Quantcast
Channel: SITI.YANG.MENAIP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 4.0 - CHEOKSAN HOT SPRINGS

$
0
0

JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | SOKCHO - CHEOKSAN HOT SPRING (SAUNA) KOREAN JIMJILBANG


Entri sebelumnya di SINI.
18 Januari 2016

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SOKCHO GANGWON-DO | SOUTH KOREA - CHEOKSAN HOT SPRING + KOREAN JIMJILBANG (KOREAN BATHHOUSE). Kalau peminat setia drama Korea mesti biasa dengar Jimjilbang atau rumah mandi for public yang famous. Ada seorang kawan yang pernah masuk dalam Jimjilbang tapi lari keluar tak sanggup nak hadap. Apa yang dia nampak tak tahulah. Trauma terus. Hahaha.. Hari kedua di Sokcho aku dan Akak JM plan untuk ke Abai Village saja tapi memandangkan tiket bas untuk Seoul adalah pada pukul 3:30PM, ada banyak masa juga untuk panjangkan langkah.

Sambil selak folder tempat-tempat menarik di Sokcho yang disediakan oleh pihak The House Hostel, we came across Cheoksan Hot Springs. Terus teringat kolam air panas yang berasap-asap selalu kita tengok dalam drama. Tak ada niat nak berendam tapi kalau dapat celup kaki pun seronok juga. Aku sempat search gambar di Google. Menarik. Terus setuju nak cari tempatnya. Mudah terus dari depan The House Hostel dah ada bus stop.

Cheoksan Oncheon Jigu 
1] Bas No.3 atau No. 3-1 dari Sokcho Bus Terminal dan turun di Cheoksan Hot Springs.
Kami hanya sebut 'Cheoksan Hot Springs' pada Ahjusshi driver bas dia dia senyum saja menangguk. Bila sampai pada tempat yang sepatutnya turun Ahjusshi driver bas suruh turun. Landmarks lain yang aku notice adalah City Hall.

Turun dari bas sumpah ternganga sebab tak tahu mana nak pergi. Mungkin ada direction tapi kami yang tak faham. Ambil keputusan untuk lintas jalan dan serah diri bertanya. Masuk satu bangunan dan jenuhlah berzikir supaya jumpa someone yang at least dapat tunjuk direction. Luckily ada seorang Ahjumma jaga kaunter tolong tunjuk direction dalam kesusahan berkomunikasi. Tak adalah dia hambat dia cuba sedaya upaya. Kamsahamnida.

Kami kena jalan ke belakang sikit. Makin jalan makin jelas kawasan yang seperti dilihat dalam brochure dan Google Image. Yakin dah sampai tempatnya. Tapi drama kami tak habis disitu saja.

Entrance ke Cheoksan Hot Spring.

Cheoksan Oncheon Jigu dari kejauhan.

Haaa.. drama sebabak belum habis lagi. Kami masuk buat muka selamba. Terus attack kaunter nak tanya apa yang kami kena buat. Dia geleng-geleng saja kepala tak menjawab aku tanya. Isk !! Basic English pun tak tahu. Then ada another worker datang melayan kami. Okay sikit. Luluslah juga nak bersembang. Dia cakap tempat yang kami nak pergi tu tutup sekarang. Buka malam saja. Kalau kami nak ada tempat mandi public saja tapi kena buka semua pakai and dia akan bagi towel. Aku conclude sendiri dia nak kami berkemban.

Pinar mata kat situ juga. Kempunan nak celup kaki acah-acah manja. Tak ada rezeki. Melangkah longlai keluar dari Cheoksan Oncheon Jigu. Walaupun hasrat tak tercapai tapi sekurang-kurangnya dah tahu jugalah hotspring kat Korea macam mana. Nak patah balik macam tak berbaloi. Jadi kami decided untuk meronda kawasan sekitar Cheoksan Oncheon Jigu sekejap. Ambil gambar apa patut then baru gerak balik.

Tasik dihadapan entrance yang sudah beku.

Pokok-pokok yang togel. Siapa ada obsession yang sama macam aku ? Suka tengok pokok togel. Hahaha..


Laluan yang dipenuhi lalang-lalang kekeringan. Tetap cantik.

Pokok-pokok togel lagi.


Suhu sangat sejuk walaupun matahari mencanak atas kepala. Mengigil juga menahan sejuk. Itu yang masih lagi melilit terbelit dan sebagainya. Pedih pipi. Huhuhu.. 

Sebenarnya di Cheoksan Oncheon Jigu tak ada pun jimjilbang. Hanya ada sausa dan hot springs. Aku tahu bila tengah nak siapkan entry ini. Buat research sikit. Baru tahu juga bangunan itu sebenarnya adalah hotel. Bukanlah sebesar-besar bangunan ada tempat mandi. Kawasan sekitar Cheoksan Oncheon Jigu cantik walaupun dipenuhi pokok-pokok yang sudah luruh daunnya. Banyak juga spot menarik nak bergambar. Lain musim lain pengalamannya.

Untuk maklumat tambahan boleh refer websites dibawah ini :

Menarik atau tidak ? Yes menarik.
Sila singgah kalau dah tak ada idea nak meronda ke mana bila berada di Sokcho. Mungkin juga berpeluang masuk ke Cheoksan Hot Springs dan celup kaki. Hehehe..

---------------------------------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 579

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.