JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | SHOPPING DI NAMDAEMUN MARKET DAN MYEONGDONG
Entri sebelumnya di SINI.
23 Januari 2016
JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | SHOPPING DI NAMDAEMUN MARKET DAN MYEONGDONG. Hari terakhir di bumi Korea memang sudah sepakat untuk dipenuhi dengan aktiviti membeli-belah. Marilah kita habiskan saki baki duit yang masih ada untuk shopping dan borong apa yang patut. Esoknya adalah hari perjalanan untuk pulang jadi tak mahu singgah mana-mana. Destinasi pertama adalah Namdaemun Market. Naik subway dan turun di Hoehyeon Station Exit 5. Keluar dari station kita dah dijamu dengan gerai-gerai menjual pakaian yang murah-murah. Lets not talk about quality sebab its not fair. Tapi mengikut penilaian aku, the clothes bukan cikai atau low quality sangat pun. Jahitan kemas and bersesuaian sangat dengan harga. Tapi jalanlah dulu.. Jangan terus beli. Banyak lagi yang menanti. Hihihi..
Kami terus meluru masuk market. Suhu sangat sejuk that day. Sepanjang berada di Korea rasanya that day was the worst. Memang paling kering paling sejuk dan paling kejung. Syukur dapat berlindung dalam bangunan. Namdaemun Market adalah tempat penjualan barangan tradisional ataupun barangan-barangan buah tangan dan keperluan seharian seperti souvenirs, alatan dapur, permainan, pakaian, makanan dan perhiasan diri. Disebabkan terkenal dengan penjualan barangan dengan harga yang murah, lama-lama Namdaemun Market pun jadi famous dalam kalangan tourists.
Dah lama target nak borong brooches yang comel-comel dan murah di Namdaemun Market. Pinar mata tengok kiri kanan. Rasa nak beli semua. Hahaha.. Ramai suggest beli dengan seorang Ahjumma yang sedia dengan sikap pemurah. Cari juga kedai Ahjumma dan yes.. Memang murah dan Ahjumma sangat rajin melayan. Tak henti dia bercakap. Gigih juga nak cuba berkomunikasi.
Awal pagi lagi dah siap sedia packing barang-barang. |
Sesi lupa diri sudah bermula. |
Ahjumma rajin melayan. |
Most kedai dalam Namdaemun Market jual barangan dengan harga yang lebih kurang sama. Extra credit untuk Ahjumma sebab pandai ambil hati pembeli. Mungkin sebab aku dah borong banyak dengan Ahjumma yang pertama, Ahjumma-Ahjumma lain dah alert. Selesai bayar terus tangan aku ditarik pergi kedai Ahjumma lain. Huhuhu.. Boleh tahan brutal. Pujuk suruh beli juga dengan harga yang sama macam Ahjumma yang pertama. Design memang berbeza jadi apalah salahnya kita laburkan sedikit lagi duit yang ada. Hahaha..
Dasar perempuan !! Hahaha..
Sudahlah. Kalau terlebih mampu memang nak borong semua. Cukuplah ala kadar dan sedarlah banyak benda tak beli lagi. Jom pergi next section pula. Keluar dari bahagian barangan perhiasan diri masuk pula ke bahagian souvenirs. Huuuurm.. Sekali lagi tergoda nak beli itu ini. Jumpa this one kedai jual souvenirs harga yang cantik sikitlah dari kedai-kedai lain. Malas fikir panjang terus saja beli macam-macam kat kedai Ahjusshi dan anaknya. Allah izin nak tunjuk betapa kecil sebenarnya bumi ni, boleh terjumpa Acik Siti Hamin (kawan MamiZ) di Namdaemun Market. MamiZ told me earlier memang Acik Siti Hamin ke Korea tapi memang tak sangka da rezeki nak berjumpa. Aku noticed winter coat yang Acik Siti Hamin pakai. Warna pink sama macam dalam gambar yang MamiZ share. Aku jalan perlahan sikit nak make sure betul ke tidak orangnya. It turned out to be yes.. Memang Acik Siti Hamin. Hehehe..
Sukanya tengok deco yang vintage macam ni. |
Kalau DediS masih ada.. For sure aku akan belikan model kereta yang macam-macam jenis tu. Huurm.. |
Bersama Ahjusshi dan anaknya. Nombor lot kedai seperti yang tertera dalam gambar. |
What a small world kan.. Kawan MamiZ masa sekolah. |
Selesai memborong di dalam bangunan Namdaemun Market kami menapak keluar. Ohoooi suhu masih sejuk dan aku rasa bertambah-tambah sejuknya. Redah jugalah. Mana ada masa lain nak shopping. Kedai-kedai di luar bangunan banyak menjual pakaian dan makanan. Kalau nak cari seaweed, jajan snack dan cookies memang kena meronda extra sikit tapi berbaloi. Terpulanglah pada minat masing-masing. Aku jenis suka bawa balik makanan so I would put extra effort sikit untuk cari benda yang halal dimakan dan boleh bawa balik untuk ahli keluarga. Senang nak memilih kalau ingredients ditulis in English. Kalau 100% in Hangul eloklah bertanya sepuas-puas hatinya pada tuan kedai untuk kepastian.
