak borong souvenirs dan melakukan aktiviti malam bolehlah singgah ke (9) Batu Feringghi Night Market. Banyak benda yang korang boleh dapatkan dengan harga murah. Macam-macam ada dari jam tangan, baju, seluar, lukisan, keychain dan banyak lagi. Memang rambang mata.
Semua tempat yang aku senaraikan tidaklah jauh dari hotel-hotel bajet yang ada di sekitar Georgetown. Lagipun terdapat banyak lagi hotels in Penang yang strategik dan korang boleh pilih. Asalkan korang enjoy dengan percutian korang dekat Penang nanti.
Tunggu apa lagi ? Jom kita enjoy !!