JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | SEOUL - DARI SOKCHO KE SEOUL + ASAM PEDAS MYEONGDONG
Entri sebelumnya di SINI.
18 Januari 2016
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SEOUL | SOUTH KOREA - PERJALANAN KE SEOUL DARI SOKCHO MENAIKI BAS DAN MAKAN MALAM DI ASAM PEDAS MYEONGDONG. Misi di Sokcho nampaknya sampai disini saja. Banyak lagi tempat-tempat menarik di Sokcho yang belum diterjah tapi apakan daya. Insyallah kalau ada rezeki untuk kembali, bolehlah meneroka lagi. Pulang ke The House Hostel untuk solat dan ambil barang-barang. Owner sangat memahami. Kami diberi kebenaran untuk menggunakan bilik laundry untuk solat. Kemas dan bersih. Toilet pun ada jadi senang serba serbi. Marilah kita bergerak ke Seoul. Tiket bas sudah dibeli sehari awal.
Bangunan The House Hostel yang comel. |
Interior dalaman di lobby yang menyambut kedatangan tetamu ke The House Hostel. |
Hallway. Tak ada lift ya kawan-kawan. Kami bernasib baik owner sudi angkatkan barang-barang ke atas. |
Lagi gambar interior dalaman di The House Hostel. |
Comel kan The House Hostel ni ? Ada juga gambar bilik tapi bergegar. Sakit mata nanti kalau upload. Hehehe.. Ingat lagi tak kawan-kawan serumpun yang kami jumpa ketika baru sampai di Sokcho ? Baca diSINI untuk refresh balik cerita lama. Kami decided untuk gerak ke Seoul bersama. They bought tickets pada waktu yang sama dengan kami. Nanti di Seoul kami akan terus ke Itaewon dan kawan-kawan baru akan ke Myeongdong. Menarik cerita sebuah perjalanan. Pengalaman dan kenangan.
Ambil gambar dulu. Ada Onni sorang tumpang sekaki. Fluent in English jadi tak ada masalah communication. |
Kami sampai sepuluh minit awal di Sokcho Bus Terminal. Dekat saja dengan The House Hostel itu yang masing-masing melenggang. Bas ke Seoul sebenarnya dah tunggu dan orang dah mula memenuhi tempat duduk. Jangan duduk suka hati saja sebab dah tersedia nombor kerusi. Sila jadi orang bertamadun yaaa..
Perjalanan ke Seoul dari Sokcho mengambil masa kira-kira dua jam setengah. Permandangan yang menarik sepanjang journey ke Dong Seoul (동서을) Bus Terminal tapi tak terlarat untuk ambil gambar. Mata dah layu. Masa untuk recharge energy sementara di dalam bas.
Selamat tinggal Sokcho. Semoga ada jodoh bertemu lagi.
SEOUL | SOUTH KOREA - ITAEWON INN GUEST HOUSE DAN MAKAN MALAM DI ASAM PEDAS MYEONGDONG (EOMONIJIP). Sampai di Dong Seoul Bus Terminal dah gelap walaupun hari baru pukul 6.00PM. Ya Rabbi !!! Turun dari bas terus rasa kejung nak bernafas pun pedih hidung. Ohoooi !! Lagi sejuk dari Busan dan Sokcho. Usung bag masing-masing menonong jalan mencari tempat nak berlindung. Tak sempat nak explore pandang kiri kanan. Memang tak bersuara masing-masing terkejut menahan sejuk. Hahaha..
Dong Seoul Bus Terminal ni macam hub pengangkutan utama untuk perjalanan intercity. Kalau nak ke kawasan outskirt dari Seoul majoriti naik bas dari Dong Seoul Bus Terminal. Bertentang dengan bangunan Dong Seoul Bus Terminal adalah bangunan metro Gangbyeon Station. Jadi kami terus lintas jalan masuk ke bangunan metro. Ingatkan dapatlah menumpang teduh tapi hampa. Pintu asyik terbuka dan sekali buka angin masuk hoooi !! Menggigil lagi. Sampai terpaksa menyorok belakang tiang yang besar. Goodbye kawan-kawan serumpun. Sampai disitu saja kita bersama.
Dari Gangbyeon Station terus kami ke Itaewon Station. Penginapan untuk hari-hari seterusnya di Seoul adalah di Itaewon Inn Guest House. Aku ada download satu application untuk mudah mencari laluan metro di Seoul. Maklumlah berselirat. Tapi kena sediakan yang manual juga. Standby. Selesai urusan check in. Receptionist dari Indonesia jadi tak ada halangan berkomunikasi. Itaewon Inn Guest House tak ada lift juga ya kawan-kawan. Usunglah beg masing-masing menaiki tangga.
Bilik besar !! Ada dua katil besar ingatkan katil single. Heee.. Puas nak golek kiri kanan. Letak barang-barang dan bersihkan diri. Solat dan seterusnya kami decided untuk ke Myeongdong. Pergh !! Sampai saja terus nak serbu Myeongdong. Hihihi..
Menu-menu halal di Eomonijib Myeongdong. Semua menggoda. Harga saja mencekik. |
Side dishes yang diberikan. Sumpah seaweed crunchy dan ikan bilis tu sedap yakamat !! Aku minta tambah. |
Inilah dia hidangan asam pedas di Myeongdong. Memang tidaklah macam asam pedas tempat kita. No |
Sedap atau tidak ? Overall dinner kami that day adalah sedap. Portion besar dan cukup rasa. Aku suggest marilah datang cuba makan disini. Total damage adalah 30000WON (RM114.00 approx) untuk berdua. Mahal tapi pejam matalah. Dah sampai haruslah mencuba apa yang ada.
Ini kedainya. Baru renovate jadi sedikit berbeza dari gambar yang menjadi rujukan kami. |
Nak cari Eomonijib atau kedai asam pedas Myeongdong senang saja. Keluar dari Myeongdong Station terus saja straight. Lalulah di tepi kedai Nature Republic yang besar di belah kiri dan Uniqlo disebelah kanan. Haaa continue straight sampailah nampak kedai Frisbee (ada logo Apple). Masuk ke lorong kecil sebelum kedai Frisbee dan Eomonijib ada di tengah-tengah diantara kedai-kedai makan yang lain. Mula-mula kami tak jumpa juga walaupun dah berlegar dua tiga kali di depan kedai. Akhirnya Ahjumma kedai makan yang keluar sapa kami. Ceria sungguh dia memang bercakap tak berhenti. Aku tak adalah fluent tapi faham juga dia cakap apa. Sikit-sikit dapatlah bersembang.
Dah burping kekenyangan marilah kita pulang ke hotel. Merangka perjalanan untuk hari seterusnya. Nak pergi mana pula tu ? Haaa.. Tunggu.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.
-SITI YANG MENAIP (SYM)-
Reach me via email at :