Product Market O - Brownie. Jujurnya tak adalah sedap sangat pun. Huhuhu.. |
Kasut dan pakaian dijual dengan harga yang murah. |
Singgah kedai Ahjumma beli teh delima dan seaweed. Depan kedai ada logo halal. |
Di Namdaemun Market juga boleh beli t-shirt Korea dengan harga murah. Tak perlu risau nak warna apa. Semua warna boleh campur. Ada juga terbaca harga murah kalau beli yang warna putih saja. Tidak. Ada beberapa kedai di Namdaemun Market yang tidak mengamalkan perniagaan yang macam tu. Boleh beli dengan senang hati. Nak warna apa tunjuk saja semua ada. Tak ada proper kedai pun just Ahjumma yang meniaga atas cart. Tak ada gambar sebab tak sanggup nak pegang camera. Sejuk sangat jadi tangan sentiasa dalam poket. Korang rajin-rajin pusing jauh sikit mesti akan jumpa punya. Dekat dengan barisan kedai-kedai jual CD KPOP.
Lepas dah memborong di Namdaemun Market cadangnya nak pergi Namsam Tower. Tapi haaa.. Jujurnya memang tak ada mood sebab sejuk sangat. Cancel ke Namsan Tower. Tak adalah terkilan sangat sebab rasa dah sampai sebenarnya bila baca entries kawan-kawan lain yang dah sampai. Hahaha.. Jadi tak apalah. Mood shopping lebih tinggi daripada mood nak ke Namsam Tower. Dari Namdaemun Market kami jalan kaki saja terus sambung ke Myeongdong. Haaa.. Ini dah masuk kali keempat pergi sana. Pergi lagi untuk makan dan borong barang-barang make up yang berkenan dihati. Sungguh nak habiskan duit yang ada. Rembat apa saja yang berkenan.
Macam-macam skincare products kami beli. From one shop to another. Aku banyak beli benda yang kecil dan senang nak bawa balik nak bagi orang. Tapi ada juga yang besar-besar. Harga memang jauh lagi murah daripada di Malaysia. Haruslah begitu kan.. Sedap membeli tak terfikir pun ruang dalam bag ada lagi atau tidak. Padahal bag macam dah nak meletop. Aku banyak beli barangan Skin Food. Packaging sangat cantik dan bau usually memang wangi. Sakan membeli punya pasal, bahu pun dah kebas-kebas galas bag. Semua pun mahu sumbat dalam bag galas.
Dahlah tu.. Mari kita pergi makan pula. Alang-alang berada di Myeongdong kami sekali lagi pergi makan di kedai Ahjumma Asam Pedas Myeongdong. This time nekad nak order juga Samgyetang. Nak cuba apa rasa makanan favourite Kim Joong Kook. Sedap sangat ke sampai each time orang Korea makan Samgyetang macam over sangat reaction. Jadi marilah kita cuba..
Side dishes diberikan percuma. Boleh kalau nak minta tambah. |
berharga 10000WON sebekas. Sama harga dengan sehelai baju. Hahaha.. Tibailah weh. Nak merasa.. |
Tofu stew. Sedap juga tapi sedap yang biasa-biasa saja. |
Inilah dia Samgyetang. Memang makanan sihat. Pergh !! Tak tahu nak describe macam mana. Hahaha.. |
Dinner that night sangatlah banyak sebab memang main order saja apa yang terfikir nak makan. Bukan hari-hari dapat makan di Myeongdong jadi apa salahnya sesekali. Masa dah order Samgyetang baru terfikir status kehalalan ayam yang dimasak. Memanglah ada logo halal depan kedai tapi still ragu-ragu. Aku tanya Ahjumma kedai dan dia gigih nak meyakinkan kami semua makanan di kedai itu adalah halal. Siap keluarkan resit pembelian ayam halal di Itaewon dan lesen perniagaan makanan halal yang diiktiraf. Baaaiklah Ahjumma..
Lepas makan terus balik ke hotel. Tak lewat sangat kami balik sebab nak golek-golek dalam bilik juga. Menikmati malam terakhir di Korea sambil mula packing. Aku memang dah susah hati. Sepatutnya share KG dengan Akak JM tapi sumpah aku jamin memang tak cukup. So aku decided untuk beli sendiri KG aku asing. Luckily Kak Dayana tolong top up dari Malaysia and claim duit later.
Huhuhu.. Syukur gelabah awal and top up. Ada hikmahnya setiap sesuatu. Tuhan saja yang tahu betapa beratnya beg aku.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.
-SITI YANG MENAIP (SYM)-
Reach me via email at :