JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | MEMBURU SALJI DI JISAN FOREST SKI RESORT
Entri sebelumnya di SINI.
22 Januari 2016
JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | MEMBURU SALJI DI JISAN FOREST SKI RESORT. Mengikut perancangan asal kami sepatutnya hanya meronda-ronda sekitar bandar Seoul saja. Banyak tempat menarik sekitar Seoul yang masih belum aku pergi. Tapi hati masih belum puas bermain salji. Sejak datang memang tak ada rezeki bertemu salji turun. Masih rasa terkilan jadi masing-masing bersetuju untuk je Jisan Forest Ski Resort untuk bermain salji. Salji di ski resort selalunya salji buatan tapi tak kisahlah. Nak juga main salji. Berbanding dengan Yongpyong Ski Resort, Jisan Forest Ski Resort lebih dekat dengan Seoul. Hanya 40 minit pemanduan. Kalau naik public transportations maybe lama sikit. Kalau korang ada keinginan untuk cuba bermain ski tapi malas untuk pergi jauh bolehlah ke Jisan Forest Ski Resort.
Dari Dong Seoul Bus Terminal, beli tiket ke Icheon Coach Bus Terminal. Harga tiket sehala adalah 4700WON (RM18.04 approx) saja. Dari Icheon Coach Bus Terminal naik pula bus bernombor 12 dan turun di persimpangan Jisan Forest Ski Resort. Kalau ada internet connection boleh standby GPS untuk tekan loceng dan alert dengan hentian bas. Bas memang tak lalu depan Jisan Forest Ski Resort. Hanya di persimpangan saja dan kita perlu menapak ke sana. Boleh tahan juga jauhnya. Huhuhu.. Kalau tak ada internet connection jangan risau. Cakap saja pada Ahjusshi driver kita nak turun di Jisan Forest Ski Resort. Dia akan berhenti berdekatan dengan one convenience store. Dari situ kita haruslah gigih menapak.
Bas bernombor 12 di Incheon Coach Bus Terminal. Bas ini agak kerap berada di terminal jadi jangan risau kalau terlepas sebab ada banyak lagi bas bernimbor 12 akan datang. |
Signage di simpang jalan untuk je Jisan Forest Ski Resort. Bas hanya akan turunkan penumpang di hentian bas bertentang dengan signage ini dan tak lalu depan resort. Pandai-pandailah menapak. |
Semakin menghampiri entrance ke Jisan Forest Resort. |
Parking area kenderaan dan bas-bas. |
Selain daripada menaiki bas biasa untuk ke Jisan Forest Ski Resort, perkhidmatan shuttle bas juga disediakan dari kawasan-kawasan tertentu dari bandar. Boleh semak di website. Lebih mudah rasanya kalau naik shuttle sebab tak perlu fikir nak beli tiket bas dan menapak jauh. Tapi yang tak seronoknya adalah waktu. Sebab sekali pergi tengah hari balik atau petang. Jadi kalau terlepas satu waktu kenalah hadap menunggu trip seterusnya.
Niat utama kami memang hanya untuk cari snow saja. Aku jujurnya tak minat nak main ski. Memang nak golek atas snow sebab tak puas rasanya. Terus kami cari port yang baik punya nak main snow. Orang tak ramai sangat dan ada beberapa spots yang sesuai untuk bersendirian.
Walaupun sekadar snow buatan.. jadilah nak puaskan hati, |
Hut dan tempat-tempat berehat disediakan dan turut ada heater. Boleh panaskan badan yang dah kejung sejuk. |
Rate bermain ski di Jisan Forest Ski Resort. |
Sambung golek. Janganlah tanya sejuk atau tidak. Obviously sejuk. Tapi nak bergambar punya pasal.. |
Basically memang ini saja aktiviti kami di Jisan Forest Ski Resort. Sempat beli sotong butter dan churros buat alas perut before masuk makanan berat. Kalau suruh aku pilih ski resort mana yang lagi seronok aku personally pilih Yongpyong Ski Resort walaupun jauh. Lagi cantik kemas dan meriah. Bonus sebab ada cable car dan boleh naik ke atas bukit. Tapi tidaklah bermakna Jisan Forest Ski Resort bosan. Kurang sikit saja. Depending on apa niat untuk pergi. Kalau nak main ski tu mana-mana pun okay. Untuk yang nak golek-golek dan main snow rasanya Yongpyong Ski Resort lebih berbaloi. Sebelum hari mula gelap memang kami dah decide untuk gerak balik.
Menapak semula ke bas stand dan tunggu bas bernombor 12 untuk balik ke Icheon Coach Bus Terminal. Tiket balik ke Seoul pun berharga 4700WON (RM18.04 approx). Kami terus balik ke hotel untuk solat dan rehat. Memang tak ada aktiviti lain. Tapi sebelah malamnya ada dinner date dengan seseorang. First time juga aku nak berjumpa dengan seseorang ini. Hehehe..
--------------------------------------------------------------------------------------------
Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.
-SITI YANG MENAIP (SYM)-
Reach me via email at :