JALAN-JALAN MUSIM SEJUK DI KOREA | BUSAN - ORYUKDO CRUISE
Entri sebelumnya di SINI.
16 Januari 2016
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI BUSAN | SOUTH KOREA : ORYUKDO CRUISE. Lepas mendaki di Igidae Park dan Oryukdo Skywalk, kami menapak jetty Oryukdo pula. We bought tickets untuk naik bot cruise berharga 10000Won (RM38.00 approx) seorang. Ada satu booth berdekatan dengan tempat letak kereta yang jual tiket. Nampak macam tak ada orang tunggu rupanya ada. Beli tiket pakai simple conversation saja. Ahjusshi tiket faham. Selesai membeli kita sambung meronda. Dari awal sampai Oryukdo ternampak satu kawasan ahjumma-ahjumma jual seafood. Kami pun menjenguk apa yang ada cuci mata. Selalu tengok dalam drama makanan-makanan laut yang rare dipotong dan dimakan mentah. This time dapat tengok sendiri depan mata. Aku cuba juga nak bercakap dengan ahjumma-ahjumma tapi tak semua mesra. Tak sempat aku buka mulut dia dah halau. Adoiyai.. Tapi ada yang okay. Kalau berani bolehlah cuba rasa makanan-makanan laut unik dari laut Korea. Aku tengok selamba saja orang-orang sana makan macam sedap sungguh. Aku cannot go..
Beli sebungkus siput-siput campur yang direbus. Buat bekal mengunyah sementara tunggu nak naik bot. Masih ada masa sementara boarding. Akak JM beli aku rasa sikit. Ambil yang mana agak-agak macam pernah tengok kat Malaysia. Yang pelik-pelik aku tak berani cuba. Hihihi..
Ahjumma baju purple tu yang halau aku.. Aku husnuzon saja. Dia takut nak bersembang agaknya. Hihihi.. |
Ahjumma pemurah kasi seketul suruh rasa. Dia saja yang melayan kami. Yang lain buat tak tahu saja. |
Hasil tuaian di kedai ahjumma pemurah. Macam-macam jenis siput yang direbus. |
Lepak santai tepi laut sambil tengok ahjusshi-ahjusshi memancing ikan. Selamba duduk tepi macam dah kenal lama. Senyum-senyum sajalah dah tak reti nak bersembang. Sambil ditiup angin musim sejuk menikmati permandangan. Seronok. Ditegur oleh ahjusshi yang pandai berbahasa Inggeris. Ada juga bersembang sikit-sikit.
Selain naik bot cruise terus dari Oryukdo, ada juga bot cruise yang berlepas dari tempat lain. Jangan bayangkan cruise bot besar. Bot biasa saja. Bot nelayan yang ahjusshi ahjumma guna untuk pergi ke tempat memancing. Kalau nak join bolehlah turun di mana-mana spot memancing yang ada. Kalau tak nak memancing, just nak pusing-pusing macam kami tak perlulah turun. Bertenggek saja atas bot dan enjoy permandangan.
Ahjusshi pancing apa tu hehe.. |
Bot yang kami naik mengelilingi Oryukdo. Nak duduk di dalam boleh atau nak bertenggek di luar pun boleh. |
Ahjusshi dah panggil naik bot. Cek tiket dan bolehlah terus naik. Tak ramai pun yang naik. Mula-mula macam tak berapa nak dapat bayangan situasi ketika itu. Huuurm kenapa tak ramai orang dan sebagainya. Bila dah mula meninggalkan jetty dan bergerak melepasi pulau-pulau batuan kecil sekitar Oryukdo baru mengerti. Rupanya bot yang kami naik more to like a transportation yang ahjusshi dan ahjumma guna untuk ke spot memancing. Selang satu jam bot akan meronda if ahjusshi dan ahjumma nak balik atau tukar spot memancing. Dari jetty tak nampak pun ramai orang rupanya memancing di tepi batu. Bila semakin dekat ramai rupanya.
Memang aktiviti normal agaknya buat penduduk tempatan. Semua ahjusshi ahjumma agak berusia. Orang-orang muda hanya minoriti. Gigih memancing di cerun batu. Rasa menarik dapat tengok budaya orang-orang tempatan dengan mata sendiri. Berdiri di luar bot untuk ambil gambar. Sejuk memang tak payah cerita. Kejung habis kulit muka tapi gagahi jugalah. Nak bergambar punya pasal.
Kalau ada orang yang nak naik bot baru ahjusshi bot berhenti di batu-batuan. |
Observatory Deck di tengah-tengah kawasan Oryukdo. Boleh turun dan naik ke observatory deck. Nanti tunggu next trip bot boleh naik semula untuk ke jetty. |
Salah satu kawasan berbatu yang dipenuhi kaki-kaki pancing. |
Bot yang asalnya kosong dah penuh dengan ahjusshi ahjumma yang dah penat memancing. |
Menarik rasanya meronda Oryukdo dengan cruise. Laut dan alam semula jadi yang cantik. Berkesempatan untuk blend in dengan masyarakat setempat walaupun tak bersembang dan tak ada komunikasi tapi sikit sebanyak kita dapat faham. Tak ada diskriminasi. Kami diberi layanan yang baik. Ahjusshi bot sporting juga biarkan saja kami duduk di depan bot. Kalau korang berminat untuk lepak santai di Oryukdo aku memang nak suggest korang naik bot mengelilingi pulau-pulau sekitar Oryukdo. Tak rugi.
Sampai jetty terus kami decide langkah kaki seterusnya. Decided untuk solat di sekitar Oryukdo. First of all marilah cari toilet. Tangki dah full. Jumpa toilet dan elok sebelah toilet ada satu spot terpencil untuk solat. Nampak baju-baju menyelam tersidai. Stor agaknya. Tawakal kawasan bersih bolehlah terus solat gilir-gilir jaga barang.
Life is either a daring adventure or nothing at all. Jom kita ke destinasi seterusnya.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.
-SITI YANG MENAIP (SYM)-
Reach me via email at